Sabtu, Disember 20, 2008

Adab memakai pakaian

Assalamualaikum w.b.t



Wah...ni lagi pulak..hari2 bersalin pakaian 2/3 helai kan...banyak ibadat ni kalau kita berpakaian ikut sunnah...



Mula2 ni cara wanita islam berpakaian kalau nak keluar rumah;


1. pakaian mestilah menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki syariat


2. pakaian itu tidak terlalu nipissehingga kelihatan bayang-bayang tubuh badan dari luar


3. Pakaian itu tidka ketat atau sendat tetapi longgar dan selesa bila dipakai


4. Pakaian mestilan menutup bahagian tubuh badan yang menggiuirkan nafsu lelaki


5. warna pakaian mestilah suram atau gelap seperti hitam, kelabu asap atau perang


6. Pakaian itu tidak sekali-kali dikenakan dengan wangian yang berbau harum


7. Pakaian itu tidak 'bertasylabbuh'iaitu bersamaan dengan lelaki atau meniru2 pakaian lelaki


8. Pakaian-pakaia itu tidak menyerupai perempuan-perempuana kafir


9. Pakaian itu bukanlah pakain yang bermegah-megah atau untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias tetapi semata-mata untuk dapatkan keredhaan Allah



Itu cara-cara berpakaiannya..macam2 syaratkan? Tapi kalau dah biasa ikut syariat takde masalah nak kemana-mana pun asalkan pakaian ikut syariat...nak pakai seluar ker, skirt ker, gown ker, jubah ker semua dibenarkan asalkan ikut syarat2 yang tertera tu...longgar dan tak nampak bentuk badan...tapi skang ni susah sketlah kan sebab fesyen pakaian rata-rata didominasi oelh pakaian yang cam tak cukup kain dan nampaknya bukan konsep tutup aurat tapi konsep balut aurat plak...baju dah elok dah tutup semua tapi semua lak terjojol, depan belakang...yang pelik kepala tutup plak tu...tapi yang di dada tu menonjol2...mencabar lelaki2 bermata keranjang tullll!!!! Pompuan pun kalau ternampak harus nak tengok sekali lagi [jeling2 jerlah...ntah jeles ker hapa ?]
Ok, ni cara nak berpakaian plak;



--> Mula pakai pakaian dari sebelah kanan lepas masukkan kepala tu, kalau pakai pakaian bersarung pun mulakan dari atas [kepala]



--> Masa memakai pakaian tu disunnahkan memakai sambil duduk dan masukkan kaki sebelah kanan dulu [anak2 kena diajar benda ni dari kecil yer sebab budak2 biasanya automatik nak mulakan kaki kiri sebab syaitan memang dah mengapit anak2 kita sejak kecil suh ikut ajaran dia]



Doa memakai pakaian semua ada dalam buku doa2 harian sila rujuk yer..

"Allahumma'inna...."



Juga doa menanggalkan pakaian

"Bismillahillazi...."


Dan juga saya selitkan doa masa melihat cermin;
"Allahummanta...."

2 cetusan rasa:

zino berkata...

ada juga yg memakai pakaian menutup aurat tapi masih menjolok mata.. heran heran..

Hanisumayyah berkata...

En. Zino...

Itulah sebab kena pesan pada mahram2 kita yang kita bukan sahaja perlu menutup aurat tetapi perlu menutup aurat secara sempurna...baru kena cara islamnya...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP