Ahad, November 23, 2008

Isu Taat suami lagi

Assalamualaikum w.b.t

Ni sajer boring nak study ni, so belek blog plak...oh yer...esok jam 9.00 hingga 12.30 tengahari saya exam PTK, kalau kawan2 datang tengok blog tak update esok, tengah examlah tu...tolong2lah doakan saya esok, moga2 boleh jawab...tak sabar nak tunggu abis exam tu...nak tunggu pak haji dan hani dan zubair datang dari PD ambik saya. Dah terasa-rasa rindu dengan anak gadis saya tu, Hani Suhaila... dari Ahad lepas 16.11.08 ikut ayah balik PD esok baru jumpa semula. Sengaja saya tak call dia lagi sebab taknak emosi dia terganggu dan saya plak nanti teringat2 kat dia...dua kali jer call, mula2 tu tak suka nak cakap sebab tengah syik main. Kali kedua menangis2 suh datang ambik dan-dan tu jugak...macam kena dera jer...


Rupanya esok tu call sekali lagi tapi cakap dengan kak aza, rupanya kak aza rasa macam bersalah sebab dia takut saya susah hati dengar hani menangis, masa saya call hani nangis2 tu kak aza ada kat tingkat atas mesin baju, saya cuma cakap dengan hani syakirah tanya napa adiknya nangis, syakirah jawab sebab dah gelap, saya ingat takde letrik..rupanya kak aza cakap dia dah padamkan lampu sebab siang tu semua tak tido, kak aza kata lepas abis basuh baju turun2 tu jer dua2 hani tu dah tergolek tido...


Saya tau hani sedih sebab dia takde nak peluk sesiapa lah tu. Kalau tido tergolek sensorang dia memang sensitif, w.pun kiri kanan adik beradik dia ada, dia mesti nak ada body contact. Masalahnya yang dia nak peluk samaada saya atau ayahnya jer, orang lain dia taknak langsung. Kalau kt rumah, masa ayah ada, memang ayah tidokan dia dulu, kalau kat rumah umi dia mesti nak tido dengan ayah jugak. Hani cerita kalau hari ayah balik lambat dari surau tu, dia akan nangis perlahan2 di sebalik bantal sebab tak kasi orang dengar sebab malu + sedih takde sapa nak peluk...<--ni kalau dia cerita saya sedih dengar ni mesti pesan kat ayah balik cepat2 tidokan hani dulu... Mujur juga, kat rumah tu adik dia zubair jenis taknak ada body contact langsung, so tak timbullah isu berebutkan ayah...hani conquer ayah sorang... Kawan2...., malam tadi kan saya borak2 dengan pak haji & dia cadangkan hani sekolah tadika swasta di PD..[again sama macam awal tahun ni punya problem], saya pulak dia suh menyewa apartment di PD, kalau di sana melambak aparment around 200++ sebulan ni, takat ada hall dan bilik jer, setakat duduk masa hari takde kelas.... Fikir buat kali pertama macam tak setuju 100% idea pak hj ni but again timbul isu 'tak taat' pulak nanti...serba salah. Tapi fikir dalam2 rasanya ada logik dan rasional idea dia tu. cuma sem depan ada 5 paper, harap2 jadualnya takdelah pack sangat...cuma terfikir nanti menyusahkan kak aza uruskan persekolahan hani plak, tapi kata pak haji, sebab nak suh hani sekolah PD adalah kerana nak bagi motivasi zubair utk ke sekolah, aza kan dah sibuk dengan hani sofiyyah, elok jugak zubair ke sekolah... Dan lagi, kalau benar pak hj nak sekolahkan hani ke PD saya kira elok jugak, masa nilah kalau benar dia kata kalau saya ikut kata dia pindah ke sana, dia akan tanggung, bolehlah saya tunggu dan lihat...adakah hani punya kos dia biayai, ntahlah macam2 pulak pak hj ni... Buat masa ni, cuti nanti kami akan survey apartment kat sana, dia ada sebutkan beberapa apartment, nanti2ler, susah jugak nak buat keputusan....adakah kalau saya ikut cakap dia kali ni akan dapat mengurangkan faktor2 yang mendorong pergaduhan kami, sebab dia takde alasan kata saya tak taat, sebab selama ni banyak benda dia cadang saya tolak, tu sebab pagi2 tadi masa hantar dia ke kereta utk balik PD say tanya lagi banyak benda ssys ikut cakap abang, tak cukup 8 tahun ni saya ikut cakap abang, dia kata mana ada saya ikut, semua saya buat ada unsur kepentingan diri...WHAT??????? tapi sebab keter dia dah nak gerak tak dapat saya nak bahaskan tuduhan [tohmahan] dia tu!!!!



P/s :Tadi bukak customize, baru terperasan ada kemudahan poll... so saya buat poll kat sebelah kanan atas sekali, kalau rajin kelik2 lah kat poll tu, boleh jawab lebih dari satu jawapan dan boleh juga poll banyak2 kali, kalau malas pun takper, dah namanya pun suka2..kan...

6 cetusan rasa:

luna berkata...

saya la pulak jd org 1st jwb poll tu...tekejut gak td. Aik? x kan smua pendapat mcm saya?upa2nya mmg den sorang yo baru mengundi.hehe

payarumput21 berkata...

Salam..

Hehehe.. reaksi yang sama bila tengok result poll tu.. eh eh.. biar betul???.. rupa2nye saya yang ke2.. Wakakaka..
:-)

AZWA berkata...

tak sempat nak check poll lagik...tengah bizi. tapi nak gak jenguk ke blog nie sebab dah beberapa hari tak masuk hehehee

Ummibatrisya berkata...

salam,

nak gak buat poll tu :)

ye ke umur kita sama :)

so panggil nama ajelah, ummi ingatkan ummi ni bertahun-tahun dengan wa

lagi satu ummi ada tugasan, apa salahnya sekali sekalu buat TAG selepas semua exam dah selesai :)

Zareda Norman berkata...

salwa

good luck in exam PTK ek..

dengan hati yang ceria tu mesti dapat aras 4 kan.. InsyaAllah

Hijrah1429 berkata...

Luna...

TQ jawab poll tu, hehee walhal ada 23 orang jer pun baca blog ni...gatal jjugak nak buat...


****************

Paya rumput...

Tq... tq jawab poll...sajer nak tengok feedback

*****************

Kak Azwa,

Saya pun gitu jugak, macam tak best jer kalau tak tau perkembangan bloggers yg hari2 kita ikut blog dia...menjenguk tu tandanya ingat...tq

*****************

Ummi...

Hisshh..jenuh nak pikir ni, nanti saya buat ek..

**************

Kak Zar...

Harap2 dapatler aras 4, tak dapat
naik 48, dapat anjakan gaji pun cukupler...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP