Ahad, Ogos 03, 2008

Didik anak dari kecil

Assallamualaikum w.b.t

Mendidik anak dengan agama bukannya mudah dalam era sekarang. Dengan rancangan televisyen, dengan cd, dengan games di komputer dan segala bentuk mainan lain. Kalau tidak bertegas dengan anak-anak maka tidak hairanlah anak2 akan hancur dengan dunianya.


Boleh sahaja kita habiskan masa 'berkualiti' dengan anak2 dengan menonton Tv ke pusat membeli belah atau keluar makan-makan. Boleh saja! Dan itu yang anak2 kecil ni suka. Hani pun macam tu juga. Kalau boleh malam2 mesti nak buka cd, nak main games di pc...tapi saya tetapkan pad dia malam hari yang bersekolah, dari maghrib sampai isya' kena duduk dalam bilik solat.


Kena mengaji, baca hadith dan jangan ke mana-mana. Kalau dia malas sekalipun saya tetap suruh dia duduk dengan saya...duduk dalam suasana.Memang Hani ni kalau datang angin malas dia, dia sanggup pakai telekung jer lepas tu duduk berteleku atas sejadah..sajer suka provok saya nak suh naik angin...


Tiap-tiap malam nilah kerja kami. menonton tv hanya sebelah petang [sekejap sajer] masuk maghrib jer kami dua beranak dah berkurung dalam bilik solat. Hani kena bawa fail + telekung dia masuk bilik. Lepas saya solat maghrib jer, mulalah sessi mengaji dan membaca. Lepas isya' kami mula baca hadith..kadang2 cilok juga, lepas solat isya' terus booommm kalau mengantuk sangat.


Dulu [usia hani 4 tahun dan kebawah] saya tengok dia selalu juga ikut2 saya solat. bagi saya dia terlalu awal utk diajar ayat bacaan dalam solat. Saya pun ingat nak ikut cara kak aza didik anak dalam solat. 6 tahun anak dia baru dia tegas dan akan duduk perhati betul2 tertib solat dan betulkan bacaan anak2 dalam solat. Masuk 7 tahun uda dan syakira dah boleh baca dan solat sendiri. Kagum betul saya!


Rupanya dalam diam saya tak perasan rupanya Hani dah boleh baca banyak bacaan dalam solat [be;ajar di sekolah]. Walaupun bacaan dia tak betul sangat dari segi tajwid dan tartilnya. zikir dalam sujud dan ruku' tu memang dah lama bermain di bibir dia. Saya memang malas nak ajar2 solat ni sebab rasa belum sampai waktunya. Tapi bila muzakarah dengan ayah, ayah cakap dah besar dah hani memang dah boleh ajar.


Baru sebulan dua ni saya perhatikan betul2 solat dia. memang dia dah boleh baca dioa iftitah, doa semasa tahiyat awal dan surah pun banyak dah yang dia hafal..annas, al falaq, ala masad, al ikhlas...kiranya memang dah boleh solat dah ..hanya perlu panduan saya jer...betulkan mana2 yg perlu.


Dia juga dah tau tertibnya..lepas berdiri, rukuk dan kemudian berdiri semula, pastu sujud...kira kita hanya tolong pastikan bilangan rakaatnya betul...niat pun dah pandai, hanya nak kita bagitau waktu maghrib ker isya' ker...


Tulah bila saya fikir2kan, hani ni dah lama tau buka dan pilih games online dalam internet sendiri [lebih setahun dah] tanpa guideline saya..tau buka dan off cd sendiri [dr 3 tahun], tau juga buka adjust radio/kaset/aircond dalam kereta sejak kecil lagi [maklumler hari2 naik kereta]...maksudnya semua benda dah boleh ajar...cuma mungkin sebab Hani ni jer satu anak saya dan saya pulak anak bongsu..mana ada pengalaman sangat...saya terlepas pandang....rupanya sejak kecil kita boleh ajar dia semua benda...jangan fikir dia tak boleh...allah bagi keupayaan anak2 ni sangat besar rupanya...ajar sahajalah...hasilnya pasti tidak mengecewakan...


Cuma kita kena pandai deal dengan kerenah dia..takdelah setiap kali ajar tu dia suka dan rela. Kena paksa jugak. Hani suka mengaji tapi paling liat nak solat. banyak alasan dia. "kakak kecik lagilah..allah atk marah kalau budak kecik tak solat."..."tunggu kakak 6 tahun nanti barulah kakak solat betul2.." Tulah saya pulak malas nak bergaduh dengan dia..biar jerlah, tapi nanti ayah balik, mesti soalan pertama ayah pada dia dah solat ke belum?...masa ni dia pandailah senyum2 kat ayah...dan ayah pun marah dia marah ala2 manja gitu...kalau saya mau penjang leter dia...




Tulisan ni hanya perkongsian pengalaman. Ada kanak2 yang lebih baik, tapi meletakkan tulisan disini adalah kenangan buat saya dan hani suatu masa nanti...
"sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Al Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan yang digandakan dan sesiapa membaca satu ayat , bacaannya itu akan menjadi Nur untuknya pada hari kiamat" [hadis riwayat Ahmad daripda Hazrat Ubadah bin Maisarah]

video

2 cetusan rasa:

Alex Lacey berkata...

itu lah kan? memang agak susah nak menerapkan nilai2 Islam kat anak2 zaman sekarang...sbb banyak pengaruh lain yg masuk, campur contoh2 dari orang2 dewasa lain tak membantu....

akak pun selalu gak cuba2 masukkan cerita2 pasal syurga neraka, pasal nabi2, pasal solat etc bila borak ngan anak2....teringin sangat nak tengok anak2 ni berjemaah bersama dengan pak dan maknya...hmmmm...doakan akak sekali yer?

Hijrah1429 berkata...

kak alex lacey..

memang mencabar nak besarkan anak zaman ni..kalau tak tegas hanyutlah jawabnya...insyaallah kita sama-sama doa anak-anak kita berjaya dunia akhirat hendaknya...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP