Jumaat, Ogos 08, 2008

Poligami : pembelaan terhadap nasib wanita?

Assalamualaikum w.b.t

Saya dapat dari internet...www.torrentmalaya.com <--sila izinkan saya copy...ini pandangan penulisnya, mari kita fikir-fikirkan.. POLIGAMI: PEMBELAAN TERHADAP NASIB WANITA Contributed by kenlai74 www.torrentmalaya.com Tuesday, 29 May 2007 Last Updated Tuesday, 29 May 2007 Ada wanita yang menganggap poligami tidak sesuai untuk dipraktikkan, anggapan ini adalah salah,kerana salah anggap inilah kaum wanita begitu takut dan berasa dirinya tersisih jika suaminya berkahwin satu lagi.Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud:


"Akan datang suatu zaman di mana seorang lelaki diikuti oleh empat puluh orang wanita,meminta perlindungan kerana sedikitnya lelaki dan ramainya wanita."

Apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w kira-kira 1400 tahun dahulu kini sudah mulai menjadi. rata-rata diseluruh dunia bilangan wanita melebihi kaum lelaki. Andartu menjadi masalah kepada masyarakat masa kini,ramai anak dara yang sudah lanjut usianya tidak berjaya menemui pasangan hidup kerana ramainya wanita melebihi lelaki..


Sebagai individu muslim, kita seharusnya membuka mata dengan luas mengapa ramai wanita yang sudah lanjut usianya masih tidak mempunyai pasangan hidup. Sedangkan keinginan berkahwin adalah satu kehendak fitrah yang murni,jika tidak dipenuhi manusia akan mengalami tekanan dan gangguan emosi yang berterusan. Fikiran terganggu, malu pada cemuhan masyarakat. Hari tua wanita itu akan dilihat begitu kosong dan amat menyusahkan. Memperjuangkan iman adalah tunggak utama dalam kehidupan berpoligami,jika bukan kerananya,usahkan poligami, hukum-hukum Allah yang lain juga tidak mampu untuk diperjuangkan. Imanlah yang mendorong wanita bahawa poligami itu baik, cantik dan berfaedah kepada manusia,masyarakat dan agama.


Memang tidak dinafikan adanya rasa sakit bagi wanita yang berpoligami, tetapi hati yang takut dengan azab Allah akan menjadi tenang,dan hati akan menjadi benteng diri daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Iman akan memujuk nafsu jahat agar tunduk dan tidak liar terhadap suami dan madu anda.Inilah mujahadah namanya. Mujahadah dalam menundukkan kekuatan nafsu dan pujukan syaitan yang sentiasa mencari peluang menjerumuskan kita ke dalam neraka.Hak untuk beriman adalah hak untuk semua orang.Bukan terbatas pada orang-orang tertentu sahaja.Sebab Allah telah membuka peluang pada setiap hati.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepada dua jalan,jalan kebaikan untuk dijalani dan jalan kejahatan untuk dijauhi." ( Al-Balad:10 )


Bagaimana iman dapat menjayakan poligami? Jawapannya bila rasa takut mendalam di hati,manusia itu akan takut untuk melakukan perangai-perangai buruk iaitu yang mendatangkan dosa. Walaupun nafsu meronta-ronta untuk melakukan perkara mungkar, tetapi iman dan rasa taqwa dapat mengawal.Oleh itu wanita yang dapat menerima poligami dengan baik dalam hidupnya, maka mereka adalah dikalangan orang-orang yang beriman. Dengan iman yang kuat didada, badan yang sakit itu akan menjadi sihat. Demi untuk mendapat badan yang sihat pula,seseorang itu terpaksa menelan ubat walaupun pahit. Demikianlah sikap seorang mukmin dalam menerima takdir,walaupun pahit namun kerana yakin takdir itu untuk keselamatan hidup lahir dan batin,mereka menerima dengan sabar.

Wanita yang tabah kerana dimadu sanggup melawan nafsu yang mengajak kepada kejahatan untuk taat kepada keputusan Allah,iaitu hasil mujahadah iman dan taqwa. Itulah sumber kebahagiaan dunia dan akhirat.Dengan kuatnya keyakinan sesorang pada janji Allah yang mana menjanjikan keselamatan didunia dan akhirat,maka akan terdorong seseorang itu untuk melakukan amal soleh.Orang beriman sentiasa berasa sensitif dan serius dengan Allah. Matlamat hidupnya semata-mata untuk allah yang menciptanya. Sesuatu yang disukai Allah tetapi amat menyakitinya,akan diterima dan dilaksanakannya dengan redha. Sebaliknya,sesuatu yang dibenci Allah,walaupun terlalu diingini akan ditinggalkannya. Sebab keredhaan allah itu lebih utama dari kepentingan dirinya.Dia tahu Allah Maha Pengasih dan bermaksud baik padanya.

Dengan sikap yang redha,poligami akan dirasakan sebagai jihad pengorbanan fisabilillah.Kesakitan dan kekurangan yang ditanggung kerana menunaikan perintah Allah dikira sebagai penghapusan dosa dan mengurangkan hisab di padang mahsyar.Ujianujian di gelanggang poligami meletakkan mereka di gelanggang mujahadah. Apakah selain iman ada yang lain sebagai pendorong yang menjadikan wanita yang memandang poligami sebagai perkara yang baik dan berfaedah? Ilmu pun tidak menjamin seseorang untuk menerima hakikat poligami,kerana kita lihat dalam masyarakat ramai yang menentang poligami terdiri dari kalangan cendikiawan. Wang? Pun tidak,manusia yang diumpan dengan wang akan menjadi bertambah rakus dan tamak, bergaduh sesama sendiri.


Sihir?Lebih-lebih lagi tidak,kerana orang yang beriman tahu bahawa sihir yang banyak masalah dan penderitaannya. Oleh itu sebagai kaum wanita,kita tidak nampak perkara-perkara yang lain yang boleh mengindah dan mencantikkan poligami selain dari iman.


MENGAPA HILANG BAHAGIA?


Poligami adalah soal yang sensitif bagi kaum wanita umumnya. Bermacam-macam hujah diajukan oleh mereka yang menentang poligami.Mungkin seoranbg wanita akan berasa terseksa jika suaminya berkahwin satu lagi, tetapi kadangkadang mereka tidak memikirkan bahawa mendapat pahala bagi isteri yang sanggup mengorbankan diri dan haknya untuk suaminya. Kerana dia masih mampu tersenyum pada suami sekalipun pahit. Setiap kesusahan yang Allah timpakan pada kita penuh hikmah dan kebaikan.Allah tidak pernah melakukan sesuatu dengan maksud menganiaya tau sia-sia.Semua takdir adalah tepat dan bijak, cuma kita sahaja yang tidak nampak rahsianya.Setiap wanita yang sudi mengorbankan dunia untuk membeli akhirat adalah wanita yang solehah dan syurga tempatnya.

Wanita yang sanggup mengorbankan hidupnya untuk berpoligami dan mentaati suaminya walaupun dalam keadaan apa sekalipun dalam keredhaan Allah,ia layak untuk mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah iaitu syurga yang abadi. Bukan mudah untuk membeli syurga.Lihatlah pengorbanan wanita-wanita ahli syurga. Siti Khadijah berkorban harta untuk suaminya sehingga ia menjadi miskin.Padahal asalnya dia adalah hartawan Quraisy yang terbilang.Para isteri baginda membenarkan dan meredhakan baginda berkahwin lagi. Hingga mereka berada keseorangan dan kerinduan pada suami. Fatimah pula kurus kering jadinya kerana berusaha mencari air dan rezeki dengan tulang empat kerat kerana kemiskinan yang ditanggungnya,kemiskinan yang ditanggungnya tidak seorang pun wanita lain yang mampu merasainya.Pun begitu ia masih boleh memberi senyuman paling manis pada suami yang balik. Semuanya kerana yakin akan janji Allah.

Apakah antara pengorbanan yang susah kita berikan sebagai simpanan akhirat,agar cukup untuk ditukar dengan syurga? Memang sifat wanita suka dikasihi dan takut pula jika kasih bertukar ganti atau ada orang yang ketiga didalam rumahtangga.Semua wanita ingin menjadi isteri yang baik kepada suami mereka. Tetapi cuba isteri yang baik itu dimadukan,apa tindakannya?Adakah dia boleh tenang menerima suratan takdir atau mengamuk meminta cerai?


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat membuat kebaikan untuk manusia lain."


Mengapa isteri tidak membuktikan kebaikannya pada suami dengan membenarkan suaminya berkahwin?Seorang anak tidak pernah merajuk jika ibunya beranak seorang lagi,ertinya seseorang itu tidak bimbang jika kasih ibunya berbelah bagi antara adik beradiknya. Malah kalau dia kakak, dia akan berbangga dengan kelahiran adiknya,walaupun mulai saat itu kasih ibunya bukan untuk dia seorang.Begitulah kasih murni yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan.Ia membuktikan berasa rela memberi kebahagiaan kepada orang yang dikasihi. Tetapi rasa cinta yang didorong oleh nafsu adalah cinta yang tidak suci dan ia adalah untuk kepentingan diri sendiri. Ia bersalut dengan cemburu,hasad, dan dengki yang datang silih berganti.Cinta nafsu memang menghancurkan kehidupan suami isteri, khususnya bila suami berkahwin lagi.Seorang wanita itu sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan rasa marah,benci dan dendam pada suaminya,walhal semua katanya demi cintanya pada suaminya,wanita seperti ini biasanya tidak akan mengasihi suaminya apabila suaminya sudah tidak berdaya, tiada pengaruh dan tiada wang.

Mengapa seorang isteri tidak berusaha untuk membuktikan kasih pada suaminya dengan membenarkan berkahwin lagi? kalau sudah dirasakan itu menjadi keperluan kepada suaminya.Bukankah cinta yang besar itu berdasarkan pengorbanan yang besar.Selagi seorang isteri itu tidak mencintai suaminya dengan cinta fitrah (bukan cinta nafsu) nescaya masalah rumah tangga mereka tidak akan selesai. Kerana cinta nafsu yang dikekalkan tidak mendorong seseorang itu mengutamakan kehendak Allah dan kehendak suaminya kecuali perkara-perkara yang sesuai dengan kehendak nafsunya. Sifat nafsu itu mementingkan diri sendiri dan memperkecilkan kepentingan orang lain. Seorang wanita yang tamak akan mengawal suaminya untuk kepentingan dirinya,sedangkan dalam Islam orang yang paling baik ialah orang yang dapat memberikan kebaikan pada orang lain.

Jika seseorang wanita itu dimadu,apa dibimbangkan ialah kasih berbelah bagi,malam yang terpaksa digilirkan. Namun begitu, tanpa poligami pun belum tentu suami kita mengasihi kita dan tidak ada jaminan setiap malam iti malam pengantin antara kita dengannya. Takut kekurangan harta dan rumah tangga terjejas? Atau diri tidak dipedulikan? Adakah ada jaminan tanpa poligami kita kaya dan sering dikasihi? Ramai yang tidak berpologami namun kucar kacir rumahtangganya, selalu berpisah, papa dan terbiar. Malah ada orang yang berpoligami namun hidup mereka kaya dan cukup bahagia. Ada wanita yang sanggup biar suami dia berzina daripada berkahwin lagi. Tidak mengapa dia simpan perempuan asalkan dia tidak berkahwin lagi. Anggapan inilah yang patut dibetulkan,kerana membenarkan suami berzina atau simpan perempuan adalah lebih buruk daripada membenarkan suami berkahwin lagi.

Tegasnya poligami adalah halal dan zina adalah haram. Jika suami berzina,dia berhak untuk mencari seberapa ramai perempuan yang disukainya. Suami akan mencapai kepuasan seks haram diluar rumah lebih daripada isterinya. Malah ini lebih menjejaskan kasih sayang suami isteri. Cinta nafsu suami terlepas diluar,seterusnya mengancam keharmonian rumah tangga. Suami yang berzina tidak lagi fikir akan giliran,dan dia bebas untuk balik rumah atau tidak. Sedangkan suami yang ada dua isteri akan merasa bertanggungjawab, terkawal serta masih suka menggilirkan kedua-dua isterinya. Ini kerana,lelaki yang menikahi wanita secara halal adalah lelaki yang bertanggungjawab dan diterima disisi masyarakat.

Sebaliknya suami yang rela berzina untuk kepuasan nafsunya, adalah lelaki yang tidak suci,kurang tanggungjawab serta tidak diterima masyarakat. Antara dua kesusahan ini,iaitu kesusahan berpoligami atau kesusahan bersuamikan penzina,kesusahan mana yang lebih parah? Manakah yang lebih ringan untuk ditanggung oleh isteri? Poligami akan menjadi lebih buruk jika tidak diamalkan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jika suami buat salah,kemungkinan isteri juga buat salah. Walhal jika ia dilaksanakan menurut kaedah yang betul dan undang-undang Islam yang sebenarnya maka kebaikan dan keindahan institusi kekeluargaan Islam pasti akan terserlah.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Artikel ini saya tujukan buat tatapan semua yang berkaitan samaada terlalu inginkan poligami, terlalu takutkan poligami dan pengalaman sendiri berpoligami [Luna, Irfa, Tie] juga puan-puan yang bahagia dengan keluarga baik poligami atau tidak atau menjadi mangsa akibat poligami [Kak Azwa, Alex Lacey, Kak Zareda, Kak Sya, Ummibatrisyia, Najah, Oren, Ibu adam, dll kalau ada lelain yg baca maaf saya tak dapat mengesan kemasukan anda ke sini....] Juga artikel ni saya rasa wajar dibaca oleh kawan2 saya yang menjadi isteri bernombor..[adib [no 2], yati [no 3], kak baya [no 2], kak hajar [no 3], tie [no 3], kak Amy [no 1], kak aza [no 2...takper kak dah tau dah akak ni sabar...payung mas lagi], dan ramai lagi sekeliling anda yang beristeri dua kan...[sekeliling saya pun dah ramai dah ni taknak sebut yang sejabatan pun ramai...dari yg atas sampai ke bawah tuuu]


Sekadar berkongsi, kalau rajin bacaler...tak ramai wanita suka isu ni dan isu ni memang sensitif...saya tau, tapi saya suka juga nak letak artikel ni...buat rujukan dimasa depan
...

9 cetusan rasa:

sya berkata...

Kak sya bukan mangsa akibat poligami, kak sya jugak bukan anti poligami. Kak sya membenarkan dia kawin lagi dengan syarat pilih wanita yg takkan menyusahkan dia.. kak sya benarkan.. malah memberi cadangan calon2nya tapi dia nak yg itu.. wanita yg banyak menggunakan sihir memisahkan kami. Tapi dia yg melepaskan..

Anyway kak sya penah tulis dlm my comment in my blog.. org pompuan ni kekadang pelik tiap hari doa memohon syurga dr Allah.. tiap hari mesti pohon syurga tapi bila allah kurniakan syurga.. jaminan syurga dengan membenarkan poligami.. menolak pulak bila Allah dah beri.

Hijrah1429 berkata...

hahahaaaa...gelak dulu part yg last tu...betul...yg saya ada depan mata peluang ni pun haru biru gak!

Yerlah..saya tau kisah maid kak sya dulu..jahat sungguh...tapi tulah setiap apa yg Allah beri tu ada hikmanhnya. sekarang kaka sya jadik kuat,kan?..popular lagi...dapat anak2 yang baik dan dengar cakap...

Alex Lacey berkata...

akak pun tak pernah menolak poligami...yg akak tolak adalah bila tahu sang suami nak urus diri sendiri pun tak boleh, suruhan Tuhan pun selalu lalai tapi ada hati nak poligami, siap quote sunnah lagi etc...
kalau lelaki itu mampu, dari segi fizikal dan mental memang tak de masalah....

kekadang tu bila dah nampak lelaki tu akan berat sebelah, pun akak tak setuju....entah la...benda ni tak leh nak urai lelebih, akak tak reti tapi bila situasi itu menonjolkan diri, kita tau menilai lah....
apa-apapun pokok pangkalnya bila isu poligami ni timbul, akak selalu akan lihat yg lelaki itu....hehehe

Ummibatrisya berkata...

salam,

tak pandai ummi nak komen pasal ni.

tapi yang bestnya ummi ada dua emak, ramai abang dan kakak. :)

hari raya akan jadi hari yang meriah sekali. :)

dan yang pastinya, ummi sayang keluarga besar ummi :)

Zareda berkata...

Kak zar pun tak menolak poligami tapi dari berpoligami menyebabkan kami suami isteri lebih cepat masuk neraka (suami tak adil, isteri dok derhaka kat suami) biarlah elakkan berpoligami.

Berpoligami ni bermakna tanggungjawab dunia dan akhirat lebih bertambah.

oren berkata...

huhu..no komen..nak bangkang pun, benda tu halal..nak tolak, sapalah saya nih...tapi, rasa2 mmg tak sanggup sbb tau suami nak urus diri pun tak berapa betui..nak2 lagi part tanggungan..semua main lepas..kalo gitu, buat apa poligami sbb akan menganiayai org lain jugak...

nampak sgt saya tak suka poligami kan? hahaha..mencari 1000 alasan..

luna berkata...

tak dapat tidak, mmg saya setuju sgt dgn artikel ni..tp tu lah..sbnrnya kalo takut sgt pun x boleh...cuma yakin saja pd Allah, kalo kita x mampu hadapi, Dia x kan uji....

dan boleh jd apa yg kita suka tu, buruk buat kita dan apa yg kita benci tu baik utk kita. hanya Allah yg mengetahui apa2 yg kita x ketahui.

Hijrah1429 berkata...

Kak Sya...

Kisah kak sya tu menjadi pengajaran dan pengalaman kepada saya berkaitan hal orang gaji ni...hal pompuan tu..memangler masing2 nak syura tapi agaknya masing2 rasa tak mampu nak cuba poligami...sedangkan tak cuba mana nak tau mampu ker tidak,kan???

ehhh...dah jawab komen kak sya ni..tu lah ...

Kak alex..

Poligami ni akan jadik manis dan hebat kalau lelakinya yang main peranan masalahnya lelaki nya selalunya hempehhh...pak haji pun takdelah perfect tapi ada usaha dia utk tu pun kami dah okay dah...

Hijrah1429 berkata...

Ummie...

yer..keluarga besar yang harmoni takper..ta[i macam kami tak pernah dapat berkumpul sekeluarga sebab 1st wife pak haji masih dendam pada kak aza dan tak benarkan anak2nya berbaik dengan kami mak2 tiri ni..


Kak Zar...

Betul sangat apa kak zar cakap tu tapi kalaulah dapat buat sebaliknya tentulah ganjaran syurga,kan..cum kita ni insan yang lemah dan lalai

Oren...

sesiapa berhak menolak dan menerima poligami cuma kena ingat ia benda yang halal dan kalau kena kat kita samaada nak menolaknya atau menerimanya..kita takkan tahu hanya allah mengetahui...


Luna..

Betul sangat tu...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP