Isnin, Ogos 18, 2008

Hari Minggu Yang penat

Assalamualaikum w.b.t
Cerita naik bas dengan hani tu hari sabtu sebenarnya. Semalam hari ahad, hari memenuhi undangan kenduri kahwin...


Semalam jam 8.30 pagi lagi saya dan hani dah keluar rumah. Ada dua jemputan kahwin nak kena pergi. Dua2 pergi secara konvoi...5 kereta berkonvoi, semua tunggu kat pejabat. Saya tumpang kereta orang jer, tak larat minyak dan tak tahu jalan juga buat saya ambik keputusan tumpang jerlah.


Mula2 kami bergerak ke kepong. Rumah yg kami nak pergi tu, ehhh walaupun tak kerja lagi kenalah tunjuk muka,kan? Kan ker jemputan ni wajib dipenuhi, lagipun selain dapat kad, dapat juga jemputan mulut melalui panggilan telefon. tak sedaplah kalau tak pergi...lagipun nampak terharu betul dia masa dia nampak saya datang tu..mungkin dia agak saya tak datang sebab tak kerja lagi kot...sempat gak dia tanya mana pak haji...dia tak pernah tengok suami saya lagi setakat ni...nantilah satu hari saya jemput semua pegawai kanan termasuk boss dan timbalan minum oagi boleh saya kenalkan pak haji yang OKU pada diorang terutama pada bos saya tu...baru boleh dia bayangkan macamana kehidupan saya di rumah...


Sampai2 tu rupanya gerombolan kami sampai pertama...satu kereta dah sampai dulu...jadik 6 kereta semuanya. group kami jer dekat 20 orang...punyalah ramai...terus pengarah dan isterinya jemput kami duduk. Punyalah awal sebab catering pun tak datang lagi..masa ni adalah bacaan nazam kot kat dalam rumah...tak lama lepas tu caterer datang kami pun balun jerlah tengah2 panas makanan tu..tengah2 balun tu bos besar dan isteri pulak datang...terus jerlah basuh tangan sebab dia dah datang kat kita kenalah salam2. Hilang mood nak sambung makan...terus jumpa isteri bos salam2 dan hulurlah kan apalagi?


Lepas tu kami bergegas ke Taman satria senawang pulak jemputan dari kakitangan pejabat jugak. Kat sini makanannya sedap sungguh. Lauknya macam2 siap ada buah2an yang banyak dan ada juga cendol. Best...sempatlah perut tu kosong dalam perjalanan dari Kl ke Senawang tu...


Balik tu terus ke pejabat sebab keter parking kat pejabat. Lepak2 dulu tengok CSI kat Astro pastu tengok spiderman pulak...sambil borak2 dengan kawan, sudahnya jam 6 petang baru balik. Dalam perjalanan balik teringin pulak nak window shopping kat Seremban Centre Point...sudahnya terbeli sandal Hani dan sandal saya. Hani punya sandal tapaknya dah haus selalu nak tergelincir yang saya pulak saja beli sandal Bata untuk ke kelas sementara nak tunggu gaji nak beli sandal scholl ganti yang dah pakai 3 tahun tu...semua nak belanja kena catu sekarang....ayah takde sini pulak..susah sikit nak minta2 duit ni...beli2 barang makan sesikit ...tu pun habis gak seratus...apa yang mahal sangat barang sekarang ni...


Sambil jalan2 tu tinjau jugak baju2 kurung siap kanak2 nampaknya banyak fesyen yang dah sesuai Hani pakai yerlah dah besar sikit sekarang. Macam biasalah dua tiga hari lagi nak raya barulah saya beli baju Hani dan juga saya...baju ayah tak taulah beli ker tidak? kasi warna yang sikit lebih kurang...takde tempah2nya...baju t.shirt/gown/skirt ker semua tu tunggu gaji yang akhir baru beli. Lagipun bukan nak jalan kemana sangat....tahun ni kena jimat banyak. Kena simpan duit sebab semester depan nak pakai duit lagi nak buat kajian kat luar negara tu takkan nak harap duit bantuan jer...

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP