Jumaat, Ogos 08, 2008

Kisah benar poligami [sakit hati +sedih]

Assalamualaikum w.b.t

Kisahnya bermula...

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wifeno.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam

saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap...

tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..

tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap..."kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...

maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibukmenguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan sayatu.arwah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital...dgn kepayahan arwah mencium dua anak kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya.Mungkin arwah dah tahu yg dia akan pergi.




Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan arwah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...Saya masa tu hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg arwah yg berada di Kluang supaya datang segera .arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah arwah sudah tiada.

masa kat hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abg arwah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang. dan abg arwah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg arwah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.

Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg arwah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah arwah dapat di bawa ke rumahnya dan selepas zuhur jenazah arwah selamat di kebumikan.Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.

saya kenal arwah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang menenung saya, sedih masa tu.Masa urusan pengebumian tu, anak2 arwah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.suami arwah akan kembali pada hari rabu 29/1/03.

dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...

dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...
saya copy dari blog http://www.elhakim.blogspot/ <-- terima kasih sila izinkan!

3 cetusan rasa:

Cik Sar berkata...

sedihnyer.. menangis saya baca ..

Alex Lacey berkata...

samalah...mengalir air mata ku....inilah salah satu sebab mengapa akak rasa orang lelaki sekarang susah nak poligami...tapi tak semua la mcm tu....namun, banyak dengar cerita begini la huhuhu

Hijrah1429 berkata...

Cik Sar...

saya pun nagis masa baca ni sambil menyumpah kat husband dan bini baru dia tuu...melampau!

Kak Alex..

Ha'ah...bininya yang pertama tu [arwah] sabar betul..yang kedua pulak macam ke hapa..tak sedar diri...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP