Sabtu, November 01, 2008

Siri-siri kesabaran saya

Assalamualaikum w.b.t

Siri-siri kesabaran saya dalam entry sebelum ini;


Gaduh 1: 26 Julai 2007
Nota : Monolog untuk diri

Melangkau 10 hari tak ada jawapan pasti sudah buatkan hati saya resah. Jangkaan saya bahawa masalah ini akan berlarutan lebih lama nampaknya berasas. Selagi saya tidak mengambil langkah pro aktif selagi itulah keadaan ini akan membelenggu diri.

Apa lagi yang mampu dan daya saya buat? Semua saya telah serah dan korban hingga tiada apa lagi dalam hati ini....

Ada isteri yang sanggup buat seperti apa saya buat? Katakan pada saya apa yang saya tidak buat lagi, katakanlah abang...biar saya lunaskan apa kemahuan abang!

Ada saya meminta dan merayu bantuan abang menjaga saya ketika saya mengandung sepanjang 9 bulan? Ada saya ditemani tatkala saya merintih keseorangan di malam hari menjaga anak demam dan menangis tak henti? Pernah abang menemani saya ke klinik di kala masing2 ibu lain yang membawa baby ditemani suami? Tidak sekalipun bang. Hanya saya susah payah kemana-mana berdua dari kecil hinggalah sekarang...

Abang tau berapa banyak saya menitiskan air mata ini hanya kerana sengketa kita?

Adakah saya bebani abang kemahuan bukan-bukan, rantai dan gelang atau emas keliling badan? Malah yang asas walaupun setin susu anak tidak pernah saya minta abang penuhi kiranya kehabisan. Apatah lagi sehelai baju Hani! Untuk saya jauh sekali...

Tidak, saya tidak pernah minta abang apa-apa sebagaimana sepatutnya isteri2 yang lain minta selayaknya pada suami...malah keperluan makan dan pakai abang tidak juga gagal saya sempurnakan...

Saya tidak pernah membebani abang keperluan asas saya, tempat berteduh dari dulu hingga kini tak pernah saya gagal sediakan untuk kita bertiga. Beras dan lauk juga sehingga ini tidaklah pernah terputus walaupun tidaklah sehebat mana...

Hanya diri abang, diri dan perasaan dan kasih sayang dan perhatian abang sekelumit sahaja yang saya pinta... bukan yang lain-lain...tidak pernah saya harapkan lebih dari apa yang abang mampu berikan...

Tidak berhakkah saya bersuara walaupun mungkin itu sedikit menyakitkan perasaan abang. Tidak bolehkah abang bersabar sedikit dengan isteri yang telah buat segala-galanya untuk keluarga ini?

Bukan niat saya mengecilkan hati atau menafikan hak abang sebagai suami, jauh sekali tidak hormat... cuma barangkali sesekali saya perlu luahkan isi hati...berkongsi perasaan saya, penat dan benci, marah dan sakit hati, risau dan jauh hati....kadang2 saya ingin berkongsi rasa, bukan bermakna saya menyalahkan abang untuk segalanya, adakah itu pun diharamkan di sisi abang?

Bukankah suami isteri itu memberi dan menerima? Saling lengkap melengkapi? Saling sabar dan bertolak ansur. Saling dengar dan menasihati. Bukan semberono marah dan merajuk hati...

Betul pesan emak saya semasa zaman saya anak dara, memang mak halang pada awalnya berkawin dengan abang, walaupun alasannya tidaklah sekuat mana, tapi alasannya itulah yang membuat saya makan hati dari dulu sampailah sekarang.

Emak pesan, kalau khwin suami orang ni, kalau kita bergaduh, dia ada pilihan, pasti dia akan pergi ke rumah isteri yang satu lagi...berbeza orang yang hanya beristeri satu, bergaduh macamana pun dia takkan ada pilihan....ke rumah isteri itulah yang dia akan balik"

Kenapa itu pemikiran yang mak saya ada? Abang, adakah kata2 mak itu berupa doa? Nyata telahan mak saya berasas bang...itulah natijahnya yang saya rasa sekarang...dan mak tak pernah tahu bahawa anak bongsunya ini melalui tempoh masa 6 tahun ini dengan keadaan ini...
. Suara hati dan pemikiran siti detik 7/26/2007 01:44:00 AM

Tarikh : 3 April 2008

Entah kali ini, tak tau apa bezanya...dulu lembut benar hati saya untuk memujuk dan mengaku salah. Kali ni ego saya bukan main tinggi lagi... dan saya rasa macam betuo2 saya dipihak teraniaya kali ni.

bagaimanapun jam 11 malamnya saya sms tanya "betulke taknak balik sini lagi" (sebab ini yg hani bagitau saya lepas dia cakap dengan ayah dia). Lama juga saya baru terima balasan dengan jawapan "tak minat nak layan orang yang tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri"...(ada lagi sebaris ayat yg saya tak tergamak nak tulis dan bagitau kat sini)

Tergamam mula2 baca dan terus bergenang air mata buat pertama kali lepas 3 minggu ni. memang saya dah agak ini respond yg saya akan terima. Kata2 pedas dan tajam...itu normal. Tak pernah dan jangan mimpi yang dia akan minta maaf dan mengaku salah. nak membayangkan yang dia bagi reaksi neutral (tak menyalahkan dan tak mengungkit salah saya) pun tak usah haraplah.

yang saya benci setiap kali gaduh, patutnya hanya isu yg digaduhkan ajer dibangkitkan tapi dia setiap kali gaduh isu dari awal kahwin dibangkitkan. Saya malas nak layan sebab kalau dua2 pihak bangkitkan isu yg dikumpul dari 2 Jun 2001 sampai 2008 ni...setahun gaduh pun tak habis!

Nikmat apa yg saya tak syukur?

isunya dia bersyukur tak dapat saya ni?

saya tak pernah tergedi2 nak kawin dulu....(ikhlas sebenarnya...malah sentiasa terfikir takmo kawin langsung) tapi 'sebab dia' yg nak sangat kawin dan yakinkan saya kawin jalan keluar terbaik saya terpaksa dan memaksa diri....disamping ada sebab2 lain yg Allah jer mengatahui...

Maka saya kahwin juga....dan tempoh ni (kahwin) adalah tempoh paling sukar dalam hidup saya, terutama kehidupan suami dan kehidupan kerja saya adalah dua benda yang kontra! Saya tempuh dan cuba temukan dua garisan selari ni.

cabaran, kritikan, kutukan, syarahan dan tohmahan pelbagai yang diberi suami pada saya. Kadang2 saya balas (tu yg jadi gaduh), kadang2 saya telan. penghujungnya saya tak nak cerita dan buat tak tau pasal kerja depan dia...tapi bila dia takde, saya buat kerja macamana yg sepatutnya.

Bila dia sakit, saya masih di sisi. Walau apapun dalam hati dia kata dan fikir, saya tetap pertahan rumahtangga. Kadang2 dia kata saya tak hormat dia, sebab saya ada pangkat (dunia jer) dah banyak gaji (kalau banding dgn pencen dia agaknya), dia tempelak saya katanya kat pejabat marah orang kat rumah pun nak marah suami... macam2lah...

Dia suruh saya berhenti (memang saya nakpun) tapi kalau cakap kosong dan kalau ikut cara dia sekarang...mampu ker? (dalam hati saya tetap yakin Allah yg beri rezeki bukan kerja yg menghidupkan saya) tapi at least ada sesuatu menunggu jika saya berhenti.

~Dengan hidup saya dan Hani yang dari lahir bergantung pencarian hidup dengan gaji saya semata-mata, tak bersyukur lagi ker saya?

~Dengan makan pakai saya dan Hani dan dia juga saya yang tanggung, dan saya tak pernah minta duit nafkah (nafkah batin jer saya harapkan) tak bersyukurker saya?

~dengan bayar rumah, sakit pening, kereta rosak, bil segala-galanya dipundak saya, dan tak pernah minta duit dan titik peluh dia membantu, tak bersyukur ker saya?

~sejak dua tahun ni dia hanya datang untuk tengok anak dan saya rabu tu pun dan 11 malam, sabtu pun lepas 10 malam dan ahad jer yg penuh....saya sabar dan okay jer...tu pun saya dikata
tak bersyukur juga...


Tarikh : 27 November 2006


Kerap saya disalahkan apa-apa sahaja... malas mahu bercerita, hanya memburukkan apa yang sedia buruk. Salah saya sememenagnya ada, namun bukan saya pinta untuk mendapat layanan sempurna tetapi saya tak pernah mendapat yang seadilnya. Tak pernah dapat bersuara, sekiranya "berani mati" bersuara ancaman cerai sahaja modalnya. Cuma saya sahaja belum berani menyahut cabaran itu. Terbaru, "kalau kau nak cerai balik ni pun aku boleh ceraikan"!. "Apa abang cakap ni?" Itu sahaja soalan yang mampu sya keluarkan. Sudah biasa sebenarnya sudah terlalu biasa dengan ancaman itu. "Kau tau tak aku korbankan perasaan dia, pecahkan hati dia semata-mata nak kawin dengan engkau", itulah alasannya lagi dan lagi... perasaan isterinya yang satau itulah yang dipentingkannya. Korban perasaan saya, ibu bapa saya dan korban perasaan hani yang jarang dapat bersamanya tidak pernah difikirkannya. Kali ini nekad, sekiranya diizinkan Allah, biarlah saya hidup berdua sahaja dengan Hani, tidak ada apa-apa yang rugi, melainkan Hani akan kurang masa dengan ayahnya, itu saya akan uruskan. Kiranya ada masa yang sesuai dia akan saya titipkan pad ayahnya.



0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP