Khamis, November 20, 2008

Kisah benar saya di sebaik duka ini...

Assalamualaikum w.b.t

Saya pernah terbaca tilikan sapa ntah, ker berkaitan dengan ramalan bintang2 ni, saya baca masa awal perkahwinan dulu, rasanya ikut kelahiran bulan cina kot...pak hj lahir bulan september sama dengan kak aza, mksudnya diorang sama bintang dan sama zodiak binatang ikt kalenda cina (kera) saya pulak bulan mei, berlainanlah bintangnya sebab saya taurus yg binatangnya ti takdelah ingat pulak...



Masa baca tu takdelah percaya pun, suka2 jer, tapi kebetulan ada kebenaran walaupun saya tak ambik pot pun. Berdasarkan realiti masalah rumahtanga kami ni, sebijik2 apa tulis kat majalah tu, katanya saya dengan pak haji ni akan melaui hubungan yang panas, akan sentiasa ada pertengakaran2 kecil dan besar, ad pertentangan pendapat, bergaduh selalu dan bagi kak za pulak dia dengan pak haji sesuai sangatlah, aman sentosa, bersefaham dalam segala hal dan sama citarasa.



Tapi, dia ada juga kata yang tautan kasih sayang antara pasangan yang lahir macam saya dengan pak haji ni kuat, sukar dipisahkan, bagi kak aza pulak katanya jarang gaduh tapi kalau gaduh macam gunung berapi meletup.



Bila gaduh2 selalu saya selalu terfikir adakah pergaduhan ini saat berakhirnya jodoh kami. Dan saya percaya kerapuhan jodoh saya ni semua atas kehendak Allah tapi memandangkan ringannya mulut pak haji sebut2 cerai maka saya pun takdelah rasa berat sangat otak saya fikir bila dengar dia nak cerai berai ni, dah immune dah...hanya nak tunggu dan melaluinya tu seolah saya hilang kesabaran apatah lagi sat yang sama saya ada cabaran hidup yang lain.



Bagi kak aza dia pun sama, malah dia lagi nekad 'melayan' pak haji masa gaduh. Dia pernah 2 kali lari dari rumah bawak anak dengan kain baju sampai ke pahang larinya. Sekali tu pulak, bukan setakat lari, tapi siap bawak pindah barang2 dan bontang tinggalkan rumah. Hampir gugur jantun pak haji.



tapi sekarang kak aza dah letih, lagipun anak berderet dan lagi rumah yg diduduki tu atas nama kak aza, mana lagi dia nak lari? Kak aza juga nasihat saya masa gaduh2 dulu, selalu dia kata, kau bukan tak kenal abang tu, cara dia pun kau tau,kan? Asakan ada kasih dan kasihan kau sabarlah, sikit jer lagi kena sabar, kita ni dah okay dah, takde masalah bermadu ni, asalkan kau sabar...tengok muka si Hani tu, tak kesian ker?



Saya tak tau tu ikhlas ker tidak, tapi saya ikhlas terima nasihat dia...mana nak carik suami yang marah2 kita tak tutup aurat betul2, setiap kali balik/call soalan pertama dia tanya dah solat ker... semua tu buat saya rasa kehilangan kalau dia takde...tak pernah marah kalau tak masak, apabila dengan saya dia akan memikirkan kehendak saya dahulu lebih dari kehendak dia, tak pernah merungut masak tak sedap, baju berkedut seribu pun dia tak kisah asalkan bersih, tak pernah tinggal solat berjemaah dan sentiasa solat awal waktu, tak pernah marah anak, boleh bergurau dengan cemerlang [w.pun ramai kata dia serius] tapi bila dengan saya dia boleh ikut rentak saya dan saya selalu saya terasa macam saya ni budak2 kalau saya bergurau dengan dia...bayangkan beza kami 18 tahun....dia dah masuk UPM saya baru nak lahir...dia dah nak dapat anak sorang saya baru umur 5 tahun...



Dia suka perli2 saya masa untuk tujuan bergurau, saat2 tu saya rasa kehilangan sangat dan saya tau dia pun sama sebab dengan kak aza, dia takde masa buat tu semua, dengan anak kak aza 4 kecil, dua besar dan sekarang anak pak haji, Angah duduk sekali kat sana...takde masa buat tu semua, terutama dengan kesibukan kerja agama...tapi kelemahan dia tu saya tak nafikan, dia memang kuat lari dri rumah..agaknya kalau anda semua ada suami yg poligami itu jugak kot?



sebab diorang ada pilihan dan saya pulak selama ni sabar jer,kan? cuba sekali saya pulak buat ari...tak ker nanti dia terkejut, tapi saya takdelah macam bebudak...nak lari2 buang masa dan tenaga jer....



Saya pun tau, pak hj ni bukan kaki membazir, cuma sesekali dia teringin sangat nak sesuatu t barulah dia melabur...macam camera tu, rupanya dah lama dah dia letak laman web Canon EOS400 tu kat favourite laptop ni, sy perasan cuma saya tak taulah dia mengidam nak beli camera tu...bila dah beli ni barulah sy sedar....kalau tengok baju dia, yang tu...tulah dia pakai, kalau baju pagoda tu sampai koyak2 pun dia nak pakai lagi, kain pelikat pun sama.



Jubah pun yang kuning2 dan kalau tarik kuat ada kemunkinan rabak pun dia tak kisah, pakai jugak, kalau t shirt tu majoriti t shirt percuma saya dapat kat pej...tu jerlah yang dia pakai...tak besar perbelanjaan utk dia, makan pun bukan susah benar nak layan, korang kan kalau hidangkan suami nsi putih dengan ikan goreng apa agaknya respond en suami tu? marah tak?



Kalau pak hj tak pernah marah, malah selalu kalau saya kata malas nak masak, dia suruh gorengkan ikan sekor, pastu dengan senang hati dia makan dengan kicap...tapi punya teruk bini dia ni malas nak tunggu ikan tu lembut ajak jugak makan kat luar....pun dia tak kisah....



Pak haji kan kalau lepas isya', dia suruh saya baca taklim, hadith2 terpilih tentang fadhilat2 amal, solat, ikhlas niat dll....kalau saya buat kerja tak ambik pot pastu dia ambik dengan susah payah tu dia ajak hani baca, sudahnya saya pun terkesan kena duduk sekali...saya ni jenis suka berleka2an, sebab saya ni kat rumah bukannya ramai, berdua jer dgn hani, dah sytle kami relax dan santai jer... bila tinggal berdua dengan hani rasa miss sangat saat2 macam tu...kan masa dia ada saya ni kalau tak sibuk dengan tugasan saya bukan ada kerja lain, kerja saya duduk/baring borak2/ gurau2 dengan dia, sebab dia mana sesuai nak jalan2..kami duk rumah pun dah happy...tapi bila dia takde, tu pasal hani dengan saya boring jer...kalau pak hj ada, kalau dia lepak dlm bilik kami dua2 beranak lepak sama, kalau dia di ruang tamu, dia lepak atas sofa 3 seat, saya atas sofa 2 seat hani plak yg 1 seat tu....macam tulah kami sekeluarga....



So, sangat mengesankanlah kalau saya bercerai, kalau anak 2/3 bolehler bizi2kan diri...ni saya berdua jer, nak baik kampung? Saya pun bukan ada aktiviti kat kg, sy boring balik kg, sebabs selesa rumah sendiri...baik saya bawak mak saya dtg bila dia nak...cuma saya selalu call jer...
Tulah ceritanya, saya dah privatekan blog...pada yang baca ni boleh bagi komen lagi panas sebab dah tak open dah....

9 cetusan rasa:

luna berkata...

oh..dh private lah ni?

hmm..tu lah antara yg sy teringin sgt nak dpt tapi tak dpt malahan saya lah yg berperanan sebaliknya

iaitu, suami yg menegur bab aurat...yg mengajak berjemaah...yg memimpin usrah...yg mngajak kebaikan dsb..

apapun..org yg ditakdirkan Allah tu mmg lah yg terbaik utk kita ye kan?

Hijrah1429 berkata...

Luna...

Tulah Allah beri kita yang ni adalak yang tu kita tak dapat...tpi nak buang terus dia dalam segala2 hal akak tak bolehlah.. akak selalu bayangkan kak aza dapat masuk syurga dengan pak hj, sedang akak tak tau ke mana-mana nanti, sebab akak rasa akak ni mudah hanyut kalau takde yang mengingatkan dan membimbing, yang buruk2 tu kalau nak diunkit tak habis2...

Akak sayu sangat kalau tengok suasana amal kat rumah kak aza, dengan dia duduk antara 4 dinding, jaga aurat penuh...sejuk jer rasanya...dan akak tau akak ni cabaran utk haji membentuk jadik isteri solehah dan dia cakap cerai tu sebab malas dah nak tanggung dosa2 akak kot..

ANNE berkata...

hmmm biasala tu. bila ingatkan balik yang baik baik..hati jadi sejuk semula...Alhamdulillah.

"kawan me moi atau Anne"

Jiji berkata...

Hmm itu la kak, kalo dilihat kearah itu, banyak baiknya. Timbul rasa bersyukur. Alangkah bagus kalo tak timbul isu cerai bercerai bila time gaduh.

Kak Wa, timbangkan la betul-betul. Cuma dari fikiran saya, pekara yang dinasihati oleh pak haji tidak dapat menggantikan hati yang pedih bila ditinggalkan. Nafkah yang tidak terlunas. Perasaan anak yg dok lihat ayah kejap ada kejap takde.

Jika suami pon tidak kisah untuk menceraikan kita.. tiada usaha pon untuk berdamai..

Bagi saya, its time to move on.

Hijrah1429 berkata...

Anne...

Susah juga nak membenci orang ni, mungkin sayang kami masih utuh, susah benar nak berpisah...

Alhamdulillah..

Jiji...

Nafkah yang tidak tertunai bukan subject matter dalam hal akak nak bercerai, no...takde, ia timbul kerana situasi pergaduhan tu, dalam keadaan biasa akak tak kisah...nafkah apa yang akak nak kalau gaji akak sendiri utk sara akak dan Hani alhamdulillah RM 4,600 [terpaksa akak nyatakan dgn niat bg semua faham, w.pun agaknya bg sesetengah org ciput jer, tp of course kena tolak hutang2 semua] alhamdulillah cukup...allah bagi rezeki dr sudut tu, takkan akak tergedi2 nak duit pencen pak hj yg RM 1,600 tu mcm tak b'syukur... saidatina khadijah pun korban sampai tggl tulang, ni ckp utk dakwah diri sendiri ni...jiji apa yg pak hj nasihat tu nilai dia lebih besar pd akak banding nilai nafkah yg patut dia beri...asalkan nafkah batin/perhatian cukup!
cehhh...
dia balik kejap2 tu lagi akak suka dapat rest...hehee,penat tau kalau dia ada selalu...

izawani/JEEN berkata...

Hahahaha... betul kata akak... Walwa mesti tak mau bercerai... Marah bukan bererti benci... Benci bukan benci diri dia keseluruhan... benci peragai jer...

Cuma, rasa pelek bila bayangkan dia orang alim, berusia berperangai macam tu. Tapi... kata abang akak, dia sendiri pun, makin tua makinnnnn rasa suka nak merajuk.... hahahaha... tah apa apa...
(Abang akak = Pok De... bukan suami tauuuuu)

Zareda Norman berkata...

salwa

sebab tu kak zar kata fikir betul betul, fikir semasak masaknya..

macam kak zar kata kita ni org pompuan memang banyak pikir.. berbolak balik hati kita ni.. masa ni syaitan sentiasa amik kesempatan..

kak zar sendiri pun kalau bergadoh memang pikir nak separated jer, tapi bila fikir balik kebaikan suami.. rasa reda kemarahan tu..

payarumput21 berkata...

Salam..

Hmmm.. sedangkan kita kadang2 benci dengan diri kita sendir.. apatah lagi benci pada orang lain..

Benci diri sendiri bukan maksud kita tak suka diri kita.. benci pada orang lain bukan bermaksud kita benci pada tuannya.. Benci yang boleh diubah...

Hijrah1429 berkata...

Kak Wani...

Tulah..tapi sebenarnya kali ni saya betul2 nak cerai tau, cuma sebab dia dah macam okay...fikirkan anak, dan saya dah bincang jugak dalam2 dengan dia, kami bertahan dulu sebab anak...[bg org lain mgkin lain kesnya, tapi bagi kami anak faktor utama!] tapi lain kali mungkin lain ceritanya...

****************

Kak zar...

Tulah kadang fikir sebab kita ada kerjaya, malas nak pikir pasal rumahtangga dah..tapi macamanapun Allah cipta perempuan utk dipimpin, penting jugak peranan suami ni...

****************

Paya rumput..

Benci tu sebenarnya ada jugak dalam hati ni, tapi di sudut lain, sayang pun ada...sebenarnya garis pemisah antara benci dan sayang tu makin lama makin nipis...

Ntah lah sukar ditafsirkan...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP