Sabtu, Ogos 09, 2008

Kecantikan yang sempurna

Assalamualaikum w.b.t

Suka tengok cerita hindustan tak? Saya kurang gemar dari dulu lagi sebab plot yang sungguh sama dan berulang-ulang ~ bercinta, berpisah, bergaduh dan berbaik semula. Tapi ada satu sebab yang mendorong saya menonton hindustan sekiranya ada masa.


Sekarang ni agak banyak masa dan giliran pun dah ala-ala fleksible, kalau dulu sabtu pagi ayah ada memang takde peluanglah tengok tv. Tapi sekarang sabtu malam baru dia balik, kira sabtu tu adalah kesempatan saya melopong depan TV.


Sebelum ni pun ada jugak saya tertengok sikit2, tapi jarang tengok dari mula hingga akhir, tapi saya tetap tengok jugak, Tv tak tutup sebab Hani selalu ada main2 depan tv. Cuma kadanga2 bila adegannya agak2 tak sesuai saya terpaksa tutup TV tu sebab hani kan dah pandai hal2 komen dan kritik ni...dahlah kat rumah saya ni dapat TV3 dan TV8 jer...balik2 tulah dua chennel kami buka. Kalau TV kat depan TV3 jer dapat, yg TV belakang barulah dapat TV8 tu pun kena adjust dulu...


Susmitha Sen ~ Ratu Dunia dulu, tak ingat tahun berapa....kasi gambar dia tutup aurat...kalau buka tentulah berganda2 cantiknya...





Okay..isu yang saya nak kupas ni, saya suka sesangat tengok hindi ni sebab wanita dlm filem ni mempunyai kecantikan semulajadi yang seolah-olah menghampiri sempurna. Dengan mata yang bulat dan galak dan alis mata yang lebat, bulu mata yang melentik, pendek kata apa kejadian Allah pada muka pelakon2 Hindi ni semuanya terletak dengan sempurna dan hebat...


Ni Aishwarya Rai ~ pun bekas ratu dunia, dikatakan antara wanita tercantik di dunia...memang cantik sangat dimata saya....



Kulit wajah yang mulus [putih tak putih sangat dan gelap pun tak gelap sangat] dan bibir yang umpama delima merekah..haaaiii tak taulah camana pelakon lelaki [hero] menahan gelora disamping wanita-wanita yang menghampiri kecantikan sempurna ni.



Ni satu lagi yang mengahampiri sempurna siap dengan dimple kiri kanan, body yang perfect...lawa kan?



Tu baru cakap pasal muka, belum sentuh hal body lagi, fuuuhhh body toksah cakaplah, saya rasa takde pelakon hollywood dapat menandingi kecantikan tubuh badan pelakon2 hindustan ni...tambahan pula pengarah dan pengurus [pakaian] pandai memanipulasi kecantikan tubuh badan mereka sehingga menggiurkan sesiapa yang menonton [lelakilah kot?]




Kajol ~ antara yang kurang cantik tapi masih kategori kecantikan asli...sangat2 natural kecantikannya apatah lagi kalau tersenyum..terserlah kesempurnaan kejadian Allah s.w.t




Pelakon Malaysia pun tak kurang mengajmpiri sempurna cantiknya...tapi saya takdelah minat sangat, sama gak dengan pelakon Hallywood tu, suka tengok2 jer sebab saya bukan kaki tengok TV maupun wayang...




Nora Danish ~ mungkin campuran darah dalam badannya menghasilkan rupa bentuk wajah yang mulus dan menghampiri kesempurnaan kecantikan wanita...



Fazura ~ sangat cantik di mata saya terutama semasa dia bercakap dan tersenyum. mulut dan struktur giginya sangat sempurna ciptaanNya...itu keistimewaan Fazura juga saya rasa mewakili kecantikan wanita Melayu sebenar...[dari segi fizikal]

Ni Seri Devi ~ pun cantik juga khususnya pada matanya yang galak dan alis nya yang lebat....

balik ke cerita hindi tadi, kalau tengok pemandangannya pula, apa yang saya terbayang...ohhh ndanya...sikit2 terbayang saya akan nikmat di syurga nanti...tengok mereka manari, bergolek2, pemandangan yang indah saya terbayang syurga. ahhh apa ajer di syurga nanti boleh kita dapat,kan?...jauh betul berangannya....


Pelakon lelaki hindi saya tak minat, yang malaysia pun saya tak berapa minat...saya minat tengok pada cara lakonannya...sebab saya tak minat ialah banyak sangat paparan berita/gosip/tohmahan/fitnah dalam dunia hiburan dan gambar2 oulak bukan main lagi...ishhh lain benar cara hidup artis2 kita ni...

6 cetusan rasa:

Hiddsta. berkata...

saya sukaaaaaaaaaa sgt fazura!

ita.itu berkata...

aku dulu ms anak dara suka hindustan..lps kawin laki x minat..aku pun mls nak ngk ko

AZWA berkata...

Dulu sukaaa fazura, la nie kureng sket dah...tak tahu napa..

Aishwarya Rai memang very der beautiful...klu lelaki saya suka Hrithik Roshan...hensemnya beliau dalam filem pertamanya bersama Amisha Patel hehehehe Suka lakonan Shah Rukh Khan w/pn bagi saya dia tak ler berapa hensem..kuch kuch hota hai

Pasal citer poligami tu...semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah kak Zai. Bagi Azwa, poligami kalau betul caranya, masalah takkan timbul. Azwa sendiri pernah mengalami ada 3 orang mak pada satu2 masa until the third one minta cerai from my dad n become a third wife to somebody else! Masa my dad sakit tenat, my mom n stepmom sama2 jaga kat spital. ex wife dad pun datang ziarah masa my dad passed away.

jika orang2 yang terlibat dlm poligami enggan bertolak ansur maka akan timbullah masalah kelak.

luna berkata...

saya pun suka preity zinta tapi x suka fazura...sy rasa dia x de flair utk watak baik...thats y saya malas nk layan ezora.

org2 hindustan adalah keturunan org2 aryan yg berkembang menjadi org eropah sbb tu mereka lebih cantik dr org tamil..

Hijrah1429 berkata...

Fiddsta..

saya pun suka jugak..suka tengok muka dia dan suka dengar dia bercakap live..bukan bercakap masa berlakon...

Ita...sya lak tengok jer kalau dah depan mata citer hindustan belasah jer...tapi tak pernah abis tengok pun..

Hijrah1429 berkata...

kak Azwa...
Ohh cerita tu lebih kirang versi pak haji lah..ada bekas isteri dan isteri baru 2 orang...

Luna...

oh tak sangak Luna tau sejarah dia..gitu yer...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP