Jumaat, November 28, 2008

Menyambut tetamu

Asslamualaikum w.b.t



Sebelum Azizah datang rumah saya, saya siap-siap pesan kat dia belikan saya 10 helai kain batik 3 serangkai. Kan saya sekarang ni kununnya nak menolong kakak saya kat kampung nun meniaga kecil-kecilan, kain batik ni nak bawa balik kg petang nilah...Zah beli kat Labuan RM11 jer untuk sehelai, kat sini saya tak tau dengan tepat harganya tetapi hari tu rasanya masa pergi survey di senawang, dia jual RM 15 sehelai...tapi rasanya kualiti yang Zah beli ni lagi elok, made in indonesia, coraknya pun sangat meriah.



Rasanya mesti ramai pelanggan kakak saya yang suka. Oh yer, kakak saya ni ramai kawan2 sebabnya dia sejak lebih 10 tahun kot menjadi kepala kutu [main undi] sampai 30 orang kadang tu, tak pernah putus, kadang saya gelak kat kakak saya ni, ada yang main kutu 50 sen sehari...khas untuk budak2 sekolah [mak2 pun ada jugak] baru ni saya pun main kutu sama..[bayar atas nama saya, bila dapat suh kakak bagi mak jer...] yang saya main ni dapat RM2,000 rasanya kot, bulan lepas mak saya cabut katanya dapat no 20...ntah bila dapatnya...kalau tak main kutu pun habih gak duitnya...main suka2 jer...








Orang-orang sekarang [wanita dan gadis] adaker pakai kain batik ni lagi kalau duduk di rumah? Rasanya lebih ramai yang selesa berseluar panjang ataupun seluar 3/4 tu kan...kalau pakai kain batik ni katanya macam orang kampung! Ada plak kata nanti asyik terlurut jer [tak pandai ikat], tapi kan macamana moden pun kain batik tetap penting. Masa berpantang, masa nak berurut, masa nak mandi [berkemban], dan masa2 lain. Saya masih berkain batik di rumah walaupun takdelah sekerap mana, tapi setakat 7/8 helai kain batik tu memang sentiasa ada jer...



okay...ni masa azizah datang tu, buat kuih koci dan lepat pisang lagi...Rajin tak? Sedap pulak tu kuih ni...azizah siap puji berkali-kali tu...rasa betul2 macam orang dulu2 buatlah katanya. Wah saya pun kembang kempis gitu bila kena puji..tapi nak tipu lama-lama tak sedap pulak...kenalah berterus terang dengan azizah...bukak peti ais tunjukkan dia bungkusan kuih ni....zaman sekarang, apa yang takder? Carik ajer, semua ada dijual,kan? Nak senanglah katakan...pak hj pun puji sedap....nak tau sapa buat?



.............................


.........................................


..............................................................



..............



hahaaaaa..



Beli segera jer weyyy.....


Sumer ada, pilih ajer...



Saya beli kuih koci, lepat pisang, donut, perencah nasi tomato, dan pes rendang. Pes rendang pun sangat sedap, tak perlu nak susah payah nak gi kedai beli lengkuas, serai apa semua tu...masak yang ini ajer...tambah santan dan daun kunyit. Semalam saya masak rendang ayam kampung. Sesuailah kalau terdesak2 ni, kalau ada masa saya pun suker masak sendiri...cuma sebab azizah datang seorang ni, tak berapa nak berbaloi masak beriya-iya, lain ler kalau hubby dia pun datang sama dengan anak2 ker...


Kat [alstik dia tulis kukus 5 minit




Oh yer, karipap pun beli segera jugak, inti ayam kentang, santapan kami berempat pagi semalam. Kalau karipap yang di pasaraya tu saya tak gemarm tapi yang saya beli ni memang khas untuk industri orang2 kampung, semua makanan tradisional dan kuih2 yang dibuat orang kampung ada di sini, untuk pasaran tempatan ajer, takde label2 bagai....


Saya bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk kuih2 nih...nanti bila perlu boleh pergi beli, dekat jer kedainya, hari2 lalu, cuma kelmarin baru teringin nak masuk ke kedai ni...






2 cetusan rasa:

HappyIrfa berkata...

saya lagi best,bila mak datang atau sy balik kg baru pakai kain batik..sbb x larat dengar mak membebel kalau say asyik berseluar je..

suka gak kueh segera..senang dan jimat masa

Hijrah1429 berkata...

Irfa...

Bukan apa pakai seluar ni senang buat kerja, tapi tulah kalau dah pakai seluar ni di depan orang2 tua ni dianggapanya kesopanan tu ada terjejas sikit. Kalau pakai kain batik kan susuk pun bersimpuh gitu...heheee...kuih segera ni sesuailer ngan kita yg 'terlebih rajin' nikan?

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP