Ahad, November 30, 2008

Bahasa Orang Melaka

Assalamualaikum w.b.t

Di Blog kopi suam saya ada terbaca pasal loghat orang2 melaka, terasa seronok pulak baca dan terkenang2 yang kami adik-beradik kalau berkumpul kat umah bercerita maka automatik istilah2 melaka ni keluarlah. Walhal kadang tu dah lama tak sebut istilah tu tapi bila borak2 jer ntah dari mana dapat ilham terkeluar jugak, pastu gelak2lah sebab tak sangka ingat lagi istilah tu...

Ni saya senaraikan istilah2 tu yang saya ingatlah..anda pernah dengar tak atau tahu tak apa maknanya, kalau tak tau, agak2 boleh teka ker? Pelik bunyinya kan? Kak Paya rumput tau tak agaknya...

Kanting = teramat kering = "angkatlah baju kat ampai tu dah kanting dah!
jeran = serik = "dia dah jeran nak naik bas tuah, sebab panasnnya dalam bas tu, ya allah"
manggil = cuma tinggal yang tu = "beras tu jerlah manggil yang tinggalnya"
kancil = sesuatu yang nampak pelik dan tak sesuai = "eh kancil sangat nampaknya kalau letak kat situ"
egel = sesuatu yang nampak tak kukuh dan macam nak jatuh = "Eh, betulkanlah pasu bunga atas meja tu, nampak egel lah"
semenggah =senonoh = "ko ni tak semenggahlah"
terkucil = kecik hati / merajuk = "dia tu mana nak datang rumah kita, kan dia dah terkucil dengan abah kau"
cupul = tak cukup = "eh...cupul sangat beras ni, memang tak cukup nak masak ni"
cokin = towel = "napa yang kau bercokin jer dari tadi. pergilah mandi"

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi ni jer yang saya ingat dalam masa sekejap ni...

7 cetusan rasa:

HappyIrfa berkata...

semenggah ngan terkucil penah dengar.yg lain x penah dengar lak..

aNIe berkata...

Hanisumayyah...yang akak tau perkataan, jeran...tu macam serik kan?...semenggah tu...macam perangai tak senonoh atau tau logik...cokin tu towel mandi...

Hijrah1429 berkata...

Irfa...

Tu akak dah letak makna dan contoh ayat sekali..heheee

******************

Kak anie...

Betul semua yang akak teka tu...bravo!

luna berkata...

cakap melaka yg saya tau..besau,sabau,engkau dan bangau...kihkihkih....lawak je.. :P

Hijrah1429 berkata...

Luna...

tu slang sebutan bahasa melaka, tapi yang ni istilah/perkataan dalam bahsa melaka yang akak rasa aanegeri lain tak tau...sebab kami jarang guna istilah2 ni kat luar, kalau kampung betul bari tau..

tawawfayakof berkata...

saya tau satu ni - hawaw ...hahaha

Hijrah1429 berkata...

Tawawfayakof...

wah nama berbelit ni...

hawaw ni dah popular sangat dah tapi sebenarnya banyak lagi istilah lain tau...hah...nanti2 saya buat lagi istilah2 melaka ni...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP