Khamis, Disember 04, 2008

balik ke rumah

Asslamualaikum w.b.t

Semalam pagi lepas sarapan ubi kayu rebus tu kamu borak2 jap dengan kakak dan mak lepas tu terus balik. Sebenarnya tak terus balik, ada destinasi nak dituju. Cakap kat mak nak balik ada kerja, tapi dalam perjalanan tiba2 terasa nak ke sesuatu tempat.



So, kami lalu dalam guna simpang kat alai tu masuk terus jalan menuju ke Banda Hilir, lalu Fuyung, padang temu...



Ni jalan di muara Sungai Duyung, banyak bot-bot kecil nalayan berlabuh kat sini, biasa di sini ada jual ikan baru naik, semalam tak perasan, lagipun tak boleh beli, takut busuk pulak sebab lambat lagi sampai ke rumah. kalau ikut jalan susur muara ni, dihujung nanti ada medan ikan bakar jugak, tapi saya lebih suka makan di Alai, lebih murah dan sedap banding di Umbai dan Duyung ni....


Ini jalan di Padang Temu, kemas jer kiri kanan jalan, kan, samaada saya yang perasan atau kebetulan, jalan di Melaka ni banyak yang sedap mata memandang,kan? Kalau keluar jer lebuhraya di Tol air keroh tu, kiri kanan semua pokok2 bunga, memang sejuk dan sedap mata memandang,kan?




Lepas selesai urusan di destinasi tu, kami pun balik dan kesian sungguh anak dara ni, keletihan sebab menapak jalan kaki ke banyak tempat, dan semalam tak banyak kerenah dia, membontot jer ammie....sampai kereta, tak keluar banda hilir dia dah mengantuk dan tidur..kesian..





Pastu saya singgah kat pantai Klebang ni, sengaja nak beli ikan baru naik kat sini. ramai gak yang berhenti, so semalam saya beli ikan parang [malam tu kedai tu tak masak asam pedas ikan parang, tekak tetap nak jawabnya kena masak sendirilah], iakn kegemaran ikan mabong dan ikan cencaru yang katanya baru naik. Lagipun tengok kulit berkilat dan mata pun jernih jer...








Lepas tu, kami keluar tol alor gajah, dekat 20 km nak ke Senawang, jammed pulak, dekat sejam sangkut kat sini....benci sesangat, sebab dah petang, takut pak haji dah balik, kunci pendua dia dah hilang [saya hilangkan] so harapkan kunci kat saya jerlah....






Anak dara terbangun sebab kereta lama terberhenti...napa kereta tak gerak ammie?




Lorrr...rupanya JPJ buat road block, semua kereta kena masuk hentian sebelah senawang ni, mana tak jammed? Tapi punyalah hangin, lepas saya dan 3 bijik kereta masuk susur ke hentian sebelah ni, sebab jammed yang teramat, kereta selebihnya semua dilepaskan meneruskan perjalanan semula..sengal betull..patut buatlah kat jalan sebelum masuk ke lebuhraya, ni kat lebuhraya dibuatnya...kan semua bayar tol sebab nak cepat...tapi sangkut dek road block ni


Mujur jugak, saya punya road tax mati 25 Dis, kalau tak nahas. Dahlah saya lupa, semalam bila nampak kon JPJ tu terus teringat, lepas nampak kat sticker tu 25 dis lega. kalau tak panjang cerita lak nak bayar saman apa semua....

2 cetusan rasa:

Zareda Norman berkata...

salwa

kak zar pun kalau out station, kalau ada tempat jual ikan fresh, sayur mayur fresh memang kak zar akan beli.. Kat KL susah nak makan sedap dan fresh so kalau ada kesemptan memang berhenti dan beli

Hijrah1429 berkata...

Kak Zar..

Tulah tarikan benda2 fresh ni memang buat selera kita meningkat,kan...masa beli lagi dah terbayang2 nak dimasak apa...heheee, cam kak zar lagi best selalu kuar masuk hutan...sekarang rajin merempit lagi...mesti jaun perjalanan dan banyak pengalaman...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP