Selasa, Disember 09, 2008

Cara memotong kuku ikut sunnah

Assalamualaikum w.b.t


Saya pasti setiap orang pasti akan memotong kuku, kalau tak seminggu sekali pun mesti sebulan sekurang-kurangnya sekali,kan? Kenapa tidak jadikan memotong kuku ni sebagai ibadat yang mendatangkan pahala, sebab sesuatu perkara yang dibuat mengikut sunnah akan dikira sebagai ibadat dan mendapat pahala. Jom kita ikut sunnah! Dan lagi, ikut sunnah akan bawa kejayaan!~ yihaaaa....dengar tu..KEJAYAAN!

Jugak saya dengar, memotong kuku ni beri kesan pada kesihatan...kalau potong selain hari yang disunnahkan, saya macam pernah terdengar akan mudah dihinggapi penyakit, tapi tak jumpa lagi hadith nya, awak semua pernah dengar ker?

Okay, bagi yang dah tau alhamdulillah, mungkin ini sebagai peringatan utk saya dan awak jugak, bagi yang tak tau, meh sini kita share sama2 ilmu ni...nanti2 bolehler citer kat orang plak, dan kena buat dan bagi tau kat anak2 jugak ni, hani memang dah tau sangat aturan potong kuku ni, malangnya bukan saya yang ajar, cikgu kat sekolah yang ajarkan, pastu dia plak ajarkan maknya siap2 blom potong dah warning ammie dah...cehh maknya dedulu kan sibuk kerja...semedang cikgu yg potongkan hari jemaat tu...

Gambar hanya hiasan

tetapi ramai jugak yang muslim terutama wanita yang berkuku panjang, fesyen or trend, xtauler, cuma takdelah sepanjang kuku yang ini, pastu letak cutex plak...pelik arr...dan orang kuku panjang ni bukan nampak pengotor ker??? Jugak nampak cam hantu....eeeiiiii...



Sunnah Nabi: Cara memotong kuku dan masa afdhal
[Sumber: http://tausyiah275.blogsome.com/2006/04/10/tentang-kuku/ ]



Cara memotong kuku jari tangan:



Mula dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan.

Cara memotong kuku jari kaki:



Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.



Waktu memotong kuku:



Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:



“Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam:


“Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Kesimpulan? Potong hari Jumaat, dan jangan simpan lebih dari 40 hari.







Kuku yang cantik, tetapi masih juga tidak mengikut sunnah!


Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.


Waah...siap ada lukisan lagi kat kuku tu...buruk benarkan berkuku begini, terbayang camanalah pemiliknya nak beristinjak, nak makan, nak tido, nak memandu pun susah gak ni, pemiliknya mesti berhati2 sepanjang masa sebab asyik nak jaga kuku jer,kan?...selain buruk, juga sangat2 menyusahkanlah!!!

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP