Jumaat, Disember 12, 2008

Sukarnya membuat pilihan

Assalamualaikum w.b.t


Kesimpulan hasil brainstorming pagi tu mudah sangat bagi pasangan saya. Samaada saya berhenti kerja [sanggupker?] atau saya pindah ikut dia [ke peedee], baru yang lain2 akan datang secara pakej. Mana satu pilihan hati?



Berhenti kerja memang adalah mustahil dan teramat mustahil. Sampai saya kemukakan soalan..."kalau abang mati nanti macamana?" tapi sayangnya soalan itu sebenarnya keluar bersekali dengan sedu sedan saya dan air mata yang mengalir perlahan...menyebabkan saya tak boleh ingat apa jawapan pasangan saya tu! hishhhhkkk...rugi lak rasanya...



Telah dihantar sambung master, takkan nak berhenti..gilokah? Mampus kena serangan balas. tu tak abis kat situ, kat family camana plak?



Makanya, saya terpaksalah buat pilihan berpindah ke peedee...bergantung pada situasi....tunggu dan lihat dengan sabar, bukan saya yang akan bertindak, saya akan tunggu pihak sana bertindak...bila dah ada 'pondok' yang kami berdua boleh berteduh maka berbondong-bondonglah agaknya kami dua beranak pindah ke peedee...



Setakat ini diam....itu lebih baik, namun saya dah bagi green light yang saya akan TAAT....sebab banyak sangat isu yang pihak sana bangkitkan sebagai bukti saya tak taat...susah lah kan nak taat di akhir zaman ni...ko pergi kedai beli garam, ko nak bagi tau laki tak, dahlah laki ko balik seminggu dua kali? Ko kuar gi minum dengan officemate lelaki ko nak called dia dulu ke setiap masa??? dah 8 tahun kawin punya cerita semua keluar daaaaa!!! mampus nak mintak izin balik....



Moralnya...dok dendiam dalam umah, takyah mintak izin nak kemana....dia tak tau mengembara dalam tenet lagi bahaya woooo....

5 cetusan rasa:

Tanpa Nama berkata...

mmg susah camtu dan 'taat' tu sangat lah subjektif..bgantung pada org yg menyebutnya, apa fahamannya tentang taat mengikut kacamata nya.

tp mcm saya kata, kalo apa jua keputusannya, kak 'berkayuh' lah mengikut arus nya...janji akak mendarat di perhentian yg selamat dan tak menyakiti diri dan perasaan akak. :)

selamat meneruskan perjuangan yg belum selesai!

Ummi berkata...

orang tua-tua pesan, walau apa pun yang terjadi jangan berhenti kerja

Hanisumayyah berkata...

Luna...

Kalau dah nama berkayuh ikut arus orang nak taknak hati tetap membungkam...apapun kayuh tetap kayuh...destinasi mana yang sampai tak tauler...pasrah..

***************

Ummi..

Tulah, ntah isu 'berhenti kerja' ni dari dulu dibangkitkan...kadang rasa takde penyelesaian...tapi saya memang takkan berhentilah kan...

payarumput21 berkata...

Salam..

Rasa sedih pulak tetiba membaca.. berhenti kerja?? Memanglah syurga isteri di bawah tapak kaki suami.. tapi.. kita tak tau apa yang akan jadi esok.. bukan mempertikai takdir illahi.. tapi kita digalak berusaha..

Seorang teman mengeluh.. "memanglah dia mampu sara saya.. tapi.. bagaimana keluarga saya? tak kan nak hulur RM10 kat mak bapak pun kena mintak dia.. Sementara kita hidup dengan dia.. Sementara orang masih sayang kita.. Boleh la.. Esok lusa? Bila orang dah bosan?? Dengar jugak suara.. tak habis2 mintak duit.."

Dan kita yang mendengar hanya menelan air liur tak berkata apa.. ada kebenarannya... :-(

Hanisumayyah berkata...

Payarumput..

Dulu sebelum dia kena stroke idea berhenti kerja ni boleh lagi saya terima, tapi lepas kena stroke tu, saya rasa memang taks esuai dah idea tu...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP