Rabu, Disember 24, 2008

Kenapa berdoa?

Assalamualaikum w.b.t


Setiap orang ada keinginan dan kehendak, samaada secara fantasi ataupun kehndak itu memang boleh menjadi realiti. Ada yang memenuhi keinginan dengan meminta kepada ibu ayah, ada yang minta dengan suami, ada yang minta dengan teman atau sesiapa sahaja. Berapa ramai yang benar-benar bila inginkan sesuatu maka yang difkirkan hanyalah untuk meminta dan mengharap kepada Allah semata-mata.

Sheikh Qadir Al jailani semasa kecilnya, diajar ibunya setiap kali hendak makan, ibunya minta dia solat hajat dua rakaat minta kepada Allah, sebab semua datang dari Allah, ibunya sedari kecil menanamkan dalam diri Sheikh Qadir Al Jailani bahawa semua rezeki dari allah. Selepas solat hajat dua rakaat barulah beliau akan menjamah hidangan yang disediakan ibunya

Maka pada suatu hari, ibunya terpaksa berpergian dan terlupa menyediakan hidangan. Sheikh Kadir Al jailani seperti biasa akan solat hajat dan barulah makan. Apabila ibunya pulang beliau terkejut melihat anak tenang sahaja dan bila ditanya maka jawabnya "Ibuku.... saya telah makan sepeti biasa, dan alangkah lazatnya hidangan yang disediakan ibu pada hari ini berbeza dengan hari2 yang lain"


Akhirnya asbab yakinnya ibu beliau, allah datangkan rezeki dihadapan Sheikh Kadir Al Jailani asbab yakinnya dia semua datang dari Allah, manusia hanyalah asbab sahaja. Begitu kuat iman yakin umat dahulu sehingga hendak makan pun mereka solat hajat mohon pada Allah. Allah datangkan terus rezeki dalam rumah pada hambanya yang memohon dengan yakin...


Bagi kita pula, berapa kali dalam sehari kita berdoa, meminta dan mengharap kepada Allah. sahabat dulu, tepung tiada di rumah pun meraka solat mohon kepada Allah, dan selepas itu pulang melihat adakah Allah telah hantar tepung, apabila pulang melihat tiada tepung maka mereka perbetulkan lagi solat mereka, dan selapas solat dan yakin pada "Allah berkuasa, makhluk tidak ada kuasa" maka Allah tunjukkan pengisar berputar sendiri dan mengeluarkan tepung...begitulah yakinnya sahabat dahulu dengan doa mereka kepada Allah dan Allah tunjukkan serta merta...


Doa adalah amalan penting dalam beribadat. Bila kita berdoa di hadapat Allah bererti kita mengakui kerendahan dan kehinaan diri kita di hadapan Allah yang maha tinggi dan maha Mulia tempat kita memohon pertolongan.


Nabi s.a.w sendiri mengatakan doa itu sebahagian ibadat, dan ibadat yang tidak diserta doa sama ertinya dengan tidak ada otak, kosong isinya kerana tidak ada timbul dari hati sanubari sendiri perasaan ketundukan kepada Allah, seolah-olah sombong kepada Allah.


Doa mempositifkan diri kita dan menunjukkan jiwa kita diserah semata-mata kepada Allah dan bukan mengharap danm meminta kepada makhluk, dengan berdoa juga kita merasa diri kita dekat kepada Allah s.w.t, malah Allah murka kepada hambanya yang tidak meminta kepadaNya. Maka mintalah apa sahaaj kepada Allah...


Kalau kita selalu meminta kepada kawan atau sesama kita sudah tentu kawan kita akan merasa maluat atau orang yang kita minta tu pun akan marah dengan kita tapi dengan Allah mohonlah seberapa banyak yang kita mahu, Allah merasa bangga di atas permohonan yang dilakukan oleh hambaNya.


"MINTALAH DARIPADAKU NESCAYA AKU MENERIMA DOAMU" -Al Mukmin ayat 20

....kenapa gusar dan gundah gulana tak dapat apa yang diminta, doa sahaja....

5 cetusan rasa:

sunan berkata...

pls addd
sy nk tgk gak akt blogdunia madu tu
leh add x?
email sunan.jati@gmail.com
tq

HappyIrfa berkata...

salam kak wa..
kdg2 saya sedih bila berdoa mintak sesuatu,tp masih x dapat..saya cuba pujuk diri mgkin amal ibadat saya kurang sbb tu doa x makbul..

Mak Su berkata...

bagusnya ibu itu.... dari dia lahirlah anak yang soleh.

alangkah.... bahagianya

Alex Lacey berkata...

sejuk perut ibu mengandung....tapi memang manusia sekarang ni mudah lupa...dan mudah mengeluh bila apa yg diingini tak didapati....walhal Allah lebih mengetahui apa yg baik dan apa yg tidak....hmmmmm

Hanisumayyah berkata...

sunan...

akak dan add dah....silalah masuk

Happyirfa...

Jagan putus asa terus berdoa, allah kebih mengetahui apa yg terbaik buta hambanya, dan mungkin belum sampai masanya Dia memberi..

Maksu

Itulah kalau semangat tu ada dlam diri kita, insyaallah kita pun boleh dapat anak soleh

Kak alex..

Yer manusia tu kan alpa

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP