Selasa, November 18, 2008

Patung cendana dipersimpangan ini

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada terlebih rajin sikit petang ni lepas abis dua kelas dan berperang dengan rasa mengantuk, sampai saya jerlah yang rajin menjawab soalan penceramah tu, sajer buat lawak, sebab yang lain lagilah senyap jer, agaknya semua tak dapat merokok tu pasal mandom jer...oh ya, saya sorang jer peserta perempuan, asalnya 14 tapi hanya kami berenam yang tinggal sebab selebihnya tu ulangan dan pagi2 tadi dtg cabut undi untuk tugasan sahaja. bayangkan 6 orang jer..kelakar...saya dok belakang sekali sebab sibuk buat kerja lain, baca nota utk esok...





Sebab terlebih rajin, saya buat entry content analysis ni, saya sangat hargai komen2 yang diberikan waaupun ada berbagai nada dalam komen tu. Isu samaada saya ikut atau tidak cadangan, harapan dan gesaan dalam komen tu saya ketepikan dulu sebab itu perlu satu lagi penganalisaan.





Kat bawah ni, antra komen2 yang sempat saya sedut dan letak disini, mari kita baca sama2, saya letak kat sini supaya senang saya buat perbandingan. Apapun lepas exam kita sama-sama tunggu kesudahannya.


Kategori ni saya namakan, "Salwa, fikir masak2, buruk baiknya, ni keputusan besar"


****************

AZWA berkata...
suka tengok entry salwa dah berbeza nadanya.Miss pulak kat citer telenovela dulu tu. anyway, semoga selepas ini bertambah ceria hidup salwa. aminnn.

**************

zareda berkata...
Kak zar sempat habiskan baca dari episod patung cendana tu.. hehhhee

salwa, hidup berumahtangga memang banyak dugaan suka dukanya. Apa yang kak zar baca kak zar rasa salwa masih lagi menimbang nimbang untuk teruskan keputusan tu.

hati perempuan ni memang banyak berbolak balik.. sebab kita ni banyak pikir, itu ini begitu begini..

Bila kak zar kata berbaik baik tu bukan maknanya suruh lupakan apa yang berlaku dan terima pak haji semula tapi kak zar harap kalau betul nak proceed cerai tu, janganlah sampai bermasam muka dan jadi musuh. Pak haji masih ayah hani walaupun hubungan mak ayahnya dia dah putus.

Kalau betul dah nekad, memang banyak anjakan paradigma yang salwa kena lakukan.. cara hidup, pergaulan, hubungan dengan family, hubungan dengan hani dan cara nak handle emosi kita sendiri..

aniway, teruskan berjuangan dalam exam tu dengan cemerlang. Jangan jadikan masalah hidup kita menghalang kita untuk ke hadapan. Now is new era, wanita yang menggoncang dunia kini juga boleh memegang dunia..

***************

Ummibatrisya berkata...
salam,

salwa, ummi setuju dengan pandangan kak zar.

salwa, ummi nasihatkan seboleh-bolehnya salwa mohon petunjuk dari Allah. hanya Allah!

bukannya salah untuk mendengar nasihat orang lain tapi salwa yang melaluinya bukan orang lain yang melaluinya, salwa yang tahu apa yang terjadi dalam rumahtangga salwa

dan ingat ada manusia lain yang lebih hebat lagi dugaannya yang tak mampu ummi ceritakan di sini kerana tidak mahu membuka aib orang

dugaan salwa ini hanya 1% dari dugaan yang saudara ummi lalui, saudara ummi itu tidak pernah cepat melatah dan hanya berserah kepada Allah sahaja

jalan terbaik yang dia ambil adalah memohon petunjuk, ingat Allah tidak akan sekali sekali menganiaya umatNya.

maaf jika terasa hati dengan nasihat ummi

tapi fikrlah, ini hal rumahtangga kita, tidak elok untuk diceritakan kepada orang

jika inginkan nasihat sekalipun, pilih orang yang betul-betul boleh menasihatkan kita

jangan terburu-buru membuat keputusan, ajal, maut, jodoh semua Allah yang tentukan

mungkin kawan salwa adalah kawan yang terbaik untuk memberikan nasihat kerana dia sungguh kenal siapa salwa :)

semoga berjaya dalam peperiksaan!

*****************

payarumput21 berkata...
Salam..

Hmmm.. kiranya ramai yang sependapat.. Hanya kita.. dan diri kita saja yang tau.. hati kita..:-)

Tepuk dada.. tanya selera.. tapi.. tu lah.. selera kita.. kadang2 kita sendiri pun tak tau..

Memandang dari luar dan memberi pendapat dan kesimpulan.. tak sama dengan mengalami dan merasa sendiri.. :-(

But then again.. Kalaulah segalanya semudah pengucapan.. At the end of the day.. and the best to always remember is...

...."kalau Allah bawa kita ke sini.. Allah juga yang akan bawa kita keluar dari sini"...

Insya Allah

******************

zareda berkata...
Kak zar pun setuju dengan ummi.. mohonlah pada Allah.. hanya Allah!

Semoga dilorongkan petunjuk dan hidayat jalan yang sebaik baiknyanya buat salwa dan hani.. kita kat luar ni hanya memandang dan memberi pandangan.

Bercerai pun kena sabar tak bercerai pun kena sabar.. kan sabar itu separuh dari iman.. wallahualam

****************

payarumput21 berkata...
Salam...

Hmmm.. berat... memang berat.. Percayalah.. datang dari seorang yang bergelar JANDA.. banyak yang tak baik dari baiknya..

Dugaan sebelum.. dan sesudah.. pandangan masyarakat.. pandangan sinis kaum sejenis.. pandangan serong dari kaum adam..

Kita baik.. katanya nak amek laki orang.. kita buat tak tau.. katanya kita sombong.. kita senyum.. kata kita menggoda.. kita masam.. kata kita ni perasan bagus.. and on.. and on.. and on..

Apa2 pun myself pun tak sempurna.. cuma kita saja yang tau diri kita sendiri.. and at the end of the day.. whatever others said.. will not matter.. how we feel is the most important..

Mudah2an diberi petunjuk oleh Allah.. berdosa besar bagi mereka yang menyuruh dan menggalakkan.. Still, apa pun keputusan yang bakal dibuat.. Insya Allah.. saya akan menyokong kamu 100% without question.. :-(

Take care and selamat berkenalan jugak :-)

******************

izawani berkata...
Wah.... macam marah sangat tu... Sabar salwa...

Kelakar plak... ingat waktu akak dah nekad sangat nak bercerai... Dan bila hubby dah sedar diri dia mungkin tak diperlukan... Waktu tu baru dia betul betul nak berubah...

Tapi salwa... Akak tak pulak buat patung cendana.... hahahaha... Akak melawan... cuma tak bley la menjerit jerit, nanti orang kampung kata apa plak... kan ? Hahahaha...

By the way... agaknya Tuhan nak bagi rezeki, lepas sebulan tu, sah plak akak mengandung... sebelum tu... tunggu sampai 7 tahun tak dapat dapat....

Ok la... tak kesah la kena paksa ker... patung cendana ker... kan ? Kalau dapat baby... kita lupakan semuaaaaaaaaa yang berlalu....

Hehehehe....


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Ini kategorinya saya namakan..."Salwa, sila bercerai, jangan pandang belakang lagi...


************

Tanpa Nama berkata...
Salwa salam and good morning. berapa banyak peluang lol. Flip flop ni maca your trade mark jer. I know you have more brain than that.

*************

Tanpa Nama berkata...
salam salwa,

ni akak yg tulis salwa tak ada pendirian kembali semula:)

kami pembaca menilai salwa dari cerita2 yg kami baca tapi keputusan ditangan salwa sendiri untuk mencari apakah makna KEBAHAGIAN

selagi AKAL yang diatas boleh mengawal yg kat BAWAH,selamat lah semuanya

kalau dulu salwa sanggup meredah segala cara nak kawin ngan pak aji,masa tu salwa tak fikirkan apa owg akan kata kenapa baru sekarang salwa fikir kalau jadik janda,macam2 owg akan kata eh

minta maaf kalau kata2 akak menjadik kudis di hati salwa

***************

Tanpa Nama berkata...
salam salwa,

dari gaya cerita yg lepas2 akak rasa salwa tak ada pendirian,kalau salwa masih nak kasi peluang pada pak aji tak payah lah meroyan mencerita keburukan,salwa telan jer lah walau pahit pun

lepas sebulan pak aji balik,salwa cair,hani di jadikan alasan

nanti jadik lagi mcam ni salwa meroyan semula tak tentu arah,fikir la salwa,kita dikasi akal di ATAS bukan akal di BAWAH

harap maaf kalau ini menyinggung salwa

******************

Tanpa Nama berkata...
Salam,

You can't be a good boss because you can't make a wise decision,setinggi mana pun belajar,kalau tak boleh buat keputusan,ini lah jadik nya

Cerita you ni ibarat dah meludah tapi dijilat semula

***************

Tanpa Nama berkata...
Good. keep it that way

*****************

Tanpa Nama berkata...
Salwa,

Akak pernah lalui perceraian sendiri jer,tak ada sapa back up,sebab keputusan kita yg nak,tak perlu moral support dari sesapa,kuatkan hati,go for it,utk masa depan diri sendiri,susah senang,kita tanggung sendiri,bukan owg lain,ini lah masa utk mengubah hidup salwa dari kekalutan.

Walaupun salwa tak berkerja tapi gaji masih ada kan,akak dulu masa minta cerai tak berkerja tak ada pendapatan,akak cekalkan hati,alhamdullilah semua nya,lepas cerai boleh cari keja,selagi akal menguasi diri selagi itu kita boleh berfikiran waras

Hani dengan ayah dia and adik beradik dia tak akan putus,dont worry,selagi ayah nya tau tanggungjawap pada anak,kalau dia tunggeng jwap jer nak,haa tu lain jadik nya salwa:)

***************

Mutiara berkata...
Assalamualaikum Salwa

Saya mengikuti blog Salwa dari mula dulu dan memang pun ramai orang yang amat mangambil berat kebajikan Salwa, termasuk saya. Saya pernah memberi komen yg keras suatu masa dulu.

Pada saya hanya Salwa sahaja yang dapat keluar dari lubuk sengsara yang Salwa alami.
Nasihat-nasihat yang diberi oleh meraka yang masih menyuruh bersabar itu bagi saya tak ada guna nya. Nasihat2 begitu hanya memanjangkan lagi kesengsaraan Wa. Mereka boleh kata begitu sebab meraka tidak di dalam situasi Wa.
Jangan takut dengan masa depan. Cut all the loses and begin again. Dunia masih luas. Wa masih muda, masih ada peluang untuk bahagia.

*******************

Tanpa Nama berkata...
kenapa menjadi isteri kedua mesti takut orang kata? Begitu juga menjanda? Saya pun pelik fikir? kedua-dua ini salwa lalui dan plan nak hadapi. Bukankah semasa nak tempuh perkahwinan selalunya kita di alam percintaan yang membahagiakan. Ini persoalan yang timbul sebab jiran saya sanggup ajar anak-anak berbohong untuk tidak mendedahkan bahawa dia isteri kedua. Saya pula lihat kehidupannya OK saja, yang penting sah dan tak huru hara keluarga. Begitu juga menjanda, kenapa bimbang sangat orang mengata sedangkan yang mengata itu anak-anak bertaburan, suami entah ke mana-mana. Bahagia atau sengsara di mana-mana dan tidak mengira siapa, hanya kita yang mampu mengubahnya.

*******************

Maryam Abu Ahmad berkata...
hopefully, this is the best for kak wa.. susah juga terikat tapi tak dipedulikan. moga kak wa tabah!

********************

Jiji berkata...
haih. Insyallah ini yang terbaik. harap di permudahkan segalanya....

******************

zareda berkata...
salwa

kalau itulah pengakhirannya, tak usahlah nak berhiba hiba.. pandang ke hadapan.. Salwa ada hani jadi salwa kena double lebih tabah.

Utamakan nak exam tu.. good luck..

tapi sms pak haji tu, kalau kak zar sendiri.. emm tak ada lagi yang nak diharapkan dari sebelah sana..

*******************

Pnut berkata...
Wa-moga lebih aman selepas ini..
mmg la sedih dan perit...
tapi dari pengalaman adik sy sendiri, katanya lebih perit bila ada suami, bila berpisah, peritnya sekejap, tapi bahagia lebih lama

********************

Me. Moi. berkata...
dia tak worth nak dirayu lah salwa kalau dah macam tu sms dia, sebijik macam suami saya tu... tapi ketakutan nak di tinggalkan.. kesunyian tu saya amat faham. title janda tu sangat susahhhh nak di terima.. but really, lelaki2 macam ni, tak perlu nak di rayu. I stop merayu already. sebab bahagia tu sekejap je lepas tu jadik balik. at our own expense kan..


*********************

Tanpa Nama berkata...
Puan Salwa
pertama kali baca luahan hati isteri kedua, rupanya susah juga ye walaupun daripada cerita, suami puan ni kategori beragama. Yang saya puji, puan ni baik dengan madu dan kelakar bila baca puan dan madu senang bila suami tak ada, bila bergilir.

Puan saya nak beri pendapat je harap jangan ambil hati, suami puan, kalau betul-betul faham dan baik amalan agama, berdakwah, apa kes lari tinggalkan anak isteri, lepas tu main cabar mencabar nak cerai.Tak tahan tu ayat "lagi cepat lagi bagus". Lepas sebulan balik rumah nak kan #$%^&*, mengendeng pulak. Maaf Puan,kalau husband saya buat macam ni, saya rasa saya tak de value langsung pada dia. Nampak sangat nak seks je, ingat haiwan ke, kejar masa nak mengawan je. Jika nak kahwin, nak bercerai atau apa saja, kita perlu fikirkan apa yang baik untuk diri kita, bukan orang sekeliling kita, siapa kisah diri kita atau kalau kisah sehingga tahap mana kisahnya mereka? Anak takkan berpisah dari ibu dan bapa, tanggungjawab kita padanya tak akan berubah, walau apa pun berlaku, itu janganlah dimasukkan dalam keputusan yang akan kita buat.

Janda atau andartu satu taboo untuk perempuan sejak dulu, mungkin persekitaran dan tradisi yang membuatkan manusia pandang buruk atau prejudis pada mereka. Puan tinggal di mana? Kalau di keliling manusia tak ada kerja melainkan jaga tepi kain orang, memanglah sengsara. Tinggal di KL, pandai membawa diri, jaga batas susila, saya percaya tiada siapa pedulikan status puan. Sedangkan gay, pengkid atau lesbian boleh hidup aman damai, atas alasan apa andartu atau janda mesti hidup sengsara? Penting di sini nawaitu, cara manusia itu hidup dan penerimaan tentang apa itu hidup. Orang yang bersuami pun hidupnya belum tentu bahagiakan, lihat saja Puan, bahagiakah? Macam yo-yo saja. Ini hanyalah pendapat saya ya, berkeluarga, berpisah segalanya di tangan Puan. Sebaik-baiknya jangan bercerai tapi jangan juga menjadi perempuan tempat untuk dilampiaskan nafsu semata-mata.

*********************

Tanpa Nama berkata...
HS


Hendak seribu daya, tak nak serbu dalih.

********************

Tanpa Nama berkata...
jika itu semua alasan puan, puan kena lupakanlah kekurangan suami puan seperti OKU, selalu lari dari rumah, dll lagi. Kenapa mesti sebut suami puan "orang tua" tu. Tak baik tau merungut kekurangan yang kita tempuh kerana di sana sini ramai wanita yang serba serbi kekurangan, berhempas pulas membantu suami walaupun tidak bermadu. Sebelum kahwin dulu,Puan tentu sudah maklum akan ketidakadilan seorang lelaki bila beristeri lebih satu, jadi puan haruslah terima apa saja yang diperlakukan suami puan jika merujuk alasan -alasan puan tidak mahu jadi janda. Pada saya, andartu atau janda itu lebih mulia jika pandai membawa diri, berdikari, kawal diri. Ramai janda yang bekerja dikelilngi kaum lelaki, tapi disegani, kerana mereka tidak membenarkan diri mereka dipermainkan dan dipersendakan. Itu pandangan sayalah kepada beberapa contoh yang saya lihat. Malah ramai juga yang menjadi isteri tidak bersyukur malah terlalu mesra dengan rakan lelaki di pejabat. Tak kurang yang ramai pasang tyre spare menduakan suami.

Wallahualam.

*******************

Tanpa Nama berkata...
maaf salwa, tanpa nama di atas bukan orang sepang tetapi masuk rumah salwa melalui rumah beliau. Tak fasal-fasal nanti orang sepang pulak terkejut. Saya di Subang.
Harap salwa buat keputusan terbaik, jangan jadikan keluarga, rakan karib, anak sebagai alasan. Yang penting dalam diri kita, apa kita nak dan bagaimana kita akan hidup, diri kita sendiri yang tentukan, bukan orang lain.



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kategori ni saya namakan, :Salwa, apapun salwa tau apa yang terbaik buat salwa"


***************
zino berkata...

blog ni memberi sumbangan pelbagai.. terpulang bagaimana kita mengendalikan nya.. dan apa yg kita maukan.. ada yg guna utk meluahkan segala perasaan yg terbuku dihati.. ada yg menulis utk mendapat feedback atau komen dari penulis lain..ada juga yg bercerita pengalaman masing dan sebagainya..

pendek kata apa saja boleh di lakukan.. blog kita ikut suka kita..dan apabila kita buka utk komen.. bermacam komen yg kita terima.. kena lah terima dengan hati terbuka.. walaupun mungkin ada komen yg tak berapa kita suka..

akhirkata..zino harap hijrah dapat mencari jalan keluar segala permasaalah yg sedang di hadapi.. baik utk hijrah baik utk hani.. baik utk semua..

inshaallah..

******************

AZWA berkata...
kalau mcm norman hakim, meleleh airmata bila abby minta diceraikan, mgkn tersentuh juga dihati...tapi klu baca sms cm sms asben salwa tu...alahaiii...begitu mudah sekali bagi dia.

Bersabar la salwa menghadapi segala dugaan. fikirkan diri dan hani..good luck

*******************

AZWA berkata...
salwa...hehehe..sorry..dalam sedey2, dan geram ngan sikap pak haji terhadap u, still kelakar pulak part adegan last tu hehehe..it's not an easy decision to make rite?

********************

AZWA berkata...
salwa,

huhuhu...memangla geram..maksud akak cara u bercerita tu, dalam geram2 tu ada kelakarnya. kelakar kat sini tak merujuk pada masalah yang salwa hadapi...tapi pada gaya dan bahasa yg u gunakan.

bagi akak membuat keputusan dalam hal seperti ini bukan sesuatu yang mudah...klu akak berada ditempat u pun mesti serba salah juga.



***********************

Begitulah sedikit sebanyak, ada buruk dan ada baiknya, mari kita bincangkan...saya kini berada di dua persimpangan, tapi saya dah mula melangkahkan sebelah kaki saya memasuki jalan ke persimpangan yang satu, dan sebelah kaki masih tegak dan masih teragak2 untuk mengikut sebelah kaki lagi. Samaada saya terus bertahan berdiri begini atau perlu saya tarik semula kaki itu, nantilah sama-sama kita lihat. Saya berhentikan langkah kerana pabila saya mula melangkah itu tiba-tiba saya nampak sedikit sinar di situ memuatkan saya menoleh ke belakang dan berhenti seketika...biar saya berdiri sehingga lenguh kaki asalakan akhirnya saya tau tujuan saya itu adalah yang terbaik. Macam payarumpt kata, Allah yang bawa ke sini dan biarlah Allah yang meleraikannya...kadang sya pun pelik kenapa jodoh say sangat kuat dan payah sungguh nek terlerai walau badai umpama tsunami telah melanda ...



Bagi sesiapa yang merasa ada pandangan boleh kita share dalam melihat masalah ni saya seperti biasa alu2kan, takde..memang tak marah sikit pun...dari apa yang tertulis ni rasanya pandangan yang paling banyak adalah ke arah 'perpisahan' dan pandangan2 ni siap dengan dalil2nya dan sejarah2 silam saya...ada banyak kebenarannya apa yang TANPA NAMA tuliskan, saya sokong, dan bagi yang meminta saya memikirkan semasak-masaknya pun terselit rasional harapan agar rumahtangga ini diteruskan, saya nampak ada kebaikan dan ada keburukan pada kedua2 keputusan yang saya nak ambil.

Dan saya ada jawapan mengapa nada saya berubah, saya dah ambil 'supplement' lepas sebulan lebih....:) ...:p dan pada masa sama tidak saya lupakan pelan asal itu...yang juga turut sama saya bincangkan dengan pihak sana...ok...ok... jangan pandang serong ya...saya kan mengikut sunnah...aminnn moga dapat ganjaran pahala...dah dah..buat lawak plak...

15 cetusan rasa:

Maryam Abu Ahmad berkata...

tersenyum saya tengok komen saya dikategorikan supaya bercerai. :)

saya ketinggalan beberapa hari entri blog kak wa. terakhir, saya baca yang kak wa tambah update 2x tuh.. sebelum kena jerit: ayah dah bertolak! [saya ikut ayah ke terengganu]

jauh dalam hati saya, saya amat berharap penceraian tu tak jadi. walaupun itu situasi kak wa, masa tu juga tilawah saya sampai pada ayat2 talak. ayat2 talak ni susah nak hadam walaupun tengok tafsir. saya hafal gila2 ayat ni, kaitkan itu ini baru lah saya boleh lihat lebih jauh ayat2 tu.

saya tak tahu, kak wa.. situasi kak wa tapi menghantui saya. jawapan-jawapan tu datang dari jalan yang tak disangka. contohnya komen saya mengenai ayat dari surah toha.. allah cambahkan kasih sayang hanya untuk orang bertaqwa. masa tu entri kak wa tengah bengang dengan ayah hani yang langsung tak contact dan macam dah tak sayang kak wa dua beranak.

kadang2 banyak benda nak cakap cuma saya tahan.. sebab macam tak layak nak cakap.. faktor saya ni single lagi kot... berkapel pun tak pernah. dalam hati, saya mendoakan yang terbaik untuk kak wa; maksudnya tak payahlah bercerai. yang terbaik di mata Allah tu kita tak tahu.. mungkin penceraian, mungkin juga perdamaian. manusia yang mengikut fitrah biasanya cintakan perdamaian. sesungguhnya bersikap pemaaf tu lebih dituntut.

saya setuju dengan pengomen sebelum ni.. nada kak wa makin ceria. saya tumpang gembira. :)

payarumput21 berkata...

Salam..

Jawapannya mudah saja..

....apa kita suka tu tak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tidak suka tu adalah sebaik2nya untuk kita.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui...

:-)

zareda berkata...

salwa

kak zar pun tak tahu nak kategorikan komen kak zar suruh proceed atau bertahan.. hehhehe

Cuma jauh disudut hati kak zar harap, biarlah keputusan salwa (apa jua keputusannaya) setelah menimbang baik buruknya. Kerana salwa dan hani yang akan menanggung segala suka duka selepas apa jua keputusannya.

MA & Brood berkata...

Saya menahan diri dari memberi komen sebelum ini sebab berdasarkan yang lepas-lepas, saya tengok salwa selalu akan back to square one. Jadi rasanya apa juga nasihat yang diberi, cuma diri sendiri sahaja yang mampu menghadapinya. :-)


Apa yang saya boleh komen ialah "ketakutan" salwa untuk menghadapi title janda.


Untuk pengetahuan salwa, saya belum pernah - dan insya allah tidak akan - dipandang atau diperlakukan sebagai 2nd class citizen kerana title saya, kerana pada pendapat saya - cuma dari perbuatan diri kita sahaja yang dapat menimbulkan rasa hormat orang kepada kita ini.


If we allow people to disrespect us, then they will. Kalau kita tak merenyeh kat lelaki (bujang atau sebaliknya), diorang tidak akan menggatal dengan kita. Kalau kita tak layan gurauan atau kelucahan melampau mereka, they will get the message and will leave you alone. If they don't, then YOU have to get up and leave them.


Kalau kita pandai jaga diri, insya allah semua akan selamat. Pada saya mudah saja, kalau masa bujang saya selalu ingat kat makbapak untuk menjaga nama baik mereka ; sekarang saya akan ingat akan anak-anak untuk menjaga nama baik mereka.


Saya tidak perlukan seorang bernama suami untuk mendapat hormat dari orang lain/masyarakat.


Jangan bagi apa-apa alasan untuk tidak dapat berbuat sesuatu yang terbaik untuk Salwa dan Hani.


Salwa terpelajar dan berkerjaya. Cuma apa yang saya dapat rumuskan ialah Salwa bergantung emosi kepada Pak Haji dan sanggup bergadai harga diri (maaf!) diperlakukan apa saja oleh Pak Haji. Sure, bab tanggungjawap sampai "naik belakang unta " itu boleh diperbesarkan. Tapi apa pulak dengan tanggungjawap hakiki dan habis basic yang lain? Bagi makan pakai, kasih sayang anak isteri?


Contoh, selepas cubaan menyondol tak berjaya - pagi itu selamba aje dia kata okay lah kita bercerai. Kalau saya, dah Bye Bye...saya masih ada harga diri daripada diperlakukan sedemikian. Suami or not.



Nak jadi baik atau jahat tidak bergantung kepada title, tetapi pada diri sendiri.



Saya tidak akan memberi saranan untuk memilih to stay or to go. Salwa yang akan melalui hidup ini and you should know better what you want.


Cuma selepas pilih jalan itu - teruskan sahaja. Jangan pandang belakang. Jangan ungkit-ungkit kisah lalu. Jeling sikit-sikit tak apa, jangan konar balik.



Harap yang terbaik untuk Salwa dan Hani.

Maaf jika ada ungkapan yang tidak sedap didengar dan menyinggung perasaan Salwa.


Sekian

Tanpa Nama berkata...

Saya tertarik membaca komen-komen di atas selepas baru selesai review entry anda. Saya juga pernah melalui keadaan perit teramat perit bila rumahtangga diganggu pihak ketiga. Hancur lebur kebahagiaan saya kecapi selama ini. Suami meninggalkan saya dan anak-anak. Bayangkanlah seluruh dunia ini terasa amat gelap kerana kami seisi keluarga sangat akrab selama ini, kemana-mana bersama. Hampir bertahun saya ubati hati ini, saya dapat kembali bangkit kerana sememangnya saya tak perlu menangis kerana suami lagi.

Saya juga bekerja dikelilingi lelaki, hampir kesemua staff saya lelaki tapi jangankan kata nak menggatal, nak tanya status saya pun mereka segan kerana kami bercakap atas dasar kerja walaupun kami boleh berbual dalam suasana mesra.Ini amalan saya sejak bersuami lagi, saya bataskan pergaulan, saya tak pernah masuk dalam gurauan melampau mereka. Saya nampak mereka hormat saya walaupun saya tak pernah uar-uarkan saya perlukan penghormatan mereka.

Di kejiranan, tiada siapa yang mengganggu saya malah saya dilayan seperti orang lain juga kerana mereka melihat saya pergi kerja balik kerja dan buat segala urusan keluarga tanpa mengganggu sesiapa.


Saya tidak mempunyai saudara terdekat di sini, tiada adik, tiada kakak, tiada abang, hanya punya bapa saudara dan saudara jauh yang sangat jarang kami berjumpa. Kaum keluarga sangat jarang datang kepada kami melainkan berhubung telefon hampir setiap hari. Apa yang saya boleh harapkan ibubapa saya dan adik beradik saya lakukan sedangkan mereka juga punya masalah tersendiri? Apa perlunya saya bergantung kepada mereka kalau semata-mata untuk menghilangkan rasa dukacita, yang pastinya untuk sementara saja. Lebih baik saya berusaha bersendiri, gerakkan langkah untuk cari diri ini, untuk kekuatan saya dan anak-anak. Bergantung harap pada orang lain memungkinkan saya kecewa berganda-ganda lagi.

Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita akan berdepan dengan kecewa, gembira, suka duka berselang seli. Tiada siapa yang terkecuali.

Selalunya menjadi madu kepada perempuan lain, dugaannya ialah tentangan daripada isteri terdahulu dan huru hara kehidupan adalah kerana berlaga sesama madu. Namun anda sebaliknya, kerumitan kerana ketidakpuasan anda sendiri dan antara anda dan suami anda sahaja nampaknya. Jadi samaada ingin bercerai atau bertahan adalah antara anda dan suami anda sahaja, bukannya orang lain.

Walaupun saya bercerai saya sangat bersyukur kerana sepanjang berpuluh tahun menjadi isteri saya tidak pernah bercerita tentang keburukan suami walaupun kepada keluarga mertua, hinggakan saya pulak diburukkan (sebab mereka tidak tahu cerita sebenarnya dan ingat anak mereka sangat-sangat baik menjadi suami) Saya anggap suami the best yang Allah beri, walaupun banyak compang camping dari segi tanggungjawab. Saya pandang kelebihan dia dari sudut lain. Saya membeli keperluan rumahtangga hampir keseluruhannya tanpa merungut jauh sekali menyatakan "kenapa suami aku tak beri itu, tak beri ini kepada aku". Saya puashati cuba melakukan sebaik boleh sebagai isteri walaupun akhirnya saya ditinggalkan.

Saya lihat anda masih sayangkan rumahtangga namun rungutan juga teramat banyak sedangkan anda berani untuk bermain api iaitu berkahwin dengan suami orang.Saya agak terkejut kerana saya yakin pengetahuan agama anda dan suami anda pastinya melebihi saya dan bekas suami saya. Namun melihat rungutan anda dan cara suami anda untuk berhadapan dengan perceraian membuatkan saya insaf dan bersyukur yang bekas suami saya masih berlapik dan beralas semasa kami akan bercerai.

Namun setiap orang ada kelemahan ada kelebihannya. Mungkin kelebihan anda dari bentuk yang lain iaitu boleh berbaik dengan madu. Apa-apa pun hanya anda yang mengetahui apa yang anda nakkan.

Maaf, jangan berasa hati, saya sangat tidak bersetuju tentang hormat itu tadi.

Puan Ju.

Jiji berkata...

Hahahaha boleh buat debate neh kak Wa@!~

Saya lebih memikirkan Hani je kak. Umur 5 tahun, dah pandai keluarkan hujah-hujah dalam bentuk analytical.

Macam, nak ber'binti' Salwa instead of Sidek... suruh kawen lain supaya dapat baby.. etc.. etc

Semua tu kesan dari ibu bapa.

Impact dia besar kalo Pak Haiji kejap-kejap nak lari, tak muncul-muncul pulak tu.

Budak kecik neh suka menilai, ruang fikiran dia susah nak ditafsir. Imaginasi dia tinggi.

Kesian dia kak.

Saya fikirkan kak.. kalo Hani pon Pak Hj tu tak pikirkan perasaan dia, setiap kali buat 'episod lari balik rumah sana'..'drama cerai -cerai'....

It is time to move on la kak Wa.

Tanpa Nama berkata...

Salam Salwa,

Woweeee dah dapat *supplement* selepas sebulan lebih yaa,kalau salwa rasa dengan ada nya *supplement* tu boleh membahagiakan,teruskan laa dengan pak aji,kalau itu yang selama ni membuat salwa meroyan kerana tak dapat *supplement* kot

STOP condemning pak aji,dia ada maruah gak,gamba anak2 dia merata2,gamba hani merata2,blogging world is very small,ramai yg masok membaca maybe sedara mara or jiran tetangga,it is not nice of being a wife mencaci suami walau sejahat mana pun dia

Sejahat mana bekas suami akak dulu,akak tak jaja kemana2,hingga akak file di mahkamah,THAT'S IT,atas alasan kami tidak sehaluan,its a FULL STOP

Harap2 salwa sedar sebagai muslimah isteri kepada seorang tabligh mesti lebih arif dari akak yg tak bertudung ni ya

Ini yang akak katakan..Akal DIBAWAH mengatasi akal DIATAS,since yg salwa perlukan bukan kebahagian,bukan tolak ansur in a marriage but just some *SUPPLEMENT*

All the best dear Salwa,semuga ALLAH membuka hati salwa untuk belajar menghargai DIRI SENDIRI

AKAK YG KATA SALWA TAK ADA PENDIRIAN:)

AZWA berkata...

Apa yang azwa nak katakan sama dengan apa yang zar dah catatkan.

semoga salwa berjaya dalam "peperiksaan2" yang sedang dilalui.

Me. Moi. berkata...

wah salwa, komen2 di atas sangat pedas2 ni.. harap salwa tak akan melatah dengan semua komen2 ni..actually komen pedas macam ni memang baik, tapi memang lah payah nak telan ...kalau saya sendiri dah melompat2...

saya setuju dengan tanpa nama, pasal subject "supplement". sebab kalau janda, susah nak dapat sedang kita masih "kuat"... lagi berdosa kot kalau asyik terfikir2 pasal tu. So, kalau itu yang kita nak, makanya kita stay married, tapi hak2 duit, rumah tu kena let go lah kot? Saya sendirik tengah berdilema tentang nak menletgo benda2 nafkah material ni...nak semua boleh? hehe....

tanpa nama jugak kata "malam menyondol, pagi dia boleh kata "oklah dia tak kesah kalau teruskan cerai" " haaaa...memanglah confirm ni perangai dia yang akan macam tu sampai bila2.. tak boleh sentapz dah...sebijik la macam somi saya (eh karkun semua ego gitu kot? terlampau pandai dalam agama hehe)

Tapi apa kata jiji pun betul juga. orang kata JANGAN BERCERAI KESIAN ANAK2... nasihat yang macam ni tak semestinya tepat dan betul..

Ada satu teenager ni kata (it is reported in newpaper, singapore) she wished her mum lebih kuat dan bercerai masa dia kecil so she doesn't have to go through pergaduhan and domestic violent.. mak dia pula mati2 tak nak bercerai sebab kesian dia masih kecil dulu2.. sampai dia sanggup duduk serumah berlainan bilik..padahal ianya membawa lebih pada keburukan pada anak dia...hmm..

So nasihat jangan bercerai kerana kesian anak tu paling tak berapa betul lah kan.. tu pandangan orang luar, bukan dari pandangan orang yang mengalami dan anak2 yang mengalami tu.

I rasa you nak perkahwinan tu, cuma husband you tu memang tak boleh berubah. macam husband i juga... so i think kita kena tahan laa kot???? keja sendiri, makan sendiri, nasib baik, tak kasi dia duit plak.. hahaha! dah laa kena kasik supplement kat dia kan! kena bayar lagikah ? adehhh...

so apa2 pun, i believe it is a phase.. Maybe 10 years from now, things will change, do whatever that makes you happy kot? yang less stress... orang lain menengok, kita harung.. so of course kena selfish kat diri kita dulu laa kot???

Salam!

Ummibatrisya berkata...

salam,

maaf kalau ummi katakan topic ini tidak sesuai dibincangkan disini,

semuanya terserah kepada salwa! diri sendiri!

kalau keputusan sudah dibuat teruskan!

jangan pandang belakang lagi!

tak payah nak berdolak dalih!

yang penting Hani jangan diabaikan.

dan kisah rumahtangga bukan untuk di cerita di sana dan sini

setiap orang ada harga diri masing-masing

jangan buat orang pandang sinis kepada kita,

jangan buka pekung didada!

cari orang yang boleh menasihati dan kenal salwa 100%.

maaf kalau terguris hati!

luna berkata...

dengan blog bertukar cat kpd oren dan komen2 yg ada...wah..berpinau mata saya..


komen2 yg ada kat sini mmg ada yg sentap ada yg menyokong tp pd sy ni bagus utk akak juga utk pembaca.

mcm sy..jujur sy akui..sy suka sgt komen2 kat sini yg sbilangannya kaum sejenis. nampak juga kat sini pemikiran wanita skrg bkn setakat hal2 remeh. upa2nya lebih dr itu..analisis dan pendapat spt amatur..wah!bagus.byk ilmu yg sy dpt.

apa pun yg akak buat dan pdngn puan me.moi, SAYA SOKONG!

izawani/JEEN berkata...

Ekekek... akak jamin... salwa mesti tak nak bercerai...

Cuma dalam blog ni nak luahkan perasaan sahaja... Akak dulu luah kat diary jer... tu pun hubby baca... kekadang dia marah (dah la baca diary orang... lepas tu marah plak kat kita) sebab dalam tu akak cakap akak benci kat dia... cakap dia ada rahsia... cam ni cam tu... tapi... kalau dia bacaaaa seterusnya diary tu... satu muka akak tulis benci benci benci benci... lastttt sekali... akak tulis "tapi sayang..."....

Hahaha...

Akak tak tau camna Salwa nak ubah sikap Pak Haji tu... Sikap suka merajuk... suka marah... suka peleceh... (abang akak pun cam tu gak.. tapi dia sayangggggg isteri dia... mulut dia jer celupar)...

So, akak agak, perangai pak haji pun sama la macam abang akak yang kawin dua tu... Abaikan jer sikap huduh dia tu... Dia kan ada sikap baik... perbesarkan sikap baik dia tu... lelama nanti ok la...

Abang akak pun layan isteri kedua as second class jer... tapi isteri dia ok jer... dah dia nak menumpang jer kan ?? Tak ada nafkah duit, tak ada rumah, tak ada anak... bermanja dengan anak tiri jer... giliran pun skit jer...

Kata abang akak la... semasa dia nak kawin dengan isteri no 2 dia, dah dah bagi syarat tu dah... dia beri apa yang dia nak beri... jangan minta lebih seperti isteri no 1.

So, Salwa pun kena la faham faham ayat akak nih yer...

Nanti nanti, simpan dalam fikiran, ini jalan yang aku pilih... aku mesti bahagia... bukan kerana Pak Haji... bukan kerana Hani... tapi kerana diri sendiri memilih begini... kan ???

Sorry la gelak kat Salwa... tapi salwa ni kelakar... tau tak ? Hahahaha.....

Bila dah berbaik dengan Pak Haji tu, buang blog nih... lepas tu jemput akak semula tauuuuu... hehehehe....

Tanpa Nama berkata...

macam-macam komen dalam blog salwa ni, yang mengutuk suami sendirilah, yang tak boleh hidup tanpa mengawanlah sebab masih kuat, yang perasan suami lebihkan berbanding dialah daripada 2nd wife. Macam pasang spy je intip husband dengan madu tu,ekekekeke.....Tak pening ke kepala asyik memikir hal madu, hal suami buat pelat. Lebih baik fikir hal anak-anak, diri sendiri maju dalam kerja ke, bisnes ke, suami tu hanyalah teman hidup. Apa pun harap salwa tabah harungi ujian hidup berumahtangga.

Me. Moi. berkata...

eh ok apa share kat sini. Alaaa jangan laa tutup blog...

Boleh analyse sama2, belajar dari kelemahan masing2 ... Boleh jugak dapat support systems dan pandangan dari strangers... kadang2 nak cakap dengan orang yang kita kenal, malu. kita kalau boleh nak cakap best2 jer pada orang yang kita kenal macam tak ada problem gitu...

Kadang2 orang yang kita kenal ni plak, suka backfire kita punya kelemahan, yang bakal mengecikkan hati kita.. I rather lost a stranger than kawan2 in real life..

Tu i ler.. Orang lain yang lebih perfect maybe tak suka share kan!.. but different people different way kan? huhu...

HappyIrfa berkata...

salam kak..
suka baca komen

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP