Sabtu, November 15, 2008

Demi Hani tercinta

Assalamualaikum w.b.t



Pagi-pagi tadi, ayah hantar sms;




"Malam ni ambil hani bolih"- No AYAH to no saya




Saya terus tunjuk hani sms tu, biar dia tengok sendiri, terus dia jawab tak nak, saya kata kalau taknak, call ayah, cakap terus terang taknak, nanti ayah ingat ammie yang larang...tu pun hani taknak, saya suh sms...barulah dia nak;





"kakak taknak" - No HANI to AYAH




Lepas solat Zohor agaknya, dia call no Hani, wah hani berlari2 kat saya, sukanya dia hp dia bunyi, yerlah sejak ada hp sendiri ni hanya saya jer lah pernah call dia, masa ambil lambat sebab ada kelas. Ni kali pertamalah orang lain call dia, guna nombor rumah PD, kalau no ayah saya ada savekan. w.pun sejak hari pertama ada nombor ni saya dah sms kepada ayah no Hani ni tapi ntah apa ada dalam fikiran orang tua tu, tak pernah call....





Saya pun cakaplah kat Hani, ayah yang call, serta merta dia berlari ke depan sambil jerit, "kakak taknak cakap dengan ayah", sungguh2 dia tak nak, sampai menangis2...siap ada adegan berlari2 anak sebab saya serah hp kat dia, dia lari2 nyorok2 taknak...saya pun malas nak layan, saya letak jer hp tu..biar ayah dia dengar apa yang berlaku....




Saya terus gi dapur sambung study, kejap jer tu Hani datang, saya buat tak layan jer, "ammie taknak kawan kakak, sebab kakak taknak cakap dengan ayah..." saya cakap gitu sebab saya taknak dalam hati dia ada dendam pada ayah, saya yang gaduh dia pulak yang terlebih2nya... memang kuat kesan pada emosi Hani, saya tauler sebab saya kenal sangat, Hani ni very sensitive...terutama dengan ayah, alangkan tinggi suara sikit ayahnya dia merajuk sakan, ni ayah tak jenguk dan call dia langsung lebih sebulan...dengan demam 10 hari hari tu....dan dia tau sebab ayah 'lari' malam tu....even dia pun pelik dan anggap ayah dia tak patut...




"ok, sekarang kakak call ayah atau sms cakap kakak taknak ayah ambik malam ni, ammie taknak ayah cakap ammie yang pengaruh kakak jangan ikut ayah"




"okay...okaylah..."





Lepas tu dia ke depan dan saya dengar dia bercakap...ntah apa2lah saya malas nak campur. Tapi adalah dia cakap, "taknak....kakak taknak...sekarang jugak..sekarang jugak kakak nak letak handphone ni"...gituler lebih kurang bunyinya...macam orang gaduh jer....panjang jugak ayahnya pujuk kot...dalam hati saya, padan muka tu, biar sedar sikit yang anak pun dah tak hingin!





Saya biar jer hani layan emosi lepas cakap2 dengan ayah, dah lama tu baru saya ke depan tanya dia, apa ayah cakap dengan dia...dia boleh jawab...





"kakak malas lah nak cakap dengan ammie, ayah tu bukan sayang dengan kakak"





Kan saya dah cakap, Hani ni mau tapi malu bercampur baur dengan dendam agaknya, dia jauh hati pada ayah dan dia buat kesimpulan ayah tak sayang dia..tu sebab dia taknak ikut ayah dia....yerlah kat sana malam2 dia tak dapat peluk ayah sebab dia malu, ayah pun tak tido sekali dengan dia...adik beradik sana kan ramai...dan dia pulak dah jadik kakak pada dua adik..kat sini takde hal nak peluk2 ayah....





Tengah2 study tu, risau pulak saya fikir hal Hani taknak ke PD ni, saya pun sms ayah...takut2 buat nanti melalak-lalak Hani depan rumah taknak ikut ayah dia, pelik pulak jiran sebelah ni. Saya pun sms panjang bangat, sebab saya nak mesej tu sampai pada dia, begini;





"Sebenarnya dia nak prg PD tapi dia "bls dendam"& sja ckp xnak. Lps ckp Hp sy tanya ckp apa dgn ayah, dia jwb mls nak ckp dgn ami, ayah tu bkn syang dgn kakak, smbil sedih mcm nak nangis. Dia sensitif, dah besar & fham apa berlaku. Pndai2lah mainkn peranan sbg ayah bukan"ada bagaikan tiada". Sy dah cakap mcm2 provok dia gi PD sbb sy nak study dia kacau, tetp menangis2 xnak. Rajin2 pujuk call dia hp tu mmg pd dia je. Jgn ingt sy gnakan dia sbg umpan, klau dia nak dah lama sy hntr ksana. Cerai ni jgn bangkit hal tuntutan hak anak, sy xkan halang jmpa dia bla2 masa."





Agak2 sejam lepas tu dia balas;





"NANTI MALAM LEPAS BAYAN JUMPA DIA KEJAP DAN AMBIL UBAT DAN GINSENG" - No AYAH to SAYA.




Tulah tengok jerlah malam nanti, tapi dah cakap dengan Hani, dia tetap taknak jumpa, macam2 cadangan dia pada saya, ajak larilah, ajak nyoroklah, jangan buka pintulah...ehhh budak ni memacam pulak. Saya kata kat dia, "apahal kakak ni, ammie yang gaduh dengan ayah kakak yang terlebih2 pulak..bukan kakak yang gaduh, ayah langsung tak marah kakak" sudahnya dia tergelak2 pulak..malas nak layan. Tunggu jerlah malam ni, saya malas nak ke depan kalau orang tua tu datang, duk kat meja study kat dapur ni jerlah...pepandailah nak jumpa anak carik dia sendiri, saya takkan hantar Hani ke depan kalau dia takmo keluar malam nanti...



Tak banyak kenangan Hani bergambar dengan ayah, di usia 3 tahun ayah dah stroke...



Hani dengan ayah naik kuda di Zoo Melaka, masa ni umurnya 2 tahun




Hani dan Uda, masa ni saya bawa anak2 kak Aza ke Zoo Melaka, kak Aza taknak ikut sebab ada anak kecik, Zubair masa tu setahun umurnya...bengang jugak masa ni, sebab ingat budak2 tu bawak raound dekat2 jer sebab memasing nak ikut ayah jugak sedang maknya degil taknak ikut, rupanya terus bawak balik Melaka, sudahnya saya tak dapat balik kampung sebab hari tu jugak kena balik ke PD semula disebabkan bebudak ni....

Nampak tak, baju bebudak ni lekeh jer, sebab memang tak prepare nak jalan sampai ke zoo melaka, cadang nak pusing kejap sekitar rumah pastu hantar balik....


Setiap gambar ada kenangan....

Update : 11.40 malam (15/11/2008)



Lebih kurang jam 10 malam gitu ayah bunyikan hon. Macam saya cakap Hani taknak jumpa ayah, dari jam 8 malam dia dah bersiap sendiri nak ajak saya keluar makan kat luar. Saya tangguh2kan sampailah ke jam 9 malam, baru saya mandi dan bersiap2. Gitu gini dah jam 9.30, serba salah saya nak ajak dia keluar sebab nanti tak sempat balik dalam setengah jam, mengamuk lagi orang tua tu...



Dari petang jugak saya dah siapkan ubat2, ginseng, madu, green tea/spirulina ntah apa2 ubat dia yang bontang dia tinggalkan dan jugak sebakul besar baju2 dia semua saya dah letak tepi pintu. Ubat2 dan siap masuk dalam sebungkus plastik. Cadang nak suh Hani jer yang menghantar ke kereta. tapi yang Hani entah apa yang ditakutnya dan sedih melampau bila saya kata;



" kita tunggulah ayah datang dulu, bukannya lama, kakak hantar ubat, salam2 lepas tu kita keluarlah berdua"



Tapi Hani mengamuk2, sampai rasa macam nak naik angin pulak [dah naik angain pun], sebab dia nak sms ayah nak cakap jangan datang jumpa kakak, kakak taknak jumpa ayah, tapi sebab ayat tu kronik sangat separuh jalan dia mengamuk sebab tak reti nak eja secara terus [biasalah membaca pandai usia2 mcm ni tp mengeja tanpa kertas merangkak] dia taknak tu sampai menangis2 bukan nangis biasa, nangis sungguh2 sampai bengkak2 mata dan hidung dia, sudahnya kena pujuk jugak, bila dalam menangis tu dia keluarkan perlahan jer tapi saya sebagai ibu yang dengar memang ayat tu memilukan...



"takde sapa pun yang sayang dengan kakak"

Saya pun cakap perlahan2, apa yang nak takut dengan ayah...tapi tulah saya rasa dia ni dah jiwa kacau, dia perasan agaknya style ayah dia kan suka lari kalau gaduh, jadik dia cakap dengan saya dia takut bila ayah datang tu, ayah dia paksa dia masuk keter bawak lari gi PD...sampai macam tu dia takut...kalau nak jumpa ayah kejap tu dia suh saya ikut sekali. Yang saya pulak dah tak hingin nak tengok muka orang tua tu...ntah meluat semacam pulak sejak2 dah nekad dengan keputusan ni ... syukur sangat2 sebab dulu saya berdoa agar ada perasaan macam ni bila bergaduh...sekarang dah cool jer...



Sebelum tu saya dah siap buka mangga pagar tapi saya tak ngangakan pagar tu, saya terus suruh hani hantar bungkus ubat tu, saya terus ke dapur. Kejap tu Hani datang menangis sayu menahan air mata dan cakap dengan suara bergetar;



"ammie...ayah nak ajak akak keluar jalan2, kakak tak nak"

"kakak cakaplah dengan ayah, kakak tak nak"



Dia terus ke depan dan jerit dari pintu, cakap;

"ayah, kakak tak nak jalan2..." masa ni suara dia maintain jer, takde pulak bergetar...



"Jomlah ayah bawak pergi makan, kita pusing2"

"kakak taknak" ni dah mula sedih jer...



Masa ni ayah dia dalam kereta lagi, dia pulak kat muka pintu....saya dengar dari dapur jer...



Lepas tu, Hani masuk balik, tanya saya,;



"ammie kata ammie nak bagi ayah punya baju, mana dia?"



Saya pun terpaksalah ke depan, berat bakul tu, saya tolak2 jer dengan kaki sampailah bakul tu terkeluar dari pintu, tapi dok fikir pulak macamana org tua ni nak ambik dengan tangan sebelah...



Nak taknak saya keluar jugak, tolak dengan kaki [jauh gak tu] sampai ke kereta, pada masa sama ayah masih pujuk kakak dan dia pulak tunduk2 tolak2 kaki kat lantai porch tu tetap taknak ikut...saya sampai kat kereta terus buka pintu belakang saya angkat bakul tu letak seat belakang. Masa ni saya sempat terjeling muka org tua tu, memang berubah air muka dia....RASAKAN!



Dia ingat saya adalah saya yang dulu2, yang sanggup menebal muka memujuk rayu, merintih, menangis, mengaku salah. NO WAY and NO MORE. Sorry yer ummie, kak zar, kak azwa, saya dah tak boleh dah nak ikut nasihat suh berbaik2 tu....sebab saya ni tak pandai nak bermuka2...kalau tipu air muka saya tak dapat disembunyikan ciri2 penipuan tu...



Dekat 3 minit adegan ayah pujuk Hani, sudahnya ayah cakap;



"masukle keter temankan dia..."



"kakak nak makan apa, mana jer kakak nak ayah bawak...McD, Pizza, Kfc..."



Saya yang tak nak sebab memang nak keluar dgn hani pun lepas tu, terus kunci rumah dan masuk keter, kali ni tak tau kenapa, saya menyampah tindakan saya yang ikut cadangan ikut sekali keluar makan tu, nanti dia ingat saya dah okay...sampai kedai makan, saya senyap jer, saya tak order pun, masa ayah tanya nak makan apa saya senyap jer...ayah pun order air jer, hani jer yang makan...



Langsung saya tak pandang muka ayah, bercakap dengan hani jer...tapi dah lama2 tu terpaksa jugak cakap pasal PTK saya tu [ada kemungkinan saya dibenarkan masuk exam tu] dan hani kena duduk PD jugak...lepas tu ayah bagi duit RM 50 suruh bayar, terus saya gi kaunter sebab tempat makan dia kat luar, lepas tu saya terus gi kedai CD dekat kedai tu dan ayah dan Hani tak nampak, saya perati dari jauh jer dua beranak tu berbual...



Masa saya ada tu, hani tak nak langsung berbual dengan ayah, apa ayah tanya dia tunduk jer peluk bear dan kalau jawab pun pakai isyarat tangan dan jari tunjuk sana tunjuk sini..memang pelik Hani ni! Tapi masa saya ke kedai CD tu, dari jauh saya nampak dua2 rancak berbual mgkn sebab dah habis makan...



Dalam 10 minit saya terus ke kereta dan kami terus balik, masa nak turun tu saya tanya Hani sekali lagi, nak ikut ayah tak? dia tetap jawab taknak, so saya tanya orang tua tu, nak masuk keter ke tidak, dia kata tak payahlah, saya kata kat hani;



"okay, salam ayah"



"lepas tu ayah tanya dia, pagi2 esok ayah jemput kakak eh?"

"tak nak, kakak nak duduk dengan ammie jer"



Masa ni saya dah mangga pintu pagar dah, ayahnya dok cakap pujuk2 Hani dari tingkap kereta. Lepas tu saya cakap;



"kalau macam tu, masuk jerlah, pujuk dia malam ni tido dengan dia, esok pujuk dia bawak ke sana"



Masa ni macam gaya tersenyum jer orang tua tu, dia ingat tu strategi saya nak ajak dia bermalam dan bersenggamalah kot? Tak hingin!!!!



Saya yang dah mangga pun bukak pagar semula, dan Hani macam bengang, saya kata;

"kakak tido dulu malam ni dengan ayah, esok kakak buat keputusan...takpun esok keluar sarapan dengan ayah dulu...tak semestinya ikut ayah balik PD"



Lepas tu ayah pun masuk, duduk kat kerusi betawi, lama gak, saya pulak pot pet suh hani ambik beg baju nak kemaskan baju untuk bawak sana, orang tua tu macam termenung, terkejut kot sebab saya dah masuk astro dan dia ingat betul2 saya serius kali ni...kan saya dah kata dia memang dah lembut hati tu, ataupun air dah naik kepala kot! Anytime kalau saya mengalah dia terus cair..tapi macam saya kata NO WAY!!!!



Teringat2 sms dia yg kata,

"ABANG TAKKAN MENYESAL KALAU BERPISAH DENGAN ENGKAU"



dan juga sms yang saya tanya pasal hal cerai ni, dia jawab;

"BAGUS CADANGAN TU, LAGI CEPAT LAGI BAGUS"



Lepas tu saya ke dapur, hantar baju kotor kat belakang, tiba2 hani datang dan cakap kat saya;



"ammie kakak nak bawak gambar ammie kalau kakak gi sana, eh?"



"Okay, gi pilih gambar mana dalam album tu'



dan-dan tu dia pilih dan suh saya keluarkan...dan masuik bilik dia terus buka baju nak salin baju. Saya tanya dia nak pergi malam ni jugak ker? dia jawab yer...ni mesti ayah yang ajak ni...Mula2 tu saya kata okay jugak, malam ni takde sapa kacau saya....agaknya ayah duk termenung tu sebab dia takde apa dah kat dalam rumah ni, semua baju2 dia saya dah masukkan dalam keter...so saya pun pergilah kat keter ambik selai kain kemban, seluar tido dan baju pagoda...



Lepas tu baru ayah masuk bilik air, saya kemas baju hani dan saya tanya, kenapa nak balik malam ni, nanti susahkan umi dengan baby malam2 kakak baru sampai...esok pagi2 jerlah eh? Saya agak ayah yang ajak malam ni, sebab masa makan Hani nak ke toilet, balik toilet tu dia tengah cakap hp dan ayat dia yang saya sempat dengar;



"malam ni abang tido rumah engkau, engkau kat mana tu, dah balik ker?"

Mungkin asalnya dia cakap kat kak aza dia tido sini, tapi dah saya tak terima, tu yang kena call cakap tido sana sebab mungkin kak aza nak tido rumah mak dia...mesti sejak ayah tak balik2 sini, kak aza terhad masa ke rumah mak dia, sebab laki ada 24 jam, kenalah duduk rumah jer, mesti dia tension sebab masa pantang dahler duk trperap jer kat rumah....dengan anak2 yang lasak...tengok laki tak balik2 seremban...bagi yg biasa bergilir ni, taulah kelegaan bila laki takde tambah macam orang tua OKU tu yg serba serbi kita kena tolong....



Bila yah keluar toilet, terus hani cakap;

"kita pergi PD esok jer lah ayah"



"okay, malam ni tido dengan ayah kat bilik ayah, eh...ammie belajar kat mana?

"takper, saya belajar kat dapur"



dia mana tau saya dah set meja makan jadik meja belajar...a'alah dia ingat saya nak belajar bilik dia tu ker?



So, dua beranak tu dah tido dah, saya langsung tak pergi tengok, TAK HINGIN! Saya dengar macam2 hani cerita dan macam2 ayah tanya, beza betul masa mula2 jumpa tadi...dah mesra dah, kan saya cakap dia ni style, BENCI TAPI RINDU...cuma dia tak pandai nak luahkan, kalau saya biarkan ayah balik tadi, kesian emosi dia dan mesti dia sangka yang ayah dia betul2 tak sayangkan dia...



Biarlah saya korban, asalkan hani bahgia, tak bukan saya kata saya nak berbaik, cuma saya bagi dia tido sini demi Hani ikutkan hati, nak kata jer..."jangan masuk rumah saya ni...saya tak suka"



Tuler, panjang lebar cerita ni, sebab ni akan jadi sejarah buat saya, saya tulis untuk saya kenang saat2 ni yang sangat bermakna kerana lepas tujuh tahun kahwin barulah saya berani bertindak dan saya ada kekuatan menyampaikan mesej yang "JANGAN PERKOTAK-KATIKKAN SAYA LAGI, SAYA PUN ADA HARGA DIRI, KALAU TAK INGIN DENGAN SAYA, SAYA LAGI TAK HERAN" dan saya cukup puas hati melihat hasilnya, sebab saya nampak perubahan air muka dan ksedihan di wajah dia...tak kisahlah samaada kesian kat anak pun, tapi memang nampak sangat dia tak sangka yang saya akan gunakan MO yang berbeza dari sebelum2 ni..YES! TQ Luna, jiji, maryam,..akak ingat kata2 luna dalam komen tu dan bagi semangat kat akak...


Esok tak tau lagi apa yang akan berlaku..jeng ..jeng ...jeng....



Updated : 6.15 pagi (16/11/2008)



Kawan2. perlukah saya beri peluang sekali ini???



Saya tido lambat malam tadi, masih duduk di meja belajar...tanpa sedikitpun terganggu atau tergugat dengan kehadiran ayah di biliknya...

Rasanya jam 2 macamtu saya pun masuk bilik saya [master], bawak nota2 sambung belajar sambil melingkar atas katil pulak, lama2 ntah jam berapa tertido. Tidur mampus pulak tu.



Ntah jam berapa saya pun tak tau, jam kat bilik dah sebulan abis bateri tak tukar2, tiba2 ada makhluik asing baring sebelah. Hishhhh....yang ni memang saya geram + menyampah + rasa nak tolak jer....sungguh, saya tak sangkalah yang saya boleh ada perasaan macam tu!



Kalau dulu, waaahhhh, macam terkena kejutan letriklah kalau dia buat macam tu time2 lepas baik dari gaduh. Tapi kali ni...sydah! NO MORE.

Saya buat aksi patung cendana jer....keras, kamatu, memalingkan muka ke arah bertentangan. Lantak kolah, kang kalau tolak, tergolek pulak jatuh dahlah OKU!



Lama2 [setengah jam weyyyy] walaupun aksi patung cendana, perasaan saya tidaklah keras, hati saya geram sesangat, tapi saya tak mampu nak cakap, dalam keadaan berpaling arah bertentangan tu....sms2 dia selama ni yg kutuk dan kata macam2 dalam gaduh sebelum2 ni, bermain satu2 dalam kotak fikiran saya...sehinggalah peperangan dengan perasaan sendiri tu menumpahkan air mata saya....



Haruskah saya beri peluang sekali ni....NO NO NO....saya terus matikan diri tanda protes, w.pun dikatakan belakang unta sekalipun WAJIB dilaksanakan tugas itu. SEBAB ini bukan soal WAJIB, ini soal, kami nak bercerai...takde cerita lain yg timbul ceritanya kami nak failkan 25 nov ni...



Usaha orang tu tetap diteruskan dan saya pulak tetap mempatungcendanakan diri. Dalam esak tangis dan sedu perlahan tu, saya tetap sembunyikan suara saya hanya getar tubuh menahan sedih diperlakukan serupa itu....sedih memang sedih...siapa saya di mata dia, hanya untuk itu???? NO NO NO...saya memang sedih sangat...



Lama2 dengar orang mengaji kat surau, dan orang tua tu kata, dah nak sembahyang ni, tak sembahyang ker? Soalan cepu mas keluar....saya terus geleng kepala...dan saya berpaling semula, dan kali ini saya betul2 menangis...betul2 sedih...saya nak cakap yang saya dah bulatkan tekad nak bercerai, memang saya nak cakap! Tapi kali ni saya takde kekuatan sebab di mata saya terbayangkan Hani...dan jauh dilubuk hati juga saya terbayangkan manalah tau ada rezeki untuk dapat adik-adik hani pulak...berkat kesabaran saya Allah beri rahmat sekali lagi...



Orang tua tu, hanya pandang jer saya menangis daam gelap tu, hanya sedu sedan saya yang kedengaran, orang tua tu tak mampu berbuat apa2 hanya memberikan ciuman di pipi tanda mohon maaf kot? bagi saya ciuman seratus bahkan seribu kali pun takde makna selepas apa dia dah buat pada saya selama ni???



Berikutnya, macam biasa dia ke surau dan saya terus ke port saya meja dapur sambung buat nota kecik [atas katil saya pun sebenarnya penuh nota2...hehehe] dan sehingga saat ini, [dia telah balik dari surau dan berbaring sebelah hani di bilik nya]....sepatah perkataan saya belum keluarkan pada orang tua tu dan saya langsung belum pandang muka dia secara terus.... bahkan sepanjang bercakap dari malam tadi, langsung saya takde panggil abang..saya cakap cukup formal dan serius...



Jadi, kawan2 bantulah saya...tolonglah saya buat keputusan...saya bingung dan rasa sangat bodoh kalau saya mengalah...haruskah saya beri peluang...haruskah??? Dalam hati dan ikut perasaan memang saya sudah cukup bersedia menjadi janda...

Updated : 17/11/2008

Keputusan telah saya buat cuma belum laksanakan ajer...buat tuan-tuan dan puan2, janganlah risau dan tertanya2 kerana apapun keputusan saya, saya telah bersedia secukupnya, siap dengan kekuda dan siap dengan bunga2 silat dan tarinya. Cuma untuk direalisasikan ajer...

Dan cerita ini akan tamat di sini, kita mulakan buku baru ya...dan saya telahpun check in di hotel di Sepang ni, esok mula kursus, alhamdulillah urusetia dan panel setuju untuk anjakkan sessi penilaian public speaking tu ke Jumaat sebelah malam...syukran...dan lepas tu, saya akan pulun untuk exam PTK pulak 24 Nov dan assignment kena dihantar sebelum 5 Disember....nampaknya lepas 5 disember barulah dapat bernafas..

Hani bahagia di sana dan tak ingat saya langsung...sungguh sedih :(...dengar2 ummi nak potong sikit rambutnya...ada makhluk asing atas kepala sebab maknya sibuk study tak sempat teroka kepalanya...semua tu penangan budak2 kat sekolahlah...tak pasal2 sy dapat tugas tambahan.

18 cetusan rasa:

Tanpa Nama berkata...

Salwa salam and good morning. berapa banyak peluang lol. Flip flop ni maca your trade mark jer. I know you have more brain than that.

AZWA berkata...

salwa...hehehe..sorry..dalam sedey2, dan geram ngan sikap pak haji terhadap u, still kelakar pulak part adegan last tu hehehe..it's not an easy decision to make rite?

Tanpa Nama berkata...

salam salwa,

dari gaya cerita yg lepas2 akak rasa salwa tak ada pendirian,kalau salwa masih nak kasi peluang pada pak aji tak payah lah meroyan mencerita keburukan,salwa telan jer lah walau pahit pun

lepas sebulan pak aji balik,salwa cair,hani di jadikan alasan

nanti jadik lagi mcam ni salwa meroyan semula tak tentu arah,fikir la salwa,kita dikasi akal di ATAS bukan akal di BAWAH

harap maaf kalau ini menyinggung salwa

Tanpa Nama berkata...

Salam,

You can't be a good boss because you can't make a wise decision,setinggi mana pun belajar,kalau tak boleh buat keputusan,ini lah jadik nya

Cerita you ni ibarat dah meludah tapi dijilat semula

Hijrah1429 berkata...

tanpa nama...walaupun perit nak terima kritikan ni, tapi saya terpaksa mengakui yang saya memang takde pendirian dalam hal ni...tambah2 saya tak kuat dari segi support sekeliling...takde adik beradik yg dekat, sedara mara yang nak ambik tau, malah saya pulak jadi tempat berpaut adik beradik kalau ada masalah...dan sekarang saya tak bekerja, takde kawan2 betul2 rapat di pejabat utk saya share dan saya minta tolong kaklau ada apa2 hal personal...kawan2 rapat saya semua jauh2:(...

Apapun, saya tak ubah keputusan sy lagi dan saya dah tanya orang tua tu, jadik tak proceed?...dia takde masalah, katanya. Dia balik utk hani katanyalah...

Tanpa Nama berkata...

Good. keep it that way.

Hijrah1429 berkata...

Eh..tanpa nama, saya tak marah sikit pun...nasihat macamni yg saya suka, orang tua tu, pagi2 ni dah balik ke PD bawak anak dara tu, saya lagi suka...dan saya juga dah lepaskan marah saya pasal 'perbuatan bodoh' dia malam tu...

Hal jadik boss tu, ada jugak kebenarannya, tapi setakat ni, takde komplen plak, ni kena tanya anak2 buah kat pejabat, lagipun jadik boss ni proses belajarnya panjang, macam kami keputusan ikut undang2, perintah tetap, xleh ubah2 semua dah tertera, sesekali terbuat salah tu saya pun sedia ditegur anak buah...apapuj ni sangat subjektif utk dibincangkan, ada pro and consnya...sebab dua2 keadaan tu berbeza suasananya, malah saya pun tak pernah lagi jadik boss, harap2 ingatan ni jadik panduan bila jadik boss nanti...:)..

Tanpa Nama berkata...

Salwa,

Akak pernah lalui perceraian sendiri jer,tak ada sapa back up,sebab keputusan kita yg nak,tak perlu moral support dari sesapa,kuatkan hati,go for it,utk masa depan diri sendiri,susah senang,kita tanggung sendiri,bukan owg lain,ini lah masa utk mengubah hidup salwa dari kekalutan.

Walaupun salwa tak berkerja tapi gaji masih ada kan,akak dulu masa minta cerai tak berkerja tak ada pendapatan,akak cekalkan hati,alhamdullilah semua nya,lepas cerai boleh cari keja,selagi akal menguasi diri selagi itu kita boleh berfikiran waras

Hani dengan ayah dia and adik beradik dia tak akan putus,dont worry,selagi ayah nya tau tanggungjawap pada anak,kalau dia tunggeng jwap jer nak,haa tu lain jadik nya salwa:)

payarumput21 berkata...

Salam...

Hmmm.. berat... memang berat.. Percayalah.. datang dari seorang yang bergelar JANDA.. banyak yang tak baik dari baiknya..

Dugaan sebelum.. dan sesudah.. pandangan masyarakat.. pandangan sinis kaum sejenis.. pandangan serong dari kaum adam..

Kita baik.. katanya nak amek laki orang.. kita buat tak tau.. katanya kita sombong.. kita senyum.. kata kita menggoda.. kita masam.. kata kita ni perasan bagus.. and on.. and on.. and on..

Apa2 pun myself pun tak sempurna.. cuma kita saja yang tau diri kita sendiri.. and at the end of the day.. whatever others said.. will not matter.. how we feel is the most important..

Mudah2an diberi petunjuk oleh Allah.. berdosa besar bagi mereka yang menyuruh dan menggalakkan.. Still, apa pun keputusan yang bakal dibuat.. Insya Allah.. saya akan menyokong kamu 100% without question.. :-(

Take care and selamat berkenalan jugak :-)

Hijrah1429 berkata...

Kak Azwa...

senang jer nak buat keputusan, cuma nak dengan taknak jer...kelakar??? pada saya takde kelakar pun kak azwa..geram lagi ada...

AZWA berkata...

salwa,

huhuhu...memangla geram..maksud akak cara u bercerita tu, dalam geram2 tu ada kelakarnya. kelakar kat sini tak merujuk pada masalah yang salwa hadapi...tapi pada gaya dan bahasa yg u gunakan.

bagi akak membuat keputusan dalam hal seperti ini bukan sesuatu yang mudah...klu akak berada ditempat u pun mesti serba salah juga.

Tanpa Nama berkata...

Puan Salwa
pertama kali baca luahan hati isteri kedua, rupanya susah juga ye walaupun daripada cerita, suami puan ni kategori beragama. Yang saya puji, puan ni baik dengan madu dan kelakar bila baca puan dan madu senang bila suami tak ada, bila bergilir.

Puan saya nak beri pendapat je harap jangan ambil hati, suami puan, kalau betul-betul faham dan baik amalan agama, berdakwah, apa kes lari tinggalkan anak isteri, lepas tu main cabar mencabar nak cerai.Tak tahan tu ayat "lagi cepat lagi bagus". Lepas sebulan balik rumah nak kan #$%^&*, mengendeng pulak. Maaf Puan,kalau husband saya buat macam ni, saya rasa saya tak de value langsung pada dia. Nampak sangat nak seks je, ingat haiwan ke, kejar masa nak mengawan je. Jika nak kahwin, nak bercerai atau apa saja, kita perlu fikirkan apa yang baik untuk diri kita, bukan orang sekeliling kita, siapa kisah diri kita atau kalau kisah sehingga tahap mana kisahnya mereka? Anak takkan berpisah dari ibu dan bapa, tanggungjawab kita padanya tak akan berubah, walau apa pun berlaku, itu janganlah dimasukkan dalam keputusan yang akan kita buat.

Janda atau andartu satu taboo untuk perempuan sejak dulu, mungkin persekitaran dan tradisi yang membuatkan manusia pandang buruk atau prejudis pada mereka. Puan tinggal di mana? Kalau di keliling manusia tak ada kerja melainkan jaga tepi kain orang, memanglah sengsara. Tinggal di KL, pandai membawa diri, jaga batas susila, saya percaya tiada siapa pedulikan status puan. Sedangkan gay, pengkid atau lesbian boleh hidup aman damai, atas alasan apa andartu atau janda mesti hidup sengsara? Penting di sini nawaitu, cara manusia itu hidup dan penerimaan tentang apa itu hidup. Orang yang bersuami pun hidupnya belum tentu bahagiakan, lihat saja Puan, bahagiakah? Macam yo-yo saja. Ini hanyalah pendapat saya ya, berkeluarga, berpisah segalanya di tangan Puan. Sebaik-baiknya jangan bercerai tapi jangan juga menjadi perempuan tempat untuk dilampiaskan nafsu semata-mata.

Hijrah1429 berkata...

eh menarik lak perbincangan ni...

pagi2 tadi masa saya sediakan sarapan, nasi goreng, dia mengadap internet kat pc ni, saya masak sarapan jugak sebab saya malas nak keluar sebab lagi ambik masa lama, kalau boleh lagi cepat dia angkut hani ke pd lagi bagus...sy nak study

Saya cabar dia, saya kata, saya tak tau macamana ada ayah boleh berperasaan macam tu, tinggalkan bontang anak, dengan anak demam...atas alasan yg cukup bodoh, if tinggalkan saya saya tak kisah sgt, sebab sy mmg berdikari. Dia kata sebab anaklah dia balik..saya tanya lepas lebih sebulan baru ingat anak??? dia diam jer..masa sarapan tu, saya tanya dia terus terang, dah buka ker dari puasa yang panjang, dia senyum...dia kata dia bukan macam tu..[sudahlah!]saya kata sebab belum berbukalah datang sini nak memant*t jer taunya...[memang dah geram punya ayat ni]...dia kata takde, saya kata kalau takde apasal buat hal subuh2? dia kata, dia awal2 dah buat interrogation kat hani dan dia dah tau saya tak solat...dia buat tu sesaja ambik hati saya...saya kata sudahlah...sebab aza belum nak lagi, kan..mana taknya 48 hari pun saya tengok masih berstokin lagi...sebab bersalin anak paling besar kali ni...mesti aza takut punya...dah aza surrender, w.pun dah 50 hari... baru nak datang sini... dan dapat pulak reaksi macamtu..heheee...

Tapi saya pun dah tanya betul2 hal nak proceed cerai ni, dia kata, "proceed jerlah kalau dah tak boleh nak ada rasa tolak ansur..."

Saya jawab.."eh..saya yang tak de tolak ansur ker abang yang tak pikir langsung"

malam dia tunggu saya kat surau tu dia kata dia called saya banyak kali tak angkat...tapi hani sebagai saksi memang langsung takde misscalled...hani yg 5 tahun pun tau betapa peliknya ayah dia punya perangai malam tu...dia kata dia balik jalan kaki sampai rumah...tak dapat saya bayangkan kalau betul jalan kaki...memang kalau dia yg berjalan jarak yg dekat 500 meter tu mgkin burden dia macam dia jalan 10 km...kalau gitu sy fikir ada logiknya dia marah..cuma sy persoalkan kenapa tak mesej dulu...mungkin dia tak tau sy ke kedai dia ingat saya balik rumah...ini semua miss communication..kalau kat org lain mgkin takde apa, tapi dapat pulak kat org tua 52++ yrs dan OKU pulak tu dengan perut lapar tak makan lagi gitulah pengakhirannya...dan dia sangka saya akan pujuk dia dalam masa terdekat sedangkan saya langsung tak ke PD..dia ingat saya akan ke PD sebab nak ziarah baby dan kak aza sebab sy dah siap2 bungkus 2 plastik besar baju hani nak kasi kat baby...

Dia balik sini saya juga saya tau mesti ada unsur gesaan dari kak aza, dari dulu begitu...sebab kak aza memang tak suka saya bercerai. macam saya cakap tak bebas kalau hari2 suami ada...sebab kami daha biasa selang hari, kira hari suami takde tu merdeka lah boleh tido baring takyah masak, nak jalan2 ker..sebab kalau pak hj ada nak kemana? dia bukan boleh jalan2 dengan tongkatnya dan jalan dengan perlahan, dengan nak jaga pakaian takut terkena najis [kotler kena ke toilet]...tu memang sy tau benar tu...dan kak aza pun tak dapat hubungi sy sepanjang sebulan lebih tak balik rmh sy sebab sy tukar no lepas sim card lama hilang, dan kak aza pulak mmg tak reti guna PDA pak hj nak carik no saya. Dia plk mmg jenis takkan tanya pak hj...kalau sy lainler memang penyiasat tegar...

Saya boleh bercerai dan hidup sendiri, takde masalah tapi sebab ada hani saya pendek langkah, sy bukan ibu yg memanjakan anak, yg lemah lembut dengan anak, sy garang teramat, sedang ayah dia lemah lembut dengan anak...dan saya pulak bukan jenis kaki jalan2 ker, holiday ker, memang jenis kaki duk rumah jer, kalau kena hidup sendiri memang banyak anjakan sy kena lakukan demi hani..

Hal kerja ni, saya kena maklumkan kerja saya majoriti lelaki, kawan2 satu rank semua lelaki, bincang, mesyuarat, bergelak ketawa, keluar makan hampir semua dengan lelaki...tu pasal sy sgt tak nak jadik janda sebab environment lelaki tu...mulut diorag lg jahat dr mulut pompuan sbb sy dah kena...tp lepas2 ni sy rasa sy blh tkr cawangan, kalau di hq lain suasananya...sebab pembawakan diri sy jugak satu masalah kerana sy rasa lelaki2 berusia sgt senang rapat dgn saya...tu lah yg jadik buah mulut tu...sampai sy pernah nak bercerai sbb pak hj syak sy ada skandal, dan sy nak elak dr lelaki2 berusia ni pun susah gak dah hari2 kerja dgn diorang...tp tu semua sy boleh ubah anytime..

Cuma desakan sy buat masa ni ialah nak anak sorang lagi pun dah okay, kalau allah izinkan, nak carik lelaki lain umur saya pun dah tua dah, tak sempat...bolehker pikir gitu???

weyy..panjang sangat dah ni..jadik entry plak...

Tanpa Nama berkata...

HS


Hendak seribu daya, tak nak serbu dalih.

Tanpa Nama berkata...

jika itu semua alasan puan, puan kena lupakanlah kekurangan suami puan seperti OKU, selalu lari dari rumah, dll lagi. Kenapa mesti sebut suami puan "orang tua" tu. Tak baik tau merungut kekurangan yang kita tempuh kerana di sana sini ramai wanita yang serba serbi kekurangan, berhempas pulas membantu suami walaupun tidak bermadu. Sebelum kahwin dulu,Puan tentu sudah maklum akan ketidakadilan seorang lelaki bila beristeri lebih satu, jadi puan haruslah terima apa saja yang diperlakukan suami puan jika merujuk alasan -alasan puan tidak mahu jadi janda. Pada saya, andartu atau janda itu lebih mulia jika pandai membawa diri, berdikari, kawal diri. Ramai janda yang bekerja dikelilngi kaum lelaki, tapi disegani, kerana mereka tidak membenarkan diri mereka dipermainkan dan dipersendakan. Itu pandangan sayalah kepada beberapa contoh yang saya lihat. Malah ramai juga yang menjadi isteri tidak bersyukur malah terlalu mesra dengan rakan lelaki di pejabat. Tak kurang yang ramai pasang tyre spare menduakan suami.

Wallahualam.

Hijrah1429 berkata...

Tq yer kak...

saya sebut orang tua tu pasal hati saya sakit dan menyampah dgn sikap bebudak dia...kalau saya sebut abang tu kira mood dah oklah tu, saya rasa sy tau akak ni sapa, dan sy tau akak ikhlas nasihat sy, kalau sy jadik pembaca blog ni pun saya rasa apalah bebal sangat budak ni, sabar tak kena tempat...tapi tulah istimewanya saya (uwek..uwek)...istemewa tak bertempat kot...kalau kat pejabat tu kan kak, dah berbuih2 dah 2/3 org dok nasihat sy bukan skrg jer, dr 2001/2002 sejak hani takde...sebab diorang biasa tengok sy kdang menangis kat surau, mata bengkak2, 'apalah pn ni, pangkat ada, gaji banyak, rumah ada, keter ada, anak pun dah ada... apa yg nak ditunggu lagi..." tapi entahlah...memang saya ni masuk kategori bebal bab2 gini, mgkin sebab sy dah immune, bnyk cabaran lebih besar sy dah hadapi kot (cara hidup sy skrg pun dan sama jer mcm cabaran hidup serupa ibu tunggal juga] bezanya atas kertas ada status dan hani ada ayah selang sehari, dan saya ada tempat utk cerita apa2 sy nak...dan sy dah biasa kena tggal bontang, cuma cara sy cerita tu real dan buat org simpati kat sy dan benci dengan pak hj, dan jgn lupa sy pernah failkan cerai satu masa dulu, cuma sebab isu ugutan hak penjagaan anak kami tarik balik dan tutup fail...tapi hakikatnya, saya lepaskan semata2 geram sy kat blog... sebab sy tak macam akak, ada adik beradik dekat, ada kawan sekerja yg rapat, ada ayah yang ambik berat, ada bisnes dan ada banyak lg kelebihan..sy ada sapa? adalah dua ketul tu..pak hj dan hani, dan dapat kakak, kak aza ... setiap manusia dibesarkan berbeza latarbelakang, part latarbelakang keluarga tu sy taknak sentuh kat blog, cuma sy seorang yg membesar tanpa kasih syg ayah, selain ayah kerja jauh (Arab), ayah tersangat garang...mak sy plk typical orang kampung yg dah lalui bnyk cabrn hidup dan masih bnyk masalah sampai skrg malah anak sulung dia lari dr rumah dr 1986 pun tak balik2 lg...apapun akan sampai stu msa sy tidak akan dpt bertahan lg ataupun pak hj mati (kalau mati cepat bagus jugak,kan?)maka disitulah berakhirnya jodoh sy kot...sebab sy ni cakap jer benci menyampah kat blog tp di dunia nyata sy memang tak mampu nak buat keputusan dengan bijaksana...sebab di sebalik ada org sokong utk sy bercerai ni ada ramai jugak yg masih suruh sy bersabar cuma takdelah dorang muncul dlm blog...apapun sy akan bincang isu cerai ni dgn kak aza, sebab dia yg paling kenal hati budi pak hj, dan dia juga kenal hati budi saya...o ye bulan ni genap kak aza kahwin 10 tahun dengan pak hj...

eh merepek lagi...apapun tq kak, terus baca eh citer sya dan terus tegur, w.pun sy ni bebal...tapi kan sy masih tunggu 25 Nov ni, sy pun sibuk double exam ni, oh ya..malam ni smpai 24 Nov sy di sepang PTK pulak...dekat rumah akak,kan..

izawani berkata...

Wah.... macam marah sangat tu... Sabar salwa...

Kelakar plak... ingat waktu akak dah nekad sangat nak bercerai... Dan bila hubby dah sedar diri dia mungkin tak diperlukan... Waktu tu baru dia betul betul nak berubah...

Tapi salwa... Akak tak pulak buat patung cendana.... hahahaha... Akak melawan... cuma tak bley la menjerit jerit, nanti orang kampung kata apa plak... kan ? Hahahaha...

By the way... agaknya Tuhan nak bagi rezeki, lepas sebulan tu, sah plak akak mengandung... sebelum tu... tunggu sampai 7 tahun tak dapat dapat....

Ok la... tak kesah la kena paksa ker... patung cendana ker... kan ? Kalau dapat baby... kita lupakan semuaaaaaaaaa yang berlalu....

Hehehehe....

Tanpa Nama berkata...

maaf salwa, tanpa nama di atas bukan orang sepang tetapi masuk rumah salwa melalui rumah beliau. Tak fasal-fasal nanti orang sepang pulak terkejut. Saya di Subang.
Harap salwa buat keputusan terbaik, jangan jadikan keluarga, rakan karib, anak sebagai alasan. Yang penting dalam diri kita, apa kita nak dan bagaimana kita akan hidup, diri kita sendiri yang tentukan, bukan orang lain.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP