Khamis, Disember 25, 2008

Hijrah 1430

Assalamualaikum w.b.t

Menjelang Hijrah 1430 pada Isnin ini bersamaan 1 Muharam, maka blog sya yang bertajuk Hijrah 1429 ni dah tak relevan lagi. Dan ia juga menunjukkan yang sudah setahun blog ini menjadi medan saya meluah dan menjadi medan anda melihat diri saya dan tentunya banyak 'pekung di dada' yang tersebar di luar sana.

Maka niat saya yang asalnya hendak berhijrah tu nampaknya tidaklah kesampaian. Justeru, saya akan mengubah halatuju blog ini ke arah yang benar-benar melambangkah hijrahnya.

Dan sebagai peralihan dalam proses penghijrahan itu, saya telah menyediakan landasan penghijrahan baru sempena Hijrah 1430 ini iaitu seperti yang diwar-warkan sebelum ini iaitu di blog www.duniabermadu.blogspot.com.

Permintaan untuk diinvite melalui email dan komen dientry semua telah saya penuhi dan telah jemput, cuma ada yang tak membalsa jemputan, dan saya tetap kekalkan jemputan, macam saya kata yang baca lama2 dulu pun saya jemput juga, tapi mungkin tak sedar dijemput maka jemputan tu tak berbalas.

Macam kak wani, oren, Pnut, Ina, eiz dll semua saya dah jemput, kalau baca entry ni masukkan jerlah email anda untuk ke blog tu.

Dan berdasarkan site meter ramai juga silent reader, dan ada yang meminta dijemput melalui email, kalau ada yang nak dijemput maklumkan atau hantar ajer email pada saya hanisumayyah@hotmail.com / hani_sumayyah@yahoo.com.

Walaupun saya pun hairan, ada juga yang minat nak baca blog yang emosional dan syok sendiri ni......dan asalnya saya tulis suka-suka kemudian tengok ada yg boleh buat duit maka saya kononnya nak try, tu yg entry banyak tu.....tapi hempeh, sebulan baru dapat RM 3.75 sen, kemudian baru saya sedar saya tulis bukan sebenarnya untuk bacaan semua orang, hakikatnya saya tulis untuk yang betul faham dan berminat saja.

Dalam pada tu kalau ada yang nak diinvite boleh ajer, blog itu, kalau boleh saya ingin katakan kepada dunia, hukum Allah yang halal itu ada berkatnya dan ada hikmahnya. Maka itulah tajuknya duniabermadu.

Saya ingin melihat hikmah bermadu. Dah kalau ada perkara negatif pun, saya tetap ingin melihat dari sudut positif jugak..dan itulah namanya HIJRAH!

15 cetusan rasa:

lina berkata...

Assalamualaikum, boleh saya tau di mana nak dapat ikan fresh di PD spt yg you cerita dulu? dah lama cari bila ke PD tp tak tau mana...

thanks

lina berkata...

Assalamualaikum, boleh saya tau di mana nak dapat ikan fresh di PD spt yg you cerita dulu? dah lama cari bila ke PD tp tak tau mana...

thanks

lina berkata...

sori tak tau kenapa komen keluar 2 kali...

Tanpa Nama berkata...

Tolong invite saya. email : jlnsukun@yahoo.com

zino berkata...

makna nya zino tak di jemput la ya hehe

Hanisumayyah berkata...

Lina..

Ikan segar tu saya beli di pasar basah pasir panjang. Bukan di bandar PD. Kalau nak pergi pasir panjang ni dia dari batu 8 teluk kemang tu jalan teru menghala ke Melaka, nanti dalam 10 km kot jumpalah pasir panjang...dekat pekan pasir panjang belah2 petang selalu ada ikan baru naik ni...

Hanisumayyah berkata...

Jln sukun...

saya dah invite dah



**************

En Zino...

Sorrylah ya...saya buka untuk wanita jer...takper en zino baca blog yang ini jerlah pun boleh juga...

jane berkata...

salam wa,

boleh ke add saya di blog itu ? saya suka baca blog wa...

janelabu@yahoo.com.my

Ummibatrisya berkata...

wa,

selamat menyambut Maal Hijrah untuk wa sekeluarga :)

Hanisumayyah berkata...

Jane...

dah invite dan

****

Ummie...

selamat maal hijrah juga...moga2 iman dan amal bertambah...

payarumput21 berkata...

Salam..

Insya Allah.. semoga yang baik2 untuk kita2 semua... semoga mendapat redha Allah.. semoga lebih tabah.. semoga kita semua berhijrah dari yang baik2 kepada yang lebih baik.. Insya Allah..

Salam tahun baru buat wa sekeluarga..

Tanpa Nama berkata...

salam,

Minta invite saya,
adlinaj@yahoo.com

silent reader

Hijrah1429 berkata...

adlina, saya dah invite dah...

Tanpa Nama berkata...

salam...kak salwa...!!!

Minta Invite saya jugak ye..!!

dazaid2000@yahoo.com

Silent Reader

Hanisumayyah berkata...

Salam...

baru terbaca komen, nanti saya jemput...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP