Jumaat, November 28, 2008

Barang dapur

Assalamualaikum w.b.t



Menyediakan makanana untuk kanak2 5 tahun bukanler sesuatu yang sukar dan mencabar. Apatah lagi tinggal berdua hampor sepanjang masa, maka masak cincai jerlah. Tapi nak masak kena tanya anak gadis tu dulu. kalau tak ikut selera dia tak hendak nya dia makan. Membazir.



Hari ni, saya cadang nak masak sup ayam, tapi anak gadis takmo, nak udang masak pedas, lagi senang saya, takpayah nak susah payah menumis sup bagai...tu yang terus potong bawang, tomata tumis dan masukkan sos tiram dan sos, masuk udang terus dah jadik.















Ayam 4 ketul digoreng tepung, tu pun hani tak makan, ammie lah kena makan. Sejak cuti ni kenalah memasak, takkan semata-mata nak makan, kami dua beranak kena keluar ke kedai pulak. Dua hari lepas, keluar dengan hani beli stok makanan sket, yerlah duduk rumah ni, kebulur ajer, itupun beli ala kadar jer, sebab saya pergi kedai dekat rumah jer, malas nak ke tesco ker, Giant ker...kalau ke sana lagi besarlah belanja nya...





Beli yang paling murah, susu dairy champ RM 1.95, yang lain2 pun ambik yang sederhana jer, mujur hani bukan kaki pow ammie ambik makanan bukan2, setakat cadburry Bytes yg kecik dan chips more yang kecik jugak. Tepung goreng cekodok 3 bungkus, biskut tiger 2 bungkus, satu hani dah simpan dalam tupperware [anak gadis yg rajin] dan tepung 2 bungkus. Turut dalam gambar ikan bilis, telur omega dan tepung kek coklat segera cap d'ros yang hani sangat suka...[campur mentega dan telur sahaja], kek yang saya buat sendiri hani tak suka plak...



Yang ni sabun, langkah berjimat jugak, biasa Dynamo 3 kg RM 20.00 tapi semalam RM 22.90 [pelik plak cepat sangat naiknya], beli attack serbuk RM 7.90 utk rendaman dan basuhan selain pakaian...minyak masak kena beli dua, utk kami minyak cap buruh, RM 9.00 jer, untuk pak hj minyak Naturel [bunga matahari] RM 25.90..ntahlah dari dulu sejak dia stroke memang saya belikan dia minyak sayuran dan garam bukit...tak tauler sejauh mana menyumbang pada kesihatan dia....

Oh yer, belanja semua2 ni RM104 sahaja, siap dapat cabutan bertuah sebab belanja lebih seratus, dapatler sebungkus keropok [awatler tak dapat hadiah lain --->TV 29" ataupun peti ais samsung???]...maklumler kami berdua sahaja sesuailer, agak2 kalau yang ramai anak2 tu mesti banyak yer....jumlah itu termasuk juga ayam seekor dan udang Rm 4.50....yang saya masak tadi tu....

P/s: tiba2 kerajinan membuat entry menjadik2, layankan ajer....

2 cetusan rasa:

Tie berkata...

Ooo...barang sekarang memang mahal la .. Kak tie baru balik giant, buat terapi migrane..tapi macam lagi teruk sebab tgk harga tak turun2 pun. Dulu biasa beli milo tapi kerana harga naik, kak tie tukar beli choco malt. Lantak laa...janji boleh minum pagi. Hu hu...

Hanisumayyah berkata...

K.Tie...

Saya kalau ke Giant bukan terapi migrain, malah dari sihat jadik migrain plak...sesak sangat org, pening! Tambah2 plak tengok harga bukan main mahal, tapi org tetaaaapp ramaaaai jugak! Saya dah comparekan harga kedai dekat rumah [family store/FS] dengan Giant memang jauh sangatlah bezanya...melainkan ada satu2 barang yg dia offer...tapi kalau dah pergi tu, takkan satu barang jer mesti terambil banyak barang2 tak berkenaan....heheheeee tulah pasal, FS ajerlah...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP