Khamis, Disember 11, 2008

Pertama sejak perang...

Assalamualaikum w.b.t


Sejak lepas puasa dan hari raya aidilfitiri seterusnya bersambung dengan 'perang dingin' hari tu, hari selasa yang baru ni...barulah kami tiga beranak dapat keluar minum/makan di kedai. Masa malam yang pak hj nak ambil hani tu kami keluar jugak,kan? Tapi masa tu saya tak makan langsung pun!


Minum petang tu, saya dan Hani makan roti canai kosong, pak hj rojak [tanpa mee], saya nescafe tarik, pak hj minum kopi O dan hani milo ais...masa ni pak hj dan hani dua2 kepeningan tak tau nak order apa, sudahnya sekeping roti makan bertiga, tak cukup baru order rojak + roti canai sekeping lagik....semua harganya RM 7.90, saya bayar petang tu, tu sebab saya ingat lagi...camana murah ker mahal tu? [ Ohh...baru perasan, adakah sebab saya bawak purse ptg tu maka saya kena bayar?]


Satu sebabnya yang kami tak minum/makan luar ni ialah sejak cuti ni saya memang memasak dengan rajinnya. satu lagi sebab mood nak keluar makan kedai takde...petang yang keluar ni pu sebab pada hari selasa baru ni saya ajak pak hj teman saya ke Klinik Sukhilmi di Senawang. saya dapat tahu pasal klinik palar O&G ni daripada blog Viruspadu, dah lama nak pergi tapi asyik tertangguh jer...



Selingan : Semalam masak lemak cili padi ketam, dua ekor ketam ni harganya RM 16.80, saya ingat sebab pak hj tanya harga ketam ni masa tengah makan, so saya tengoklah kat resitnya....gambar yang dah masak tak ambil sebab lupa...lagipun kalau ambik2 gambar ni semua tu jadik punca 'nak kena marah' dengan pak hj...dia pelik apa pasal semua benda saya nak ambil gambar...kalau event penting dia tak kisah dia tau sebab blog, tapi kalau lauk pun nak ambik gambar tu yang dia pandang semacam jer tu...


Petang selasa tu, tak tau baik pulak mood pak hj, dia ikut jer kehendak saya, lepas asar kami bergerak, bila sampai jer nampaklah Dr Sukhilmi sedang mangga pintu kliniknya. Pak hj parking kereta betul2 depan klinik dia, dan dia pun menoleh saya pun bagi signal 2 tapak tangan didekatkan, konon2 nak tanya tutup ker? Dia senyum jer...lagipun masa tu kereta pak hj masih bergerak lagi...


Pastu pak hj berhenti suh saya turun tengok waktu beroperasi dia, dan masa tu Dr Sukhilmi tu dah jalan ke kereta dia hantar beg agaknya. Dia datang semula dekat saya dan bagi salam....

Dr : Assalamualaikum...saya Dr Sukhilmi, puan nak datang klinik saya ker
Saya : ha'ah, doktor dah tutup ker...

Dr : Ya, saya ada kes kat "hosp XXX", puan pernah datang dapatkan rawatan kat sini tak?

Saya : Tak pernah Dr, baru nak cuba....

Dr : Puan datang esok ker boleh tak?

Saya : Ok dr, no problem...


Baik dan bersopan santun sungguh Dr Sukhilmi ni, mukanya good looking dan kemeraha-merahan bersih jer raut wajah dia, muda pulak lagi tu..terasa malu pulak saya nak dapat rawatan kat doktor lelaki yang kacak2 ni...rasa cam tak jadik pulak...rawatan utk mendapatkan anak ni ada sedikit bentuk2 rawatan yang sulit, betul tak? takat dapatkan nasihat boleh kot...tapi nak rawatan lanjut saya kena cari, doktor perempuanlah kot... pak hj pun baru jer bagitau ada satu kedai seisei kat sebelah The Store PD ada rawatan utk org nak dapatkan anak, wah nampaknya pak hj pun sibuk tanya2kan jugak ni....






Petang tu, hani asyik nak merajuk sebab tak tido dari pagi, elok nak sampai kedai ni dia tido pulak, apa lagi, kena kejutlah...lama dia duduk sorang2 kat meja sebelah, merajuklah kononnya tu, bila pujuk benarkan dia main games kat hp ammie barulah datang kat meja kami...


Ok, tu ajer...oh yer nama kedai ni zink corner, dekat rumah jer, harga makanan masih agak murah, dan lagi, rotinya agak tebal dan besar, makanan di sini pulak banyak kuantiti dia...kira lepas makan puas hati, tak mahal sangat dan perut pun kenyang...tak tau kenapa saya agak skeptikal nak makan di kedai mamak...saya suka gi kedai org tempatan...

3 cetusan rasa:

sya berkata...

Kak sya sekarang kalau nak makan roti canai mesti cari kedai melayu, jadi bila jumpa kedai melayu ada jual roti canai... terus aje mengorder

Zareda Norman berkata...

dah lama tak makan roti canai.. hehehhehe

Hijrah1429 berkata...

Kak Sya...

Saya pun sama, roti canai mamk ni kurang terimalah...


*********************

Kak Zar..

Tulah pergi jer mena-mana kedai mesti ada roti canai, nak senang? yang segera pun ada kan...hehehe

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP