Isnin, Disember 22, 2008

Adab tidur

Assalamualaikum w.b.t


Tidur kita buat hari2 ek? So hari2 boleh dapat penutup pahala untuk satu hari tu kalau tidur dibuat mengikut sunnah...



So meh kita tengok adab tido lak...
Mula-mula sebelum tido tu kalau mampu ambillah wudhu' walaupun kita dalam hadath besar dan kalau mampu jugak eloklah kita sembahyang sunat taubat 2 rakaat dan sunat witir 2 rakaat serta lain2 amalan sunat rasullullah.



Pastu habiskan bacaan Al Quran, surah Al Sajadah dan surah Al Mulk, sebab Rasulullah S.a.w tidak akan tidur selagi tak baca dua surah ni.


Dan masa nak tidur tu kipaskan [libas] tempat tidur tu, dari kanan ke kiri sambil baca doa...

"Lahaulawala...."

Kita kebas tempat tido ni sebab sepanjang siang @ masa kita tak tidur mungkin ada jin/iblis yang tido di tempat kita tu...

Dan juga dikatakan elok baca Bismillah 21 kali kerana dikatakan kita akan dipelihara dari godaan syaitan dan jin serta dari kebakaran dan kematian secara mengejut



Pastu baca lak ayat Kursi 3 kali dan hadiah kan untuk diri sendiri dan keluarga kita, untuk keselamatan jiran dan seluruh penduduk kampung [taman pun boleh gak]



Dan kalau kita hendak bangun Tahajud malam tu, dan nak dumudahkan bangun bacalah surah Al Kahfi Ayat 107-110 sebab kalau tak terjaga pun Allah dah tuliskan ganjaran pahala kat kita jugak...best2..niat jer...



Kemudian baca lagi Tasbih Fatimah iaiatu;

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali


Ganjarannya Allah akan beri kekuatan dua orang hamba [ada juga hadis kata seorang] dan tiap kali lepas baca tu hembus kat tapak tangan dan kemudian sapukan tapak tangan tu ke seluruh badan kecuali kaat kemaluan dan tapak kaki. [buat ini sambil duduk berlunjur]



Kelebihannya Allah akan jauhkan dari terkena sihir dan godaan syaitan...

Bila dah siap tu nak tidur barulah baca doa tidur..

"Allahummabismika...."



Posisi tidur pulak kena ikut sunnah iaitu dengan mengadap kiblat, tangan kanan bawah pipi dan kaki kanan di atas kaki kiri. Cara tidur ni seolah-olah cara mayat kan mayat dihadapkan ke kiblat.



Masa nak tunggu tidur tu eloklah selawat sehinggalah terlena...sebaiknya zikir Allahu



kalau masa tidur tu termimpi yang elok, bangun dan ucapkanlah Alhamdulillah...


Sebaliknya kalau mimpi buruk, bacalah A'uzubillah dan buat syarat ludah ke sebelah kiri...jangan ludah betul2 plak basah plak muka suami kita kena ludahan heheheee.....:))


Wah..tak abis lagi ni...


Bangun plak baca doa dulu;

"alhamdulillahhillazi ahyana...."sebagai tanda syukur kerana Allah masih panjangkan nyawanya sehari lagi.


Dan sunnah juga pakai celak semasa tidur kerana kelebihannya banyak sekali, diantaranya mencantikkan mata, menyinarkan mata dan jika diamalkan dengan istiqamah dan yakin mata kita tidak akan kelabu. Cara sapu celak ni macamni...kanan disapu 3 kali dan kiri dua kali sambil berdoa.. doanya ni ada sikit confuse sebab catitan saya ni tak berbaris...nanti saya check semula...


Dan ini pesanan rasulullah pada saidina Ali ketika hendak tidur;


1. baca fatihah 4 kali- kelebihannya seperti menderma dijalan Allah

2. Baca Al Ikhlas 3 kali seperti khatam sebuah Al Quran

3. Selawat 10 kali seperti mengerjakan haji yang mabrur

4. Istighfar 10 kali seperti kita menyatupadukan dua orang muslim yang bertelingkah

5. Ucapkan tasbih "subhanallah walhamdulillah....." 4 kali kelebihannya masuk syurga tanpa hisab...
Kalau tempat tido kita tu rapat ke lantai/dinding, jangan tolak sangat sampai santak sebab kita ikram mana tau ada semuat atau serangga nak lalu....

3 cetusan rasa:

HappyIrfa berkata...

SALAM KAK..
mintak izin copy e-mail adab2 ni..
share dgn kengkawan.dapat pahala.dan satu lagi jangan lupa invite saya kat blog baru akak yer.
mawarni79@yahoo.com

Pnut berkata...

wa jgn lupa diriku ini utk diinivite di blog baru tu

and tahniah, result gempak tu...sikit lagi nak 4 flat..kagum seh...

kalau saya nak lepasi 2.5 pun sakit agaknya...

Hanisumayyah berkata...

Irfa dan pnut

Telah pun dijemput

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP