Selasa, Ogos 05, 2008

fikir2...tulis2

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni agak sibuk juga. Tadi petang dah dapat tajuk assignment. Kira konon-konon tengah gabra lah ni. kami ber-sembilan, lectr suh buat 2 tugasan~ 1 individu and 1 group. So selepas muzakarah capailah kata putus 3 group ahlinya 2 orang dan 1 group ahlinya 3 orang...w.pun ada yg offer nak buat sensorang dan selebihnya 8 org tu bagi 4 group setiap satu dua ahli. Tapi lectr kesian kat yg nak buat sorang tu. So kita main undi~ macam biasa saya selalu bernasib baik dapat group 3 ahli...yey..kurang kerjanya..tugasan hal jenayah...kami akan kaji dan kupas dan gali dan cungkil dan study pasal jenayah seksual!!! bestkan tajuk tu???

Makanya ni dok carik2 bahan jer....senang betulkan sekarang klik2 sana klik2 sini, yerlah internet depan mata...sok2 baca buku, carik theory yg relevan pastu siap! va va vaaaaa mudahnya cakap! Takde ni sajer nak sedapkan ati...okay stop citer tu!

Hal semalam ni saya dok fikir kenapalah dalam negara kita sendiri kita rasa dah tak selamat? Kes saya hilang hani tu di pasar malam depan rumah jer pun! Kalau dulu bukan kata depan rumah...2/3 km dari rumah pun merayau takde hal..ko masuklah hutan mana kat kampung takde sapa kacaulah...ko pergilah carik kayu kat kebun getah hujung kampung pun takde sapa pedulik...sebab? sebab semua tau ko akan selamat, kalau mak ko takde mak cu hujung kampung ada tolong perati, takpun mak ngah ada nampak amsa kita lalu...so takde hal dan takde makpak yang akan risau punya...

Kalau adalah kenduri kendara kat dalam kampung saya tu, jauh mana pun semua kanak2 awal pagi dah pergi...nak makan nasik minyak punya pasal. Takde mak pak yang bising pun? Tapi sekarang kat rumah taman ni...nak bagi anak pi main buai kat taman pun punyalah risau! Walhal depan rumah tuuu!


Kenapa tu??? walhal ni kan namanya tanah tumpah kita kan..tapi kenapa rasa macam menumpang kat rumah orang...sentiasa ada syak wasangka ajer dalam diri kita...walhal penguatkuasa ada merata-rata...polis ada, rela ada...segala2 pendekata adalah..

Kita pun tak boleh baca apa ada dalam fikiran penjenayah sekarang...nak kata faktor kemiskinan org buat jenayah, org kaya pun sapu jugak duit haram ni, ada duit banyak mana pun tak pernah cukup,kan? Kalau kita lihat kes2 terkebelakang, ada yang kehilangan duit dalam bank, ada yang hilang anak dalam kawasan kejiranan sendiri, ada yang anak dirogol suami sendiri, ada plak ahli keluarga dibunuh orang yang duduk serumah. Ayah bunuh anak sendiri, emak dera anak sendiri...macam2 hal kebelakangan ni...

So, apa lagi yang bakal berlaku? Kalau jenayah kolar putih...semuanya telah berlaku diluar jangkaan kita. Jenayah dari kalangan golongan 'elit' ini kini semakin menjadi-jadi. Kita hilang kepercayaan. Dikatakan 1/3 ekonomi kita digerakkan dari sumber yang haram...dari pengedaran dadah [bisnes terbesar yang menggunakan urusan jual beli secara cash]...duit2 ini dilaunder menjadi halal dalam pelbagai cara...dibeli insuran, di beli loteri, dibuat tukaran wang asing...duit2 haram inilah yang bergerak serata dunia.

Kita juga semakin tak kisah tentang isu dadah. Kenapa masih bangsa kita yang mendominasi penagihan dadah? kalau kita kata masyarakat kita gagal menerima kesan pembangunan ini secara positif, rasanya sudah lama pembangunan mendasari aktiviti negara, kenapa mesti bangsa kita sahaja yg terkena kesannya? Sudah cukup2 hukuman yg berat [malah gantung sampai mati] tapi itulah juga pegangan mereka yg terlibat ini selagi tidak tertangkap maka tidaklah bersalah lagi!

Hendak diubah sistem dalam masyarakat...adakah sebab sistem sosial menyebabkan jenayah ini berlaku? hendak diubah individu, adakah kerana kesalahan individu itu semata2... tidak adakah faktor sekeliling yang mempengaruhi individu sehingga kesalahan jenayah itu berlaku? Kadang2 bila ruang dan peluang ada kuat mana imanpun boleh giyah juga...letaklah perempuan bogel depan pak haji mau tanggal ketayap agaknya! Letakler duit seguni kat orang susah, takkan tak ambik sekeping dua....Gituler gambarannya kot!

Apa yang jadik isunya dalam fikiran saya ni...bila agaknya kita hendak hidup aman di negara sendiri, bebas bergerak ke sana kesini tanpa syak wasangka, tidak terhimpit dengan sikap tamak peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati [inipun jenayah jugak ni!]...boleh ke taman berjoging dengan meninggalkan barang dalam kereta tanpa bimbang sekelumit pun, tertinggal hp kat kedai dan tak risau kerna yakin pasti ada yang memulangkannya, lupa kunci pagar rumah dan tak risau akan adanya perompak..bila? Bila? bila?

Minggu lepas selang sepintu dari rumah saya ni dimasuki perompak tengah malam, dengan memotong besi pagar belakang rumah mangsa [kebetulan rumah belakang mangsa kosong] dan kemudian memecahkan grill pintu dapur, saya pun tak tau apa yang hilang cuma saya ada nampak satu petang kereta waja tertulis Pegawai penyiasat JSJK parking depan rumah mangsa, kemudian pak haji tanya saya apa tu JSJK...Jab siasatan jenayah lah bang...malamnya pak haji ke surau taman orang sibuk cerita isu tu...saya tak pernah bertegur dengan jiran yg ni...setakat ni hanya jiran kiri kanan jer saya ada borak2...yerlah dulu kerja pergi pagi baliknya malam, sekarang saya ada rumah pagi, jiran2 pulak takde...saya plak bukan kaki duk luar rumah...berkurung dalam jer kerjanya...adaler sebelum ni sesekali nampak yg lelaki siram pokok..malulak nak tegur...sebab muda jugak orangnya...kang dikata terlebih ramah plak...cukupler pak haji jer bertegur sapa...

Ni rumah belakang bertentang sebelah rumah saya ni...tuuuu...rumah yang belah hujung yang nampak bumbung tulah takde penghuni...perompak masuk lalu rumah nilah...
Ni rumah sebelah saya, rumah sebelah yang nampak cat kaler pink tu yang kena rompak...design porch depan dua2 rumah ni lepas renovation sama jer... sebelah rumah saya ni selerak lagi tengah renovate dapur lagi...[tengoklah pagi2 sorang pun takder rumah...]


Kalau nak tau rumah saya ni hari2 saya dedahkan jer pintu pagar...kadang2 ada kawan pejabat lalu depan rumah nak ke Family store tanya saya napa dedahkan pagar, tak kunci ker? Tulah pasal...jalan depan rumah ni jem pagi2 dan malam2 kalau nak keluarkan bontot keter ambik masa tau! Nak tunggu jalan tu clear. Kalau dah keluar tu...nak turun parking pastu kunci pagar, pastu gi kat keter balik [parking ni atas jalan dan memang halang laluan keter lalu lalang] akan ambik masa [ berkejar nak hantar hani ke sekolah kan selalu lambat sebab nak layan angin puting beliung dia pagi2 ] dan buat org marah sebab masing2 nak cepat gi kerja...so senang citer takyah kunci....sambil berpegang pada hipotesis simple, sebab saya baca fikitran penjenayah ni..."alah tuan rumah ni tak kunci pagar dia mesti rumah dia takde apa2 berharga..." .
Rumah saya yang selamber jer tak pernah tutup pintu pagar...adakah ini sebagai satu faktor penjenayah tidak berminat???


Memangpun takde apa berlaku, takat ni hanya sport shoes hani baru beli jer pernah hilang....tapi lepas kes rompak tu saya beli jugaklah mangga dan mula belajar kunci pagar rumah ni...kalaulah semua orang buat baik dan takde jenayah dalam dunia ni alangkah bagusnya..aman makmur sejahtera...dan semua hidup bahagia...apapun semua kena balik pada sunnah dan pegangan agama...sebab agama jer yang akan bawa kejayaan..kalau pegang yang lain semua akan bawa kehancuran!!!


Inilah dua rumah sebelah rumah saya yang agak 'hebat dan mewah' pintu pagarnya...adakah ini faktor daya tarikan kepada penjenayah untuk bertamu???
P/s : gambar2 adalah dalam arkib penulis [ambil masa buat housekeeping hari tu]...tu yang gambarnya sipi2 jer tu ...asal ada gambar dan pembaca2 boleh bayangkan situasi sebenar....

Kesimpulan.....

Mari kita sama-sama buat baik [nasihat utk diri saya ni] , kerana akhlak yang baik tuntutan Rasulullah dan agama...walaupun orang lain buat jahat pada kita...

Dari Huzaifah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,...

"Jangan kamu melihat-lihat orang disekeliling dengan mengatakan, "Jika orang lain berbuat baik dengan kamu, maka kamu akan memperlakukan mereka dengan baik dan jika mereka berlaku buruk kepada kamu, kamu juga akan berlaku buruk kepada mereka", tetapi tegaskanlah dirimu untuk melakukan yang baik jikalau orang berlalu baik dan tidak berlaku buruk walaupun mereka berlaku buruk terhadapmu' {HR Tirmizi}

8 cetusan rasa:

Mummy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mummy berkata...

salam yang, mummy rasa elok wa tutup je pagar tu, walaupun banyak kerja.. memang lah setiap kejadian tu datangnya dari Allah, tapi kalau kita berusha sedikit untuk menutupnya, mungkin kita dpt mengubahkan pemikiran sipencuri yang berfikir, alahai, nak masuk umah ni kena ambil masa, nak bukak pagar lagi.. tapi kalau pagar sedia terbuka, mungkin ini akan menyenangkan kerja sipencuri.. apapun yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri.. wasalam..

AZWA berkata...

Aha...Salwa ni macam asben akak la nie punya stail...suka bebenor tak tutup gate, tak kunci grill...akak selalu bebel ngan dia..takkan nak tunggu something happen baru nak buat mende2 tu kan hehehehe...

Tang pengedar dadah tak serik2 tu...disebabkan undang2 buatan manusia ni belum cukup mantap...pinda sana sini pun loyer tetap jumpa loopholes. Most criminals in this country get away becoz of technical errors...memang frust! Semalam kat court akak rasa nak tumbuk jer sorang loyer tu yang bangga client dia terlepas hanya disebabkan PO tersilap letak wording "memiliki" instead of "retaining"...sib baik tak buat, kang kena charge assault pulak muahahaha ..

Ummibatrisya berkata...

salam,

akak nasihatkan baik wa kunci pintu. rumah akak yang tak ada barang berharga pun kena curi masa akak balik kampung.

pintu depan akak ada 3. satu sliding, dua grill tu pun kena kopak. yang bestnya lepas curi buka gate dan biarkan terbuka dari hari sabtu hingga tgh malam ahad.

yang terkilannya dia ada ambil hampers damya. belum buka dan ada lebih kurang 7. kesian damya!

so wa, ingat kunci pintu. malang tidak berbau.

skrg ni jenayah banyak. kdg2 kita terfikir apa yang diaorg cuba nak buat. :)

Alex Lacey berkata...

rumah akak pernah gak pencuri masuk, masa tu akak tengah tido...masa tu jugak baru pindah rumah tu, gril belum pasang, barang pun tak de lagi, duit pun tak banyak....depa masuk 3 orang....alhamdulillah, tak de sapa2 yg cedera cuma husband akak kena ikat, depa takut melawan...depa mintak duit lagi lepas dah ambik dari handbag akak, tapi kami ckp memang kami tak de duit...sib baik dia tak suruh buat apa2 lain, sbb masa tu pun dah dekat subuh dah pun....elok depa blah, azan subuh bunyik....hmmmm...tapi trauma la sekejap...

the author berkata...

cantek umah akak. kaler pink.macam umah saya...ops...umah mak mertua saya.hehe
-raiyanz.blogspot.com-

zino berkata...

salam kenal..

kejadian jenayah memang semakin menjadi jadi sekarang ni.. terutama senayah yg di impot..makna nya yg di lakukan oleh orang luar..

oleh kerana mudah sangat nak masuk ke malaysia ni segala bapak penjenayah telah memboloskan diri ke sini..kalau masih tak ada kesedaran utk menyekat org2 yg tak di ingini terlepas masuk.. maka akan bertambah parah le jadi nya nanti..

bukan saja di bandar2 di kampong2 pun telah banyak berlaku jenayah .. keadaan tidak lagi aman seperti dulu..

Hijrah1429 berkata...

En Zino...salam kenal jugak, bukan baru sebenarnya dua tahun lalu dah kita kenal dah sebab link blog lama saya ada di blog en zino ni yg baru nama dah tukar...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP