Selasa, Disember 02, 2008

Nak kurus punya pasal


Assalamualaikum w.b.t


Malam tadi masa makan dengan Angah dan hani di McD, Angah cerita dengan saya, masa exam hari tu, ada seorang budak sekolah sebelah sekolah dia [SM Dang Anum], pengsan semasa sedang mengambil peperiksaam SPM, puncanya sebab budak tu ada penyakit kencing manis. Penyakit tu takdelah yang luar biasakan, yang luar biasanya Angah cerita, budak tu kena sebab amalan pemakanan dia untuk kurus.






Kakak budak ni [menurut ceritanyalah] bagi petua nak kurus pada adiknya supaya makan pisang dan air coke sahaja setiap hari. Budak ni pun sebagai adik agaknya ikutlah petua kakak dia tu dengan tekun...sebab nak kuruslahkan....lagipun bebudak sekolah, dia kira nak kurus, tu yang penting!




Secara berterusan selama 3 bulan budak ni hanya minum coke dan makan pisang. Saya tak taulah wujud petua macam ni, takat petua nak kurus makan oren 4 biji setiap hari, macam Aznil buat tu adalah saya dengar, ataupun makan epal macam Nik Sayyidah [mek] buat tu pun okaylah. Ni makan pisang dengan air coke???





Air ckoe dahlah air berkarbonat [yg tinggi kadar gulanya] ditambah dengan pisang, memanglah amalan pemakanan yang sangat tidak sihat. Sudahnya Angah cerita budak tu memang jadik kurus, tapi lepas 3 bulan tu, dia mula sakit, tengok2 kena kencing manis, lepas tu mula cuti sakit selalu tak datang sekolah...dan budak ni pun jadik popular...bukan sebab kepandaian belajar, tapi sebab sakit yang dicari sendiri....





Tulah masa exam hari tu, tengah jawab periksa dia pengsan, terus tak dapat habiskan SPM. Berapa paper jer dia sempat seat. Kesian jugak,kan? Kita tak taulah apa tekanan budak ni sampai dia beriya2 nak kurus, pasal pakwe ker, pasal kawan2 ker, tapi sebagai ibu bapa dan mak2 saudara pada anak2 perempuan ni, kena jugak kita mainkan peranan kot, biarlah anak2 kita gemuk sikit, takper, asalkan sihat. Tak perlulah nak sindir2 kanak2/remaja yang terlebih sihat ni, takut2 mendatangkan tekanan dan buat mereka mabil tindakan bukan2. Tapi bukan bermakna tak boleh tegur kan, tapi kalau boleh tegur dan bagi panduan yang betullah...dari kecik kalau nak dibentuk corak pemakanannya jagan jadik obes...sebab dah besar kesian diorang nak kurus dah susah....





Saya rasa kanak-kanak ni terlebih makan kot, kok sampei gini jadiknya? Bird pun dah tenggelam...hisssskkk...yang atas pulak dah melendut...







Yang ni pulak, slim ajerr dik? mak tak bagi makan kerrr????




Tengok tu sedapnya, makan fries, patutlah pun...tengok badanlaahhhh.


Hah.....yang ni? patutlah...mana nak gemuk, fries pun taknak makan, balik2 bubur daaaaaaa....


[Hani dan angah malam tadi]





Ni hasil kesungguhan ibu bapa yang menjaga anak..ni betul maknya kasik makan nih! Berbaloi membesarkannya....tengok perut baby tuh! Hisss geram kat peha dia!


Yang ni plak, macam tak cukup makan jer.... mana mak budak ni, awak bagi anak awak makan ker tidak ni?



Ohh...sahlah budak ni tak cukup makan! lapar sungguh tu!

7 cetusan rasa:

Ummi berkata...

sedap sehingga menghirup mangkuk :)

tapi ummi pun suka bubur MC D, sedap :)

remaja skrg sangat suka nak kurus, tengoklah fesyen budak-budak skrg, mesti kena kurus kalau tak, tak boleh muat baju-baju mereka itu :)

aNIe berkata...

Salam...

Apalah kakak budak tu bagi petua salah tu...akak ni sentiasa bimbangkan anak akak yang Farhan tu...suka minum air bergas pastu suka beli burger...sering kene leter...maklumlah makanan tu bukan baik untuk kesihatan...

Hahaha...sedap bubur tu sehingga menghirup....

payarumput21 berkata...

Salam..

Sedih membaca cerita begini.. things that people would do untuk nampak cantik..

Lapar la pulak nengok McD tu.. sedapnyerrrr.. Cam mana nak kekalkan bentuk badan cam nie??? hehehehe ;-p

Irfa berkata...

salam kak..
adik saya ada sorang.sihat sikit.
mak slalu sindir2 dia sbb suka makan.kesian saya tengok..saya risau gak takut adik tertekan nanti..
anak saya pun badan mcm hani..macam xcukup makan

Hanisumayyah berkata...

Ummi...

Tulah makin pelik pakaian remaja sekarang, yang lagi pelik takkan mak ayah diorang tak check baju2 anak2 diorang pakai ni? Hishh risau nak membesarkan hani dalam suasana persekitaran hari ni....takut terpengaruh..

Ummi..saya pun suka gak bubur mcd tu..tak sama macam buat di rumah..

********************

kak anie...

Tulah, saya ni pun kengkadang 'terminum' gak air bergas ni, w.pun sedar keburukannya...terutama kalu tengahari ketika haus tu...bila pk buruknya pandai lak otak ni kata, 'alah..sesekali teringin apa salahnya'...heheeee :)

*****************

Payarumput...

bubur mc d ni sedapkan? Bukan bebudak jer suka mak budak pun sama...

Hani rahsia dia kekal langsing ialah lepas makan mesti buang! tu yg geram tu, kadar metabolisme dia memang tinggilah...senang jaga badan..
*****************************

Tanpa Nama berkata...

makan pisang tu tak salah.. yang salah minum air coke.. huhu.

ala nak kurus, kena tekanan macam saya + tahan diri makan, gerenti kurus.. :D

tapi petua yang pernah diberi oleh doktor ialah kira kalori makanan yang dimakan. nak kurus, kurangkan. nak gemuk, tambahkan.

Hanisumayyah berkata...

Irfa...

Tulah, akak ni pun kategori bulat dari kecik jugak, tapi takdelah gemok sangat, tu yang faham perasaan budak2 gemuk ni...

Tulah, anak2 ni kadang pilih makan, bukan tak bagi makan, tapi semua yang dihulur taknak..pening pikir nak kasi makan apa...

****************

maryam...

Pisang pun bahaya jugak tu, kalau banyaklah...sebab akak masa ngandung hani dulu asbab makan pisang hari2 akak diebetis masa mengandung...sajer share info kalau maryam mengandung nanti jangan amal makan pisang yer...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP