Khamis, Ogos 07, 2008

Saya dan hani

Assalamualaikum w.b.t



Sejak kahwin ini ajerlah masanya [setahun setengah] kotlah saya nak bercanda ker bergurau senda ker bersama suami di hari bekerja. Dalam semingu [weekday] tu pulak hanya hari inilah sahaja [khamis] saya ada masa yang sangat santai untuk berdua.



Nak buat apa ker, sukatiler..sebab hanya kami berdua dalam rumah ini. Seharusnya wajar sangatlah saya menggunakan kesempatan ini untuk dimanfaatkan bersama-sama. Tapi...ahhhh ada ajer halangannya! Nanti saya citer halangannya...



Sejak minggu lalu pak haji secara diam dah setuju adjust giliran saya dengan kak Aza. Duluuu... kak Aza 4 malam [weekday siang semuanya di rumah kak azalah sebab saya kan kerja], saya pulak 3 malam, siang hanya sabtu petang membawa ke isnin pagi [sebelum ke temat kerja].



Bila belajar ni, saya kelas isnin, selasa dan rabu ajer, jadinya saya minta satu hari jer iaitu khamis untuk pak haji duduk dengan saya siang dan malam. Makanya bertambahlah saya dapat 4 malam, dan siang pun bertambah sehari. tapi saya takdelah zalim sangat, dulu pak haji selalu balik rumah saya sabtu tengahari tapi sekarang saya bagi kak aza sabtu siang tu, malam baru pak haji balik sini lepas mesyuarat. Ok tak? Ok lah tu,kan?



Eh...faham tak ni? Pandai2lah kan...w.pun nampak macam tak adil tapi dah kami redha kira adillah tu. Dulu lepas kahwin, sebab kak aza dekat dengan pejabat suami [siang di sana] maka saya dapat 4 malam juga...tapi lepas kena stroke sebab pak haji susah urus diri, tukar semula kak aza 4 malam saya 3 malam, tapi lepas habis belajar ni tengokler kena ubah lagi kot...tambah2 pulak kak aza akan dapat anak kecik...tak kisahlah tu asalkan pak haji tak mati terpacak sibuk terkejar ulang alik sana sini sudahlah...






balik citer hari ni, si hani ni sebab dari umur 61 hari dia akan bergerak keluar rumah serentak dengan saya, kira saya ke tempat kerja dia pun saya hantar rumah orang [1-4 tahun] lepas tu adalah sekejap selang seli dua kali guna maid [masa ni dia kecik sikit] dan kemudian dia duduk dengan kak aza pun ke sekolah jugak, sekarang dia pagi2 saya hantar sekolah jugak.




Cuma sekarang ni khamis patutnya saya akan hantar dia ke sekolah bersama dengan ayah lepas kami sarapan tapi dah tiga minggu ni setiap khamis dia takmo gi sekolah. Bila tanya kenapa jawabnya, "kakak seronok sebab ayah dengan mmie ada kat rumah. bolehlah kakak main dengan ayah dengan ammie'....



Sudahnya pontenglah dia. Hari jumaat takde hal, selalu saya akan hantar dia terus ke pejabat, sajer gi ambil surat dan tanya2 khabar di pejabat dan saja tunjuk muka supaya takdelah orang lupa kat kita sambil2 menyakat orang sana orang sini. Lagipun bilik saya masih ada, lengkap dengan komputer dan internet, boleh ajer kalau nak buat kerja, petang balik terus ambil hani..






Ikut ayah...dia takde hal Hani tak sekolah..senyum jer dia anak dia minta izin nak ponteng...banggalah tu sebab ayah ada sini sampai anak taknak ke sekolah. Masalahnya saya lah...kalau Hani tak sekolah memang tak amanlah hidup saya. tak boleh mengadap Pc dengan tenang sebab berebut dengan dia. Berebut bukan tahap ringan2..sampai melalak meraung, cuma saya ni jer tak boleh nak meraung. Terpaksa mengalah dengan dia. Ayah selalu buat kata putus, "bagi jerlah kat dia, dia jemu kang dia berhentilah"...hai budak hani ni mana tau jemu...lagi tak suh berhenti [tengking2] lagilah tu dibeleknya pc ni...



Dahlah setiap hari khamis berperang dengan dia [khamis lepas Zubair ada sekali] tak dapat nak berdua2 dgn ayah [mesti dia nak menyelit kat tengah<-- bila nampak kami bisik2 ke pegang2 ke mulalah dia kata, ayah dengan ammie ni mesti ada apa2 projek ni...] sudahnya hari dah petang...jumaat takde hal sebab ayah balik pagi2, so ayah balik PD hantar dia sekali ke sekolah...ammie pun siap2 jugak sebab ada jer projek jumaat [esok nak ke libarry UKM...dok umah pun takde bahan rujukan].



Tulah kisahnya kami tiga beranak...nak balik kampung pun takdapat green light dari pak haji...tengoklah camana nanti..kerja sekolah pun banyak ni...bajet pun larik banyak, minyak jer seminggu seratus..bengkok dah poket + pinggang pun sakit dah...buku satu senarai panjang nak beli...manalah tak dapat2 bantuan belajar ni??? Nama jer cuti gaji penuh..hutang pun penuh gak keliling pinggang???








Gambar2 candid anak gadis mengadap pc...

3 cetusan rasa:

zino berkata...

tak lama lagi cuti sekolah tak ada plan ke mana mana ke?

zareda berkata...

salwa
gitulah ngan anak anak ni.. kta on jer PC, alamat kena berperang berebut pc ngan anak dara sunti tu

Hijrah1429 berkata...

En Zino...

Takde bujet nak jalan2, lagipun banyak kerja sekolah nak buat ni...Hani pun tak cuti masa school holiday...kami dok kat umah jerlah...

Kak zar..
Tulah... kena gak linkkan internet kat laptop...kalau tak berebut sampai ke sudah...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP