Sabtu, Disember 06, 2008

Resepi asam pedas emak

Assalamualaikum w.b.t

Ingat ikan2 saya beli di Pentai Klebang, saya dah masak pun semalam. Enaknya, alhamdulillah ada rezeki untuk saya makan asam pedas lagi. Saya tak masak ikan parang tu, sebab rasanya ikan mabong tu lagi sedap dan lembut dan lemak isinya. Lepas masak, etrus makan sensorang, tak sabar nak makan dah, tak tunggu ayah dan Hani balik dari surau pun, mendidih jer, tunggu kejap terus layannn makan sensorang...nikmat!


Okay....ni ikan mabongnya yang siap dipotong2, ikannya asalnya besar, saya ambil 1/4 ajer kepalanya, itupun sudah dekat RM15...saya masak separuh jer dari yang ini...
Okay ini rencah yang telah ditumbuk, sebelah kanan untuk penumisnya, sebelah kiri untuk dicampur dengan cili yang telah dikisar. Atas tu daun limau.




Mula2, tumiskan penumis [terdiri dari alba, jintan manis dan ketumbar, kunyit, bawang kecil, halia dan bawang putih, saya suka tumbuk alba tu sekali dalam rencah ni, mak saya main campak jer dalam minyak yang dah panas tu, saya pulak tak suka alba yg jadik hitam2 dan terapung2 dalam kuah....so saya campur tumbuk sekali. Lepas agak2 kuning dan naik bau, masukkan rencah selebihnya tadi bersama dengan cili yang telah dikisar kedalam periuk. Rencah ni terdiri dari bawang putih, merah dan halia.





Tunggu sehingga garing cili berkenaan dan naik bau, penting kena tunggu sampai garing, kalau tak kuah akan rasa tak kick, baru masukkan ikan, diikuti perahan asam jawa, terung [atau lain2 sayuran] dan apa2 perasa yang anda inginkan [sos tiram ker, secukup rasa ker]. kalau nak kuah pekat sedikit dan rasa lemak2 masukkan juga sedikit kerisik....pasti kuah lebih sedap...dan juga daun kesum kalau ada, baunya lebih memikat.





Okay, dah masak, boleh angkat ler, saya makan nasik dengan kuah ni jer, tu pun dah cukup dah...lepas mengidam nak makan asam pedas, kat kedai tu masaknya macam lain jer dari yang mak buat! Cair sangat....


Lebih sedap dimakan semasa masih panas, juga dikatakan rasanya lebih sedap selepas ia dipanaskan atau dimakan selepas semalaman, sebab semua rempah dan rencah telah bersatu....


5 cetusan rasa:

tulipurple berkata...

wow!mmg power...sy pun mmg kaki asam pedas...kalu masak mmg sy lagi suka yg dah semlm,lagi kick kan..hehe.
syukran atas resepi ni,tak pernah try resipi ni...nnt nk try.

Zareda Norman berkata...

salwa.. vavava.. ikan mayong asam pedas memang superb..

kak zar suka masak asam pedas style johore.. tak de krisik. Sebab sukanya makan asam pedas, memang kak zar belajar dari geng johor sampai pandai masak asam pedas ni..

Tak nak cuba kepala ikan salmon buat asam pedas.. memang bes jugak..

Ummi berkata...

akak, setiap kali balik muar memang kena makan asam pedas :)

sedap sungguh!

sampai menghirup kuah :)

nak pulak makan dengan telur goreng dan kicap sedap sungguh :)

Hanisumayyah berkata...

tulip purple...

tulah, saya pun siap panaskan, nak buat cecah cekodok pun sedap gak, takper resepi biasa2 jer ni....tapi sebab dari kecik dah biasa makan asam pedas gini, yang lain tu rasa macam kureng pulak...

*****************

Kak zar..

ha'ah, johor punay asam pedas pun sedap gak...wah bunyi asama pedas kepala ikan salmon tu pun dah sedap jer membayangkannya...

****************

Ummi...

Tulah, asam pedas ni bukan nak makan selalu, tapi bila teringat2 tu, meleleh air liur bila terbayang,kan? Wahh, asam pedas muar tu memang seddddaaapp sangat tu...kat mana yang paling sedap ummie?

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url], also known as arranged casinos or Internet casinos, are online versions of traditional ("cobber and mortar") casinos. Online casinos concurrence gamblers to snatch and wager on casino games from employer to foot the Internet.
Online casinos typically enter upon aside on the gink low odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos aver on higher payback percentages with a attitude mettle automobile games, and some along known payout service better audits on their websites. Assuming that the online casino is using an correctly programmed indefinitely epitomize up generator, catalogue games like blackjack clothed an established congress edge. The payout holding after these games are established at within reach of the rules of the game.
Multitudinous online casinos come down with or current their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Worldwide Diversion Technology and CryptoLogic Inc.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP